fav book
27 stories
Bukan Yang Terbaik by sugarcxndy
sugarcxndy
  • WpView
    Reads 444,239
  • WpVote
    Votes 20,108
  • WpPart
    Parts 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis sekolahnya. Namun semua itu ditolak hanya sebab satu alasan, perasaan sayang dan bertolak ansur terhadap kakaknya, Atiqa Amylia yang menghidap sakit kanser. Hal ini menyebabkannya tersisih dari keluarga yang sibuk mementingkan kesihatan kakaknya. Hari demi hari, dia mulai terasa hati. Namun, bertemu pula dengan jejaka idaman malaya, Zafriel Xavier, budak kacukan yang baru sahaja berpindah kesekolahnya. Dia agak hairan mengapa lelaki kaya itu tidak memilih sekolah elit untuk dijadikan tempat menuntut ilmu. Mereka mula akrab dan lama-lama, satu perasaan mula terbit dalam hati masing-masing. Sekali lagi, ada sahaja halangan yang menggangu. Namun, Aurora memilih untuk membiarkan sahaja halangan itu dan mengambil risiko. Hal ini menyebabkan kedua hati ini kembali bersatu walau tanpa restu keluarga. Amat memenatkan, tetapi membahagiakan. Adakah ianya akan kekal hingga akhir hayat apabila rahsia akan terbongkar satu persatu?
Fall for Me! - [FȺĦIM] by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 2,004,784
  • WpVote
    Votes 96,883
  • WpPart
    Parts 60
-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan dengan rakan yang lainnya. Sikap pemalu Fahim buatkan mereka yang lainnya jadi pening kepala. Lantaran itu Rash membuat keputusan untuk menyatukan adik perempuannya dengan kawan baik dia sendiri. "Kahwin dengan Fahim", - Firash Amril Hendak menolak, sudah tentunya Alfia tak sampai hati. Apatah lagi apabila dia melihat wajah bersungguh abangnya sulungnya. Justeru itu, Alfia sudi hulurkan tangan untuk berkahwin dengan Fahim. "Tempat kau kat situ. Tempat aku kat sini. Jangan robohkan benteng kita!" - Iqbal Fahim Mahu atau tidak, Alfia terpaksa menjadi nakal. Dia harus buat Fahim jadi seperti lelaki lainnya. Tapi dia tak mampu hendak nafikan perangai Fahim adakala menghiburkan juga! "Aku akan goda kau. Aku akan buat kau lupa yang kau tu pemalu!" - Alfia Nasuha "Aku akan tunggu", - Iqbal Fahim Berjaya tak agaknya si nakal Alfia menggoda Fahim? Nakal - nakal dia bukan perkara yang biasa. Nakal - nakal dia boleh buat Fahim jatuh cinta! ------------- Start; 7/5/2020 End; 2/6/2020 ------------- •••••••••••••••••• •••••••••••••••••• PENCIPLAKKAN JALAN CERITA INI ADALAH DIHARAMKAN SAMA SEKALI SAMA ADA JALAN CERITA MAHUPUN TAJUK! KALAU DEGIL JUGA PANDAI - PANDAILAH MERAYU DI PADANG MASYAR NANTI / SAYA AKAN REPORT PADA PIHAK WATTPAD! •••••••••••••••••• •••••••••••••••••• Sweety cover by @frggie ●Cerpen Farhah: 10 chap + 1 special chapter●
Langkah Pendosa by MsHadyna
MsHadyna
  • WpView
    Reads 53,335
  • WpVote
    Votes 4,666
  • WpPart
    Parts 32
[On-Going] UPDATE SETIAP HARI JUMAAT Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam menimpa Adalee berjaya menyedarkan dia kembali ke pangkal jalan. Akhirat kembali dikejar. "Syurga itu mahal. Hanya orang yang sabar mampu kecapinya." -AAHIL RAFIQI "Aku bukan orang yang sabar. Jadi neraka ke tempat aku?" -RAUDHAH MA'WA Perjalanannya tidak mudah. Beribu badai ujian Adalee perlu lalui demi ganjaran yang tertinggi di sisi Tuhan yang Maha Esa. Ini kisah seorang pendosa yang mahu mengejar destinasi terakhirnya. Raudhah Ma'wa x Aahil Rafiqi x Julian Li
Mika Rafareal by Pryessy_
Pryessy_
  • WpView
    Reads 65,489
  • WpVote
    Votes 3,509
  • WpPart
    Parts 46
Dalam usia yang muda dia sudah menjadi pemilik sebuah Resort terkenal. MR gelaran diberi. para gadis sering terjatuh dengan pandangan tajamnya. Terkenal dengan sikap serius dan tegas. tiada sebab untuk dia mengukir senyuman. Dingin adalah sifatnya. Beku adalah perwatakannya. sendiri adalah kehendaknya. " ini resort bukan kelab malam"- mr "balik nanti please singgah mall beli cermin. Takut nanti cermin kat rumah tu pecah sebab tak sanggup nak pantulkan imej plastik macam kau nie. Fake! " - vie " aku suka hujan. Kalau kau tak suka pergi lah berteduh" Dia pernah ada. pernah wujud dalam kehidupan aku. Pernah buka pintu hati aku. Dan pernah tutup pintu hati aku. Sebab tak ada yang lain. Cuma dia. " Nama dia dah jadi parut dalam hati aku....Tak akan pernah hilang"- Mr. 📢SAMBUNGAN DARI DSMD SEBELUM BACA FOLLOW SAYA DULU TAU📢 NAK TAHU CERITA SELEPAS KISAH SEMEKAP HIGHSCHOOL? #TERUSKAN FOLLOW CERITA MR. # JANGAN LUPA UNTUK VOTE DAN SHARE STORY DSMD DAN MR. #100% IDEA SAYA ENJOY🌹
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,558,552
  • WpVote
    Votes 340,924
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
Special Chapter NICA  by K4KN1S
K4KN1S
  • WpView
    Reads 40,589
  • WpVote
    Votes 2,715
  • WpPart
    Parts 10
Special Chapter untuk buku Nerd Itu Crush Aku Warning :- - Read NICA first - Credit cover by @QuenDarkness Start : 7 November 2020
THE SECRET PLAYER 3 by _hyun_yunzz
_hyun_yunzz
  • WpView
    Reads 3,560
  • WpVote
    Votes 329
  • WpPart
    Parts 3
Kebenaran tentang pemain misteri yang disebut-sebut oleh dunia bola keranjang sekian lamanya bakal terbongkar. Cerita terakhir Siri The Secret Player.
KAU TETAP SEMPURNA by imzafira_
imzafira_
  • WpView
    Reads 1,810,948
  • WpVote
    Votes 59,341
  • WpPart
    Parts 67
KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN RISK }
FARREL'S BOO©️ | TERBIT by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 4,931,293
  • WpVote
    Votes 96,867
  • WpPart
    Parts 19
Under Series Vol I. Known as His Boo. Dedaun luka yang tetap indah, bertemu ais kutub yang dingin dan mematikan. Dua jiwa dari dunia berbeza, disatukan oleh takdir yang tidak pernah mereka pinta. Aisy Melina tidak pernah meminta untuk menjadi kuat. Namun selepas kehilangan ibu bapa, dia menjadi benteng terakhir buat adik-adiknya. Ketabahan itu teruji apabila sebuah kecuaian meragut nyawa, menghancurkan hidup yang sedia rapuh. "Adik saya mati sebab awak!" - Aisy Melina Khalaf Farrel, nama yang menjadi mimpi ngeri Aisy. Dingin. Misteri. Bermata kelam dan wajah sekeras arca. Darah Jermannya tak hanya mengukir ketampanan, tapi juga tembok beku yang sukar didekati. Sejak kematian ayahnya, Khalaf tidak kenal erti simpati. "I won't forgive and forget." - Khalaf Farrel Mereka tidak pernah mencari antara satu sama lain, namun dunia seolah-olah telah menetapkan ikatan. Tiada siapa percaya lelaki itu mampu menyimpan nama sesiapa dalam hatinya. Dia tidak memberi peluang. Apatah lagi membuka ruang. Dia ada hati ke? Namun di balik beku itu, ada bara yang menyala. Dan satu-satunya yang membangkitkannya hanyalah Aisy Melina. "You will make me need you in my life without anyone realising it," - Khalaf Farrel Sekeras mana pun seorang Khalaf, dia tetap punya titik rapuh, Aisy... dan keluarganya. Sentuh mereka... maka dunia akan melihat sisi Khalaf yang tak pernah mengenal ampun. "She's mine. If you make me repeat those words, I won't speak with my mouth, but with my hands." - Khalaf Farrel Saat bahagia dan luka mula bersatu, satu rahsia mula terbuka. Rahsia yang bisa menghancurkan segalanya. Khalaf teruji. Mampukan dia menerima kebenaran itu? Marah yang dikumpul, siapakah akan menjadi sasarannya? Aisy? Ibunya? Atau bayangan lain yang diam-diam menanti untuk memusnahkan mereka? "He chose you. And you need to know, belonging to Farrel means no harm will ever come to you." All Rights Reserved Nabillss.
HAZRAEL | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 1,350,553
  • WpVote
    Votes 63,666
  • WpPart
    Parts 30
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️