KakiNovel2017
- Reads 3,745
- Votes 91
- Parts 6
Baru hari pertama kuliah, Qiesya sudah terjatuh hati dengan pensyarahnya sendiri.. Sir Hazran. Namun, cintanya terpendam begitu sahaja bila lelaki itu terpaksa meletakkan jawatan untuk membantu bapanya menguruskan syarikat.
Setelah tamat pengajian, takdir menemukan mereka kembali bila Qiesya diterima bekerja di syarikat keluarga Hazran. pada asalnya memang dia berniat mahu memenangi hati lelaki itu kembali, namun kehadirannya Agak terlewat bila lelaki itu bakal mengikat tali pertunangan dengan Miss Alia yang juga bekas pensyarah Qiesya semasa di Universiti dulu. Sejak itu, dia cuba melupakan Hazran.
Tanpa diduga, kehadiran Qiesya di syarikat itu sedikit sebanyak berjaya menggugat hati lelaki Hazran. Dia sendiri tidak sedar bila dia mula tertarik dengan Qiesya. Kerana ikutkan perasaan dulu, dia mengikat tali pertunangan dengan Miss Alia. Namun kerana ikutkan hati pula, dia nekad untuk memutuskan pertunangan mereka. Dan tindakannya itu mendapat tentangan hebat daripada banyak pihak termasuk Qiesya.
Setelah menerangkan duduk perkara sebenar, masing-masing boleh menerima alasannya dengan hati terbuka, kecuali Qiesya. Walaupun pelbagai perkara dilakukan untuk meraih perhatian Qiesya, wanita itu tetap menolaknya.
Dek rasa bersalah terhadap Miss Alia dan keluarga Hazran, Qiesya terpaksa meninggikan egonya. Walaupun mulut kata 'tak cinta', tapi hati sentiasa degil mahu mengatakan 'ya'.
------------------------------------------------------
Sampai Bilakah Qiesya dapat mempertahankan egonya untuk menolak Hazran? Mampukah dia mengecapi bahagia dengan lelaki yang diidamkan sejak sekian lama itu?