Bookshelf I
7 stories
Gadis Penjual Bunga [✔] by nanadeea
nanadeea
  • WpView
    Reads 289,870
  • WpVote
    Votes 16,458
  • WpPart
    Parts 53
----- [C] ----- "Kau bercinta untuk apa?" --- Qaim Zufar Qaim belum pernah bercinta. Gara-gara mama, dia jadi takut untuk menyerahkan hatinya pada insan bergelar kekasih. Dia lari dari segala kemewahan biar tak timbul peluang untuk disakiti lagi. "Cinta itu buta? Bullshit." Trauma ditinggalkan mama itu buat hatinya separuh beku membenci kaum Hawa. Namun akal dan tindakan tidak lagi jalan seiring apabila suatu hari Tuhan takdirkan dia bertemu dengan si gadis ayu persis wanita melayu terakhir yang menangis dalam hujan, meraih simpati dan perlindungan darinya. Apa yang bakal terjadi seterusnya? ➖➖➖➖➖➖➖➖ "Aku bercinta untuk hidup. Cinta buat jiwa aku tak mati." --- Indi Imani Hidup Indi tak seindah kedai bunganya. Selepas kematian orang tua, cinta dia yang selama ini setia hanya untuk seorang pria kecundang selepas dipersendakan lelaki itu. "Aku tak pernah pun cintakan kau. Nak tahu apa yang aku cinta? Duit. Duit, Indi." --- Faiz Demi memuaskan hati sendiri, dia bertekad untuk membalas perbuatan bekas kekasih yang mengkhianatinya dengan mendapatkan teman lelaki palsu. Tetapi bagaimana jika pertolongan yang datang cuma dari posmen garang yang kurang kasih sayang itu? Bolehkah bunga yang mengejar kumbang, atau sebaliknya? Kerana bagi Indi, manusia tanpa cinta ibarat lagu tanpa irama, langit tanpa bintang.
Ramesses II by Hara_Nur
Hara_Nur
  • WpView
    Reads 6,079
  • WpVote
    Votes 367
  • WpPart
    Parts 5
Barangkali dia dihukum lantaran perasaannya terhadap Adrian. Mereka saudara sekandung tidak seharusnya memiliki hatta sebesar hama perasaan demikian. Tetapi daripada Adrian dia kenal segala. Malah daripada Adrian bercambah rasa cinta terlarangnya. Untuk hadiah hari lahirnya yang ke-20, Ivy terlalu mengimpikan percutian ke Mesir. Buat pertama kali Ivy menjejaki tanah milik dewa-dewa teragung tamadun Mesir Purba. Kekagumannya berganda apabila berpeluang melihat kerja-kerja penggalian pasukan Egyptology di tapak arkeologi. Tanpa sesiapa sedar antara serpihan purba torso yang ditemui masih tersimpan sumpahan dahulukala yang belum dimusnahkan. Ivy hilang dari pandangan semua. Dalam era rejim Raja Seti dari dinasti ke-19, Mesir Purba di situlah Ivy tercampak. Dia ditemui di sebuah padang pasir tandus oleh sekumpulan pedagang hamba abdi. Kemudian dibeli pula oleh seorang pembesar Mesir sebagai satu kepentingan. Kepentingan untuk dipergunakan dalam komplot menghapuskan waris terpenting takhta Raja Seti iaitu Putera Ramesses II. "Siapa kamu?" tanya Putera Ramesses kagum pertama kali bertemu mata dengan gadis berkulit putih bak porselin, berambut perang emas dan memiliki sepasang mata biru laut menawan. N-E-F-E-R-T-A-R-I Ivy nampak bibir Jeneral Kheti menuturkan tanpa suara dari jauh di salah satu tiang pilar besar. "Mengarut! Saya tidak akan sekali-kali jadi gundik kamu!" jerit Ivy histeria. "Hantar saya ke sempadan!!" pekiknya lagi. Semakin keras Ivy mendesak, semakin keras jua hati Putera Ramesses untuk tidak melepaskannya pergi. Berapa lama kah Ivy harus terperangkap di istana Kota Thebes? Berjaya kah dia kembali ke dunianya? Seterusnya kembali ke pangkuan bapa dan Adrian? PEMBERITAHUAN : Suka dimaklumkan, bahawa ini bukan kesinambungan RAMESSES. Sebaliknya RAMESSES II adalah 'revamp' daripada cerita terdahulu. Jika ada persamaan, mungkin nama-nama watak saja. Harap maklum Mula : 1 Ogos 2019 Tamat :
Cikguku Crushku by SamsungSamsung228
SamsungSamsung228
  • WpView
    Reads 441,874
  • WpVote
    Votes 15,644
  • WpPart
    Parts 68
Zafiey Adlie - Kamu tak boleh jatuh cinta dengan saya Dayana.Awak sendiri dah sedia maklum yang saya ne guru kamu ! Ezz Dayana -Saya cintakan cikgu ikhlas.Bukan kerana cikgu kacak ataupun kaya.Tapi kerana penampilan luar dan dalam cikgu. Zafiey Adlie berusaha sebaik mungkin untuk mengelak daripada mencintai Dayana iaitu anak muridnya sendiri.Tak mungkin dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang baru berusia 19 tahun ?! No way ! Manakala Dayana si gadis cantik manis berusaha mendapatkan hati si lelaki.Berusaha melentuk corak dan langkah lelaki itu.Meskipun dia tahu hanya sia2. Zafiey Adlie - Saya tak akan balas cinta kmau Dayana ! Saya tak mungkin cintakan kamu ! Ezz Dayana - Baiklah kalau tu yang cikgu kata.Saya terima.Mulai hari ini,saat ini,detik ini saya tak akan simpan lagi di hati saya seorang lelaki yang bernama Zafiey.Assalamualaikum. Ingatkan bila si dia mula menjauhkan diri.Hati akan mula tenteram.Namun tatkala si gadis berpindah ke sekolah baharu tanpa pengetahuannya.Barulah dia mengerti bahawa.. Hatinya benar2 telah jatuh cinta dengan gadis itu.Perasaan bersalah mula terasa di sudut hati.Bayangan Dayana semakin menerpa di mindanya.Gerak geri gadis itu ,telatahnya, senyuman dan wajahnya.Seakan penuh di lenggar mata Zafiey.Hati merasa semakin rindu. Setelah 3 tahun berlalu..Suatu kejadian yang terjadi menyebabkan Zafiey bertemu semula dengan insan tersebut. Apakah yang sebenarnya yang berlaku ? Mampukah Zafiey menarik semula cinta yang ia sendiri buang dahulu.Dan dapatkah Ezz Dayana memaafi tingkah laku Zafiey yang membuatkan dia terluka dahulu.Masihkah dia suka akan guru itu ? Meskipun telah lama mati sebagai crush di hati.
Pulanglah Cintaku [Completed] by Clover1381
Clover1381
  • WpView
    Reads 1,235
  • WpVote
    Votes 84
  • WpPart
    Parts 24
Sudah 6 tahun Ziana kehilangan memorinya kerana dia menghidap penyakit amnesia akibat suatu kemalangan, dia juga sering bermimpi pelik pada setiap 6 Jun. Namun, suatu hari dia bermimpi walau bukan pada 6 Jun dan mimpinya bersambung? Kerana ingin memulihkan ingatannya, dia mencari jawapan dengan mengikut petunjuk mimpinya bersama temannya. "Aku akan sentiasa bersama ko walau susah sekalipun demi memulihkan ingatan ko" - Syasha Tetapi, Ziana mendapat satu amaran bahawa dia akan dibunuh. Maka, semakin dia berusaha mencari jawapan, semakin bahaya amaran yang dia hadapi. "Biarkan aku pergi seorang! Aku tak mahu sesiapa mati sebab aku!" - Ziana. Ketika Ziana ingin merungkai misteri, perasaan cinta datang padanya. "Walaupun saya mati, saya tak menyesal kerana saya dapat selamatkan awak!" - Hairuz. "Saya tak mahu kehilangan awak." - Faiq "Hanya aku cinta kau seorang." - Zarif "Awak milik saya!" - IzharApa yang akan dilakukan oleh Ziana? Apakah penyebab memorinya hilang dan apakah yang mendatangkannya semula? Cinta siapa yang patut Ziana terima? Adakah cinta itu benar atau hanya ingin menutupi niat sebenar? Bacalah kisah cinta yang penuh misteri ini. Note : Part awal2 memang agak hambar dan kurang menarik sebab sis fokuskan pada pengenalan watak utama. If korang malas nak baca, boleh langkau ke Bab 3, tapi jangan comment kat sis yang korang tak faham pulak. Status : Completed! Idea : 100% by Myself. (Jika ada yang sama, sis minta maaf sebab sis bukan kaki novel tapi kaki komik) Cover by : Myself, @Clover1381
SERI by eiyla_
eiyla_
  • WpView
    Reads 23,246
  • WpVote
    Votes 1,103
  • WpPart
    Parts 6
KISAHNYA bermula pada zaman dahulu kala, dimana ada seorang wanita cantik yang bernama Seri terperangkap di sebuah tempat tersembunyi akibat perbuatan orang yang mendendaminya. "Melur, tidakkah engkau suka pada Halim? Tapi aku dengar dia akan dinikahkan dengan Seri.'' Ujar si Melati. "Apa benar kata kau itu Melati? Sungguh biadap si Seri. Berani sungguh dia merampas Halim dari aku. lihat saja, aku tidak akan diam. tahulah aku cara untuk mengajarnya.'' Sumpah Melur. Melur, telah meminta bantuan moyangnya Mbok Mayang Sari untuk membuang Seri jauh dari penempatan mereka. Mbok Mayang Sari yang mahir dalam ilmu ghaib bersedia membantu cicit kesayangannya itu dengan mengurung Seri di sebuah tempat ghaib yang tersembunyi. "Mbok mahu membuangnya ke mana?'' "Ke tempat yang begitu bahaya. Di situ ada siluman ular besar. Dia tidak mungkin terselamat berada di tempat itu.'' Melur tersenyum sinis.. akhirnya, tiada siapa yang akan tahu dimana hilangnya SERI..
Bukan Sindrom Nightingale by girangfashali
girangfashali
  • WpView
    Reads 7,984
  • WpVote
    Votes 1,158
  • WpPart
    Parts 48
Pertemuan antara Aysar Mujahid dengan Qaira Esabel bukanlah sebuah pertemuan biasa. Pertama kali bertentang mata kedua-duanya berada dalam situasi mencemaskan yang tidak diduga. Sejak itu, Mujahid bertekad mencari dan mengejar cinta Qaira biarpun gadis itu sedaya upaya menolak malah menjauhkan diri. Bagi Qaira, perasaan Mujahid terhadapnya cuma hambatan rasa sementara. "Saya hormat perasaan Encik Mo pada saya. Terima kasih. Tetapi, apa yang Encik Mo rasa ini didorong oleh faktor luar. Encik Mo tiada perasaan pun pada saya sebenarnya. Percayalah, dalam seminggu dua perasaan itu akan hilang." - Qaira "Mereka ni semua kawan Qaira di Facebook. Ariyyan, Edrus, Riduan ... kalau mereka Qaira boleh terima sebagai kawan, kenapa tidak saya?" - Aysar Mujahid Mujahid merasakan wujud tarikan jodoh yang sangat kuat antara mereka. Dia terus berusaha memancing cinta milik Qaira. Kopi menjadi pembuka laluan kisah mereka. 'Dear Qaira, saya akan buktikan yang rasa ini bukan Sindrom Nightingale.' Tidak mudah untuk pasangan ini mencoret kisah bahagia. Sesuatu tentang Qaira yang sampai ke pengetahuan Mujahid mula membuatkan dia mempertikaikan banyak perkara. Sisi Qaira yang selama ini diselindungkannya tidak dapat diterima Mujahid. Qaira yang itu terlalu asing. Bukan Qaira yang dikenalinya. 10 Catatan Rindu untuk Kasih akan cuba mengembalikan mereka ke titik mula. Ini kisah cinta Kasih dan belahan jiwanya, Cinta :)
Kaisenjyo by meddmenov
meddmenov
  • WpView
    Reads 661
  • WpVote
    Votes 118
  • WpPart
    Parts 53
Satu peristiwa pembunuhan membawa Ryouji dan adik perempuannya kepada kehidupan baru, di sebuah rumah perlindungan. Peristiwa demi peristiwa yang menyusul memberi petunjuk yang membawa kepada pembunuh bapanya. Kehidupan di rumah perlindungan itu juga membawanya bertemu mangsa-mangsa yang lain yang turut menerima nasib serupa sepertinya. Namun dalang utama di sebalik pembunuhan itu punya kuasa, ghaib dan nyata. Nyata di puncak politik, dan ghaib dilindung semangat hayabusa. Menangani yang nyata melalui Kogen, namun bagaimana pula yang ghaib itu ditangani, yang bayarannya kehidupan mereka dan rakan-rakan mereka? Kisah ini berlatarbelakangkan awal era Pemulihan di Jepun pada lewat kurun ke-19. Semua watak dan elemen plot hanyalah rekaan semata-mata dan jika terdapat sebarang persamaan ia hanyalah suatu kebetulan.