mohdamri903's Reading List
3 story
Salju Kyoto بقلم karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    مقروء 30,618
  • WpVote
    صوت 1,139
  • WpPart
    أجزاء 15
Bacaan Awal Sahaja.. Tajuk: Salju Kyoto Penulis: Sara Aisha Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-96-8 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak) 'When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.' Musim dingin 2015. Kyoto. Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang. A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran. "Stay away from him." Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya? "She's my woman. You touch her... and you die." - A.K. Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini? "If you feed an evil soul, he'll become a devil." - Badri
Samurai - Dekna Lee بقلم LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    مقروء 1,054
  • WpVote
    صوت 7
  • WpPart
    أجزاء 11
ISBN No : 978-967-0657-71-4 BLURP: Aizat, dia sangat menyakitkan hati! Mulut memang laser. Rambut bukan main panjang menyerupai rambut seorang samurai zaman Jepun dulu. Melur rasa tergugat dengan kewujudan sepupunya itu. Sungguh! Sombong dan kasar sekali perwatakannya. Maklumlah, Aizat itu graduan sekolah juvana. Sepanjang tinggal bersama keluarga Melur, ada saja pergaduhan yang sengaja dicetuskan oleh Aizat. "Melur? Sampai besar pun kau kena panggil Melur ek? Tak ada nama glamor ke? Kesiannya aku kat kau." ~ Aizat "Jangan panggil nama sayalah!" ~ Melur "Habis tu kalau aku tak panggil kau Melur, aku nak panggil kau apa? Telur?" ~ Aizat Fitnah tiba-tiba merebak semenjak kemunculan Aizat di rumah Melur. Aizat dan Melur diarah menikah. Melur membantah. "Macamlah aku hadap sangat nak kahwin dengan kau. Muka kau tu tak dapat aku beza dengan muka monyet belakang rumah! Nyet lagi lawa. Dahlah banyak mulut. Sakit otak aku. Nama pulak Melur. Klasik habis. Aku menikah dengan Jasmin lagi baiklah!" ~ Aizat "Hei! Ingat saya nak kahwin sangat dengan awak? Entah-entah hari pertama nikah dengan awak, saya dah kena tetak! Bukan boleh kira awak ni. Bekas budak sekolah jahat, kan?" ~ Melur Mereka disatukan juga walaupun sering bertelingkah. Melur mula jatuh hati dengan Aizat. Namun, ada saja dugaan yang melanda saat mereka baru mengecap bahagia. Kebahagiaan mereka direnggut seseorang. Melur menyalahkan Aizat atas segala yang telah terjadi. Aizat pergi membawa hati. Siapa yang menyebabkan mereka berpisah? Bagaimana kesudahannya? Mampukah sekuntum bunga melur menjadi penyeri?
Deja Vu بقلم karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    مقروء 34,107
  • WpVote
    صوت 1,003
  • WpPart
    أجزاء 15
Tajuk: Deja Vu Penulis: Nurul Ain Syuhada Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-76-2 Halaman : 704 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Januari 2019