😍
9 stories
Koc 13 by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 120,911
  • WpVote
    Votes 7,603
  • WpPart
    Parts 39
Siapnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECR) menyebabkan beberapa buah stesen yang membelah Banjaran Titiwangsa tidak digunakan lalu ditinggalkan menjadi usang. Stesen Dabong di negeri Kelantan turut menerima tempias dan ditinggalkan begitu sahaja. Raiqal... seorang pengembara seram yang tertarik dengan Urban Legend mengenai Koc 13. Koc yang akan muncul pada pukul 12.59 malam pada setiap tahun ganjil 29 Februari. Pengalaman Pak Hameed melalui catatan blog bab pertama sebelum hilang memotivasikan dirinya yang kebetulan tahun ganjil berlaku pada tahun tersebut. Tanpa sengaja Aiman Aklaken seorang novelis best seller bertaraf dunia datang ke stesen. Kawannya yang berjanji untuk menemaninya seperti biasa tidak muncul. Aiman Aklaken ingin menarik diri tetapi tiket bertulisan jawi dijumpai di kaunter telah memberi amaran "Naik... atau nyawa gantimu" menyebabkan Aiman Aklaken terpaksa menaiki Koc 13. Dan tidak tahu sama ada mereka bernasib baik atau malang, Koc 13 muncul tepat pada pukul 12.59 malam!
Cure by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 11,230
  • WpVote
    Votes 554
  • WpPart
    Parts 19
Mereka hidup ketika dunia diambang kiamat. Mereka hidup pada saat dunia sedang merintih mencari nyawa. Mereka hidup tatkala zaman ais dan wabak zombie appocalypse melanda dunia. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup. Termasuklah kumpulan mercenaries yang menggelar diri mereka Patriot yang diketuai oleh Komander Azzmel, bekas tentera. Mercenaries yang selalu membuat kerja kotor untuk puak-puak yang bertelagah bertakhta di neraka yang merupakan alam diambang kiamat. Namun, kumpulan mercenaries ini buat pertama kalinya, mendapat kerja bersih. Kerja bersih yang menyelamatkan populasi manusia di ambang kemusnahan. Mereka harus mengiringi satu-satunya kunci untuk menangguh kiamat itu. Penawar kepada penyakit yang merubah bangsa manusia menjadi pemakan daging segar. Ya, kunci itu adalah manusia biasa seperti mereka. Tetapi yang mahu merebutkan kunci itu musuh yang pelbagai. Diktator yang menguasai neraka. Pemberontak yang sering bertelagah antara satu sama lain. Dah tentu, zombie yang melata mencari otak.
Aksara by NoHR16
NoHR16
  • WpView
    Reads 2,597
  • WpVote
    Votes 437
  • WpPart
    Parts 39
Kau sangka utopia di dunia realiti itu wujud? Hakikat kesinambungan itu ada apabila dua elemen bertentangan itu wujud bagi menyeimbangkan satu sama lain. Bagi... Melengkapi. "Cuba kau bayang apa-apa yang ada depan kita sekarang ni kita label sebagai utopia. Semuanya sempurna. Tiada runtuhan atau apa-apa yang tak diingini. Cuma kau kena ingat. Ibarat syiling ni , Arif. Kalau kau pusing, kau akan nampak yang istilah dystopia itu bakal menyusul. Berhentilah kejar benda yang kita sendiri tak pasti." - Keth Mereka menjadi bukti dan 'kunci' melengkapi syarat untuk merealisasikan Dunia Utopia. Namun, bagaimana jika 'kunci' itu bukan hanya terletak pada mereka berdua? "Aku sepatutnya tangkap kalian berdua dah kenapa terbalik sekarang ni?" - Amy "Kau sebahagian daripada kami, Amy." - Arif "What?" - Amy Mereka sangka hanya tiga 'kunci' yang ada. Namun, kebenaran terbongkar saat mereka kehilangan salah satu 'kunci' menuju ke arah kebahagiaan yang disangka abadi. Masing-masing tergamam melihat hakikat yang kini terbentang di hadapan mata. "Kita perlu cari lagi tiga orang?" - Arif Bagaimanakah penghujungnya andai mereka terpaksa berpecah mencari penyambung setiap teka-teki yang seolah tidak berpenghujung itu? Mampukah kerangka utopia itu mereka wujudkan sendiri tanpa solusi dan buah akal daripada insan yang memulakan semua permainan itu? "Say... what if Utopia never exist? What will we do then?"
Huruf ✔ by Shim_Yoo
Shim_Yoo
  • WpView
    Reads 157,105
  • WpVote
    Votes 4,761
  • WpPart
    Parts 19
"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Nama mereka membawa satu kuasa. Dan mereka diburu kerana memilikinya. Dua waris terakhir HURUF memulakan pencarian. Menggalas misi untuk menyatukan mereka yang terumbang-ambing sebelum musuh menamatkan segalanya. Dalam usaha mengumpulkan puak yang kecil ini, rahsia lama mula terbongkar. Sejarah yang tertanam, pengkhianatan yang berdarah dan peperangan yang belum sempat bermula sudah meragut nyawa yang ada. Dan di sebalik semuanya, satu huruf membawa kuasa. Satu pengkhianatan, membawa kehancuran. WARNING:::PLAGIARISME IS A CRIME!!
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,333
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN by FirdausRosdi
FirdausRosdi
  • WpView
    Reads 98,288
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 61
Katilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbuka.Tetapi, pintu itu tidak akan terbuka luas tanpa sebarang pertumpahan darah. "Aku tidak takut untuk berlawan" Perlawanan bersilih ganti.Konflik yang memedihkan menjadi jawapan yg dicarinya selama ini. Yang berada di bawah, tidak selamanya akan tunduk. Mereka akan bangkit dan menentang untuk menuntut hari esok yang cerah.
Book 2: Aydan the Angele [✓] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 935,352
  • WpVote
    Votes 66,990
  • WpPart
    Parts 86
BOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula kini. Dia perlu menghalang Keres dan Nemesis. Lelaki bersayap yang selalu muncul dalam mimpinya kekal misteri. "You have a great power of light. With the power, you can surpass your ancestors. I will lock your power untill the time being, O Descendant of the Light," - Pierce, The Unsleeping Dragon.
Book 1: Annabella Valiant [✓] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 1,079,250
  • WpVote
    Votes 69,120
  • WpPart
    Parts 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu terngiang-ngiang ditelinganya. Rahsia yang tersimpan kemas oleh ayahnya. Sylvania... Bermula kisah Annabella yang mencari identiti diri setelah mengetahui dia bukan manusia biasa.