ryeanz's Reading List
118 stories
My Forever, My Tengku Aqzariel [C] [REVAMP] by misswanzz
misswanzz
  • WpView
    Reads 37,120
  • WpVote
    Votes 2,622
  • WpPart
    Parts 86
⚠️ Trigger Warning : Mengandungi babak-babak saspens-thriller yang melibatkan keganasan fizikal,trauma, penderitaan mental watak .. Dua jiwa dari dunia yang berbeza, dipertemukan oleh takdir.. Raissa Elverra... seorang peguam ternama, tegas dan tajam tutur katanya. Tengku Aqzariel Rendra.. lelaki dingin yang hidupnya dipenuhi darah dan medan peperangan. Pertemuan pertama mereka bukan takdir yang indah... Namun anehnya, takdir seakan tidak pernah berhenti menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang, dalam situasi yang tidak diingini... hingga akhirnya, terjalin satu ikatan yang sukar dilepaskan. Di sebalik ketegasan Raissa, tersembunyi luka lama yang tidak pernah sembuh. Trauma yang membelenggu, membuatkan hatinya tertutup rapat. Dan tanpa disedari, Tengku Aqzariel lelaki yang tidak pernah kenal erti takut mula menjadi pelindung kepada hati yang rapuh itu. Namun, untuk kali pertama dalam hidupnya... Aqzariel tewas. Bukan di medan perang, tetapi pada seorang wanita yang kelihatan kuat, namun hancur dalam diam. Di persimpangan antara tanggungjawab dan perasaan, antara perjuangan tanah air dan perjuangan hati... Aqzariel memilih satu jalan yang ditentukan Ilahi. Kerana bagi dirinya wanita itu bukan sekadar cinta. Dia adalah anugerah terindah yang tidak pernah dia pinta, namun paling dia syukuri. "I will guard you until my last breath... even if loving you destroys me." Namun perjalanan mereka tidak pernah mudah. Satu demi satu rahsia terbongkar, Satu demi satu luka kembali berdarah. Mampukah Aqzariel terus menjadi pelindung...atau akhirnya dia juga akan tewas, bersama cinta yang tidak pernah sempat sembuh?
Dia, Adam Yusuf by AISHSUHAIMI
AISHSUHAIMI
  • WpView
    Reads 146,668
  • WpVote
    Votes 4,014
  • WpPart
    Parts 49
Kerana dendam, Aisyah dikahwini. "Sampai lubang kubur pun kau akan tetap rasa merana!" "Apa salah saya?" Tangisnya tidak dihirau malah yang dia dapat penampar dan leher dicekik kuat oleh Adam Yusuf. Baginya, penderitaan yang keluarganya alami hanya perlu dibalas dengan derita yang sama. Bertahun dia menunggu waktu untuk dia dewasa seperti kini. Bertahun juga dia mencari Ferdi, lelaki berusia yang mempunyai banyak pengalaman dalam hal menghadiahkan 'derita' pada orang lain terutama ayahnya, Tengku Haris dan ibunya. Derita yang dia dan keluarga rasakan tak akan jadi setimpal dengan apa yang bakal dia lakukan pada anak dara Ferdi. "Kau takkan boleh mati, selagi aku tak puas! Aku nak kau rasa seksanya hidup di dunia. Aku nak kau rasa dunia kau hadap umpama latihan untuk kau masuk neraka! Faham?!" "Allahuakbar.. Kalau saya tak mampu masuk syurga, apatah lagi awak, Adam Yusuf!" Bidas Aisyah Humairah. Tanpa belas kasihan, satu tamparan terkena pipi mulus Aisyah Humairah. Namun, segala seksaan yang diberi, mampukah melawan rasa cinta yang tersirat? Segala seksaan yang diterima, mampukah dia menerima cinta itu? *** *Author akan update setiap hari Isnin☺️
𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐄𝐓𝐄𝐑𝐍𝐈𝐓𝐘 | 𝐎𝐆 by rinaazmiii
rinaazmiii
  • WpView
    Reads 581
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 15
Nur Emelyn Syuhana merupakan seorang gadis yang ceria, manja dan sentiasa menjadi penyeri buat orang di sekelilingnya. Namun.hanya dengan kata-kata daripada teman lelakinya, Adam Razeen, dunia Emelyn mula runtuh sedikit demi sedikit. Lebih menyakitkan apabila luka itu menyentuh sisi paling rapuh dalam dirinya adalah seorang anak yang membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. "Boleh tak awak matang sikit? Orang lain pun tak ada ayah, tapi tak adalah semanja awak." - Adam Razeen Sejak hari itu, Emelyn yang dahulunya ceria berubah menjadi seorang yang pendiam dan memendam segala rasa. Dia berhenti menjadi dirinya sendiri seolah-olah senyumannya turut hilang bersama kata-kata yang pernah menghancurkan hatinya. Sehinggalah takdir menemukan dia dengan Muhammad Izz Rayqal, seorang lelaki yang tenang, lembut tutur katanya dan sentiasa menghormati wanita. Lelaki yang tidak pernah meminta Emelyn berubah sebaliknya menerima dirinya seadanya. "Makanlah coklat ni. Mana tahu awak boleh senyum semula. You're too precious to let anyone break your heart." - Muhammad Izz Rayqal Hati Emelyn kembali sembuh sejak bertemu dengan lelaki itu. Bersama Izz Rayqal, lelaki itu tidak pernah menghakimi dia. Dia cuma pernah disayangi oleh orang yang salah. Dan hanya Izz yang memanggilnya Syuhana. "Saya nak jaga awak sampai akhir nafas saya. So, please, let me love you the way you deserve. Will you marry me, Syuhana?" - Muhammad Izz Rayqal Namun selepas hatinya hancur, masih mampukah Nur Emelyn Syuhana membuka ruang untuk mencintai dan mempercayai seseorang buat kali kedua?
C  | ZAYN'S heartless ALANA  by ainasofiae
ainasofiae
  • WpView
    Reads 49,711
  • WpVote
    Votes 2,150
  • WpPart
    Parts 39
"Kau dah kembali. Tapi sayang, Alana yang dulu dah lama mati." Lapan tahun lepas, dia pergi tanpa kata. Meninggalkan sebaris janji manis berbaur racun dan sekeping hati yang hancur berkecai di stesen bas usang sepi selepas hujan lebat. Hari ini, dia muncul semula. Tetapi bukan lagi sebagai budak lelaki ber-hoodie lusuh yang gemar mengusik di perpustakaan sekolah. Lelaki itu kini berdiri tegak sebagai seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) jutawan di Zahiran Holdings yang digeruni ramai-angkuh, dingin, dan bermata helang. Manakala Alana? Hanya seorang staf pentadbiran biasa di tingkat 15 yang duduk di dalam kubikel sempit, langsung tidak sekufu untuk memandang setinggi tempat lelaki itu merajai takhta. Alana tekad membenteng egonya. Jarak antara bos besar dan pekerja bawahan tidak akan sesekali dilampaui. Namun, skrip takdir memang suka bergurau. Di sebalik topeng beku seorang singa korporat yang menakutkan staf pejabat, rupa-rupanya ada sisi gurauan miang bersahaja yang sengaja dilepaskan khas untuk menguji pertahanan dada Alana. Mampukah Alana mempertahankan egonya apabila badai darjat kembali melanda? Atau adakah rahsia di sebalik hujan London lapan tahun lepas akan meruntuhkan semula tembok benci menjadi sebuah kemenangan cinta yang mutlak?
Sandaran Cinta Duda by Fizzah_shah
Fizzah_shah
  • WpView
    Reads 1,239,332
  • WpVote
    Votes 36,891
  • WpPart
    Parts 71
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga buat kali kedua dengan cucu bapa angkatnya, Dato' Khalid. Bagi Nur Humaira Madihah pula,pada umur 21 tahun, dia belum bersedia untuk menjadi seorang isteri. Namun kerana wasiat arwah sepupunya dia sanggup menerima kehadiran Putra dan Hayden dalam hidupnya. Kasihnya terhadap anak tirinya tidak berbelah bahagi malah dia menjaga Hayden seperti anaknya sendiri. Dalam meniti bahagia, ada rahsia yang disembunyikan. Dan rahsia itu akhinrya dibongkarkan oleh musuh Putra sendiri. Rahsia yang membawa kepada kemusnahan hidup seorang wanita. Pembunuh kebahagiaan orang. Ranking 11 - #gila (21 Sept 21) Ranking 10 - #gila (28 Sept 21) Ranking 9 - #jealous (04 Okt 21) Ranking 22 - #psiko (06 Okt 21) Ranking 23 - #hot (06 Okt 21) Ranking 4 - #psiko (09 Okt 21) Start : 20 Ogos 20 End : 03 November 21 Status : COMPLETED!
RATU HATI CIK ABANG by Orkid_putih01
Orkid_putih01
  • WpView
    Reads 51,366
  • WpVote
    Votes 1,896
  • WpPart
    Parts 40
Qalisya Amani, seorang guru manis dengan perwatakan ceria yang bukan sahaja menarik minat para pelajar malah juga dikalangan guru lelaki. Namun berbeza pula layanan yang dia terima daripada Haniff Mikail,seorang guru matematik yang baru bertukar ke sekolah Qalisya Amani bertugas. ~~ " hai! Cikgu Haniff kan? " -Qalisya "hurm. "-Haniff "awak ada emas dalam mulut ke?" -Qalisya "saya nampak macam murid awak ke yang perlu jawab soalan awak? Huh? " -Haniff ~~~ Layanan dingin yang diberi Haniff Mikail telah membuatkan Qalisya Amani bertekad untuk memikat hati jejaka berhati dingin itu, Namun berjayakah misi si gadis? Mampukah si batu dingin mencair? P/s: penulisan masih celaru, hehe
LAST FORMULA by Missyuki12_
Missyuki12_
  • WpView
    Reads 10,948
  • WpVote
    Votes 754
  • WpPart
    Parts 40
Hector Braselton X Nur Eira Dalam dunia Formula 2 yang penuh kelajuan dan perhatian media, Hector Braselton ialah pelumba muda Sepanyol yang berbakat tetapi dingin, angkuh dan sukar untuk didekati. Hidupnya mula berubah apabila dia bertemu Nur Eira, seorang model tangan dan pemilik kafe yang langsung tidak terpesona dengan nama besarnya. Pertemuan pertama mereka di Litar Sepang bertukar menjadi pertengkaran apabila Eira tanpa sengaja menghalang laluannya. "Are you blind? Move, ahora mismo!" marah Hector. Eira berkerut dahi. "What did you just say?" Hector mengeluh geram. "I said move. You're blocking my way." "Oh, sorry. I didn't know the track belongs to your royal highness." "Dios mío... you're really annoying." "And you're really arrogant." Namun takdir menemukan mereka sekali lagi apabila mereka terpaksa menjadi model kempen bersama untuk sebuah jenama besar. Hector yang tidak biasa dicabar mula berdepan dengan seorang wanita yang langsung tidak takut melawannya, manakala Eira mula melihat sisi lain lelaki yang selama ini hanya dikenali sebagai pelumba sombong. Tetapi apabila dunia perlumbaan, tekanan media dan rahsia lama mula menghampiri mereka, mampukah dua hati yang sering bertembung ini mengakui perasaan yang semakin berkembang?
𝐊𝐚𝐩𝐭𝐞𝐧 𝐇𝐮𝐝 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐢𝐟 | OG by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 28,219
  • WpVote
    Votes 2,537
  • WpPart
    Parts 47
STAND ALONE 𝐇𝐮𝐝 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐢𝐟 & 𝐌𝐞𝐥𝐮𝐫 𝐓𝐲𝐚𝐫𝐚 Angkat sumpah setia demi negara, maka selamanya bersiap siaga melantangkan suara demi daulat. Nyawa sedia menjadi galang ganti andai takdir inginkannya di medan tempur. Menyandal pangkat kapten GGK untuk melatih pasukan komando dan bakal komando di bawah suara sendiri. Hud Thaqif. Lelaki yang bukan hanya tahu memberi bicara kosong melalui mulut, begitu juga bahasa tubuh yang tidak lelah menyalurkan semangat perwira ke dalam darah komando. "Kepala kau ke mana?! Serupa ayam remuk terapung kat padang!" - HUD THAQIF Muka ketat di pangkalan, namun dalam hati ada taman. Hanya bersama Melur Tyara, dia mampu ketawa selama mana. "Tak ada apa yang istimewa tentang saya, Encik Thaqif." - MELUR TYARA "Kalau bunga melur tak istimewa, dunia ni dah lama kehilangan wanginya." - HUD THAQIF Bila operasi tergempar berlaku di hutan Borneo, Lahad Datu yang memanggil para rejimen menyelesaikan misi pencerobohan militan asing, semuanya membawa kepada rahsia era penjajahan Tanah Melayu dulu. Mengheret mereka kepada arwah Leftenan Hamdan, seorang askar Melayu yang memperjuangkan nama merdeka dahulu kala. Namun, entah kenapa pada masa yang sama Melur di ambang bahaya. Tapi bagi Thaqif, sumpah setia adalah janji selamanya. Tak ubah seperti sumpahnya bila menyarung beret ke kepala, begitu juga dia bersumpah untuk berbakti selamanya di sisi Melur. "Ada sesuatu tentang Leftenan Hamdan, yang abang serta rakan seperjuangan tak tahu..." - MELUR TYARA Serangan demi serangan yang cuba mengancam isteri, membuatkan Thaqif lebih yakin musuh yang sama cuba memperkotak-katikkan rumah tangga mereka. Mereka mahukan Melur, bukan dia. Satu demi satu bukti ditemui, jawapan diseret menghadap Melur. Badai datang mengetuk, ada ancaman musuh dalam selimut bersama gunting dalam lipatan! Namun sekali sumpah, Melur sentiasa adalah amanah untuk dia berbakti. Selamanya.
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 423,575
  • WpVote
    Votes 29,126
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
Bisikan al-Qadr  by Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Reads 3,263
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 22
Di dunia di mana rahsia bersembunyi dalam bayangan, sebuah perkahwinan yang tiba-tiba menyatukan dua jiwa tanpa mereka mengetahui identiti sebenar masing-masing menjadi permulaan kisah penuh olak duri. Nur Khalisya Ezlynn memimpin masa lalu yang membekas dan nyawanya seakan menjadi mainan dalam dunianya. Dia tidak menyangka bahawa perkahwinan itu akan menempatkannya di tengah permainan takdir yang gelap dan berbahaya. Emir Zafran Rashaad, pewaris keluarga berpengaruh muncul dalam hidupnya seperti bayangan yang memukau. Dia membawa aura penuh misteri, kuasa, dan ancaman. Mereka terperangkap dalam permainan di mana setiap langkah boleh menjadi perangkap, setiap kata boleh menipu, dan setiap pilihan boleh membawa maut. Bisikan Al-Qadr adalah kisah tentang cinta yang muncul di tengah rahsia dan bahaya, di mana kesetiaan, pengkhianatan, dan obsesi bersatu dalam permainan maut yang dikawal oleh takdir. Dalam bayangan yang menanti setiap langkah, mampukah mereka bertahan, atau adakah bisikan takdir akan menelan mereka?