already read
100 stories
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 970,090
  • WpVote
    Votes 35,280
  • WpPart
    Parts 65
THIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah dan mula mahu mengawal anaknya dengan mahu menjodohkan Ilya dengan anak tirinya Mikhail. Kerana tidak mahu harta tersebut jatuh ke tangan orang lain. Namun Ilya tidak suka dengan abang tirinya itu. Sikap playboy dan banyak skandal langsung tidak menarik minat dirinya untuk berbaik dengan lelaki itu. Pokoknya Mikail itu bukan calon pilihan hatinya. Disebabkan itu buatkan Ilya memilih untuk mencari calon suami dalam masa terdekat. Calon suami express,Calon suami yang diupah untuk larikan diri dari mamanya dan abang tirinya itu. __________________________ "Ini apa yang I boleh tawarkan pada you. Tapi perkahwinan ini ada syaratnya." Ilya Umara "Awak tengah beli maruah saya dengan duit ke sekarang ni?"- khair Nafiz "Tak,tapi kalau you rasa macam tu then yes."- Ilya Umara MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. Start: 15 may 2024 End : 24 July 2024
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 523,244
  • WpVote
    Votes 20,522
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
UZAIR : KALI KEDUA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,311,806
  • WpVote
    Votes 44,839
  • WpPart
    Parts 82
FIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing. Selepas empat tahun,mencari semula dan bertemu semula bekas isterinya itu bila kebenaran mulai dibongkarkan satu persatu. -------------------------------------------- "Aku nak Isteri aku balik." - Ahmad Uzair "Lebih baik kita tak balik semula dan bawa jalan masing-masing." - Nurul Sofea MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. Start :25 SEPT 2024 End:3 DEC 2024 EDITED: SEP- NOV 2025
Dendam Dalam Cinta [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 616,483
  • WpVote
    Votes 20,098
  • WpPart
    Parts 84
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
MARRY MY SCANDAL (TERBIT) by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 837,701
  • WpVote
    Votes 9,553
  • WpPart
    Parts 10
NEW TUANKU'S GENERATION "Power tastes sweeter when it's forbidden." START : 23 JULAI 2025 END : 26 NOVEMBER 2025
Perfectly Imperfect by faanethy
faanethy
  • WpView
    Reads 1,063,029
  • WpVote
    Votes 47,713
  • WpPart
    Parts 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuang keluarga. Muncul pula Hayyan, seorang lelaki yang tanpa sengaja masuk ke dalam hidupnya. Lelaki menyakitkan hati yang terlalu mencari kesempurnaan. "Kahwin dengan aku. Aku boleh bawa kau keluar dari dunia sadis kau." - Hayyan. Itu janji yang dikatakan Hayyan. Mereka berkahwin bukan dasar cinta. Wardina hanya inginkan tempat bergantung. Hayyan pula ingin lari daripada rancangan jodoh Hajah Fatima. Perkahwinan mereka hanya bedasarkan syarat. Kalau dah duduk sebumbung, sebilik, takkan tiada apa apa perasaan suka yang menyelinap masuk ke dalam hati masing-masing? "You promised me, Hayyan and then you left. You left." - Wardina Start : 23 October 2021 End : 11 August 2022
ANGGUN KAMILIA ||© by laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    Reads 132,582
  • WpVote
    Votes 9,223
  • WpPart
    Parts 68
Anggun Kamilia Muhammad Laith One of the most wonderful stories I have ever written. Mereka berdua pernah mendirikan rumah tangga. Kata kunci, 'pernah'. Bukan kerana cinta tetapi demi memuaskan hati orang tua. Mereka terpisah di tengah jalan tatkala kedua-duanya tidak lagi ingin bersama. Dan bermula di saat itu, mereka terus menjalankan hidup masing-masing dengan tidak lagi memegang status suami isteri. Namun... "Please refrain yourself daripada selalu keluar malam tak tentu pasal". -Muhammad Laith "Yang you sibuk ni kenapa? You bukan lagi suami I". -Anggun Kamilia Perjumpaan mereka pertama kali setelah setahun bercerai membuatkan Anggun ingin membebel di telinga Laith puas-puas. Ya, bebel. Bukannya ingin melepaskan rindu tapi ingin membebel kerana Laith sangat 'mencabar kesabaran' Anggun. Tambah pula, Anggun baru sahaja mendapat tahu bahawa mereka sebenarnya tinggal di dalam bangunan yang sama! Itu lah, lepas bercerai terus lost contact. Kan dah tak tahu apa-apa... "You rosakkan pokok I ye?!". -Anggun Kamilia "Itu lah masalah you daripada dulu lagi. Selalu tanggalkan hearing aid you tu kalau I tengah bebel!". -Anggun Kamilia Walaupun Anggun tidak gemar akan Laith, Laith sebaliknya semakin cakna akan Anggun. Lebih-lebih lagi kini mereka tinggal berdekatan dan apabila Laith mendapat tahu bahawa Anggun seringkali menerima ancaman bunuh. Siapa yang menghantar ancaman tersebut? Mengapa? Akankah keprihatinan Laith membawa mereka kembali untuk hidup bersama? ⚠️ Trope: Second chance romance. ⚠️ Cliché. Tolong jangan baca kalau tak suka cerita cliché. Saya tulis cerita ni pun sebab saya tak pernah lagi tulis cerita trope second chance romance. ⚠️ Laith is deaf. Only deaf. NOT mute. Theme songs: - Everyday by Ariana Grande ft. Future -NVMD by Denise Julia -Habibi (Albanian Remix) by Ricky Rich ft. Dardan & DJ Gimi O
His Broken Vow [C] | #1 Ikrar Dusta | His Deceit Series by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 322,955
  • WpVote
    Votes 24,973
  • WpPart
    Parts 52
━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar menggambarkan dirinya yang sebenar. Dielak, malah setelah jatuh kebawah menjadi lopak, ia dipijak. Namun apabila ia berhenti, diharapkan pula menghadirkan pelangi. Adilkah? Kalau benar dibenci mengapa mengharapkan sesuatu yang indah darinya? • Victor Abraham ❝Vicious❞ Mengapa 'Vicious'? ❝because I knew a person who was not, and watched him crumbled to the last bit of his life...❞ Terlalu baik, kelak memakan diri. Itu apa yang dipelajari Victor dari tragedi lalu. Sejak itu Victor bukan lagi Victor, tetapi Vicious. Kata orang, pengalaman mengajar kita. Ya, pengalaman mengajar dia agar tak memberi muka. Kejamkah? Jika apa yang diberi, dia mahukan cagaran sebagai ganti? Bersama tekad dan azam untuk merampas kembali, persetujuan dimeterai. Namun hujan yang datang bersama ribut dan taufan ternyata bukan senang diredah. Perlu pengorbanan jiwa untuk menawannya. Walau diri sendiri tak berkeinginan dan tak punya, kasih dan cinta menjadi tawaran. Namun tak bermakna ia akan berkekalan, kerana mengingkari janji itu baginya lebih memberikan kepuasan. ❝ Aku sedia bagi apa sahaja yang kau nak kalau kau jadikan anak aku, Rain sebagai isteri. In a condition, make her pregnant. Most importantly, boy. I need a male successor ❞ - si bapa durjana, Raymond Blake. • Tatkala sumpah berderai sepi Disaat luka tergari janji Neraka atau penjara Ke mana arah tujuannya? ❝first I'm gonna tell the truth and then I'm burning my bridge to you❞ SLOW BURN TO IMMEDIATE OUTBURST | CRAPPY | TOXIC | NOT FOR SOMEONE LIGHTHEARTED | NOT A FLUFFY STORY START: 14 April 2020 STATUS: ✅ ⚠️ Offensive | Cuss | Expletive | Strong language WARNING: COPYCAT WILL ROT IN HELL
Purrfect Match (Kita Yang Disusun Semesta) by DeianDyan
DeianDyan
  • WpView
    Reads 1,945,638
  • WpVote
    Votes 275
  • WpPart
    Parts 12
Padanan sempurna itu, sifatnya terpisah sebelum dicantum menjadi satu. Dua bulan usia pernikahan, mereka berpisah haluan. Sehinggalah takdir pertemukan setelah empat tahun berjauhan. Flora inginkan jawapan. Hanan pula membina alasan. Lantas, ikatan mereka dijadikan taruhan. "Let's start over. Bukan sebagai jiran, bukan sebagai sahabat. This time, as husband and wife." - Dzulhanan Daneeyal "Ini satu-satunya peluang yang aku akan beri pada kau, Hanan. You better fix all the broken pieces." - Flora Humairah Lalu saat kepingan-kepingan itu dikutip dengan hamparan mengapa ia berkecai sedari awal, mampukah alasan itu diterima sang akal? *** Cetus Amaran: Trigger Warning // TW: ⚠ Non-Consensual Act ⚠ Drugs
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish] by IeraRoselyn
IeraRoselyn
  • WpView
    Reads 728,440
  • WpVote
    Votes 23,441
  • WpPart
    Parts 67
Lelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap manusia. Kerana hanya Allah Maha Pemilik hati. Kayla Raihana. Demi menjaga hubungan yang baik dan kekalkan persahabatan dia bersama Adam Firdaus, dia sanggup menahan hati dan perasaannya bila Adam Firdaus sudah pun menjalinkan hubungan dengan gadis yang dicintai lelaki itu. Walaupun sakit, Kayla Raihana tetap menahan persahabatan mereka. Dia sanggup kecewa daripada kehilangan lelaki itu. Kerana, sejak kecil dia cuma ada lelaki itu dan keluarga lelaki itu. Dia sudah kehilangan ahli keluarga sejak kecil disebabkan satu kejadian kebakaran yang meragut nyawa seluruh keluarganya. Adam Firdaus. Dia terlalu mencintai kekasih hatinya. Sudah dia tidak peduli akan perasaan dan hati Kayla Raihana walaupun dia tahu akan perasaan Kayla Raihana terhadap dia. Tidak lama, satu keadaan yang memaksa dia untuk menjadikan sahabat baiknya sendiri sebagai isteri kerana kekasih hati melarikan diri sebulan sebelum majlis diadakan. Adam Firdaus menjadikan Kayla Raihana isteri hanya kerana simpati. Kayla Raihana menerima Adam Firdaus dengan hati yang terbuka kerana dia sangat cinta kepada lelaki itu. Satu peristiwa yang telah menyebabkan Kayla Raihana begitu kecewa dengan Adam Firdaus telah membawa dia pergi jauh dari lelaki yang dia cintai. Dia sanggup menjauh dari terus dihina dan dicaci oleh suami merangkap sahabatnya sendiri. Mampukah Adam Firdaus menggantikan perasaan kasihan kepada cinta untuk Kayla Raihana setelah isterinya pergi jauh dari sisinya? Masihkah ada peluang untuk Kayla Raihana bahagia?