ZA'IM UKHROWI [C]
nurfrhnnh
- Reads 1,116,952
- Votes 40,836
- Parts 68
# 1st Sambalado Series
* karya pertama
'Crush' itu perkataan yang sesuai untuk si gadis yang ceria seperti Adra Umaira yang mencintai seorang lelaki dalam diam. Namun, sejak mengenali lelaki yang disukainya itu perlahan-lahan sikap sebenar gadis itu semakin hilang. Mula mendiamkan diri, sakit hati sendiri, memendam rasa apa yang dia rasa dan apa yang dilemparkan oleh lelaki yang bernama Za'im Ukhrowi.
Semakin keruh hubungan persahabatan dari kecil mereka apabila kedua pihak keluarganya membina sebuah ikatan tanpa persetujuan Za'im iaitu ikatan pertunangan.
"Kau dengar sini! Hadam betul-betul masuk dalam otak kau yang benak tu! Lepas aje habis paper SPM. tak ada lagi ikatan yang diagung-agung kau tu. Sementara ada lagi setahun ni, kau Jajalah dekat satu sekolah tittle bodoh kau tu!!" - ZA'IM UKHROWI
Kata-kata yang dilempar oleh Za'im itu dipegang kuat sehinggalah pada hari dia memutuskan untuk menyambung pembelajaran di luar negara. Dia memohon dalam diam tanpa diketahui oleh Za'im, malah keluarganya sendiri.
Selepas 8 tahun, Adra Kembali ke tanah air apabila dipaksa oleh Abinya.
Semakin hari semakin Adra keliru, banyak perkara yang berlaku selepas dia pulang ke Malaysia. keluarganya dan keluarga Za'im diganggu dan dianiaya kerana mereka mengetahui rahsia besar yang Rido Mikael lakukan.
Za'im yang dulu dikenali sebagai 'mr heartless' berubah 100 percent dan menjadi seorang lelaki sangat kuat melindungi diri Adra dari musuh tanpa gentar dan takut.
"Awak sendiri yang cakap, kita tak ada apa-apa hubungan lepas je paper SPM tamat."- ADRA
"Itu dulu, aku dah lama tarik balik kata-kata aku 8 tahun lepas. Kau je yang tak dengar." - ZA'IM
"Semudah tu aje kan jawapan awak!"- ADRA
Namun kuatkah Adra ingin melupakan apa yang dilakukan oleh Za'im 8 tahun dahulu? Sesenang itukah Adra dapat memaafkan Za'im? Sia-siakah dia melarikan diri selama ini?
start : 26 january 2022
End : 24 February 2022