noreliana244's Reading List
21 stories
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 948,575
  • WpVote
    Votes 44,053
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
CINTA SANG PUTERA  by BidadariSenjaEmas
BidadariSenjaEmas
  • WpView
    Reads 5,129
  • WpVote
    Votes 196
  • WpPart
    Parts 53
CINTA SANG PUTERA Antara takhta dan cinta, dia harus memilih... Putera Luqman Shah Al-Razi, satu-satunya zuriat pewaris takhta kerajaan Al-Razi, terkenal dengan karisma luar biasa dan keangkuhan yang membaluti hatinya. Kehilangan kedua orang tuanya dalam kemalangan tragis meninggalkan ruang kosong di dalam jiwa yang hanya dikuasai oleh disiplin dan dingin. Disayangi rakyat dan pembesar istana, namun hatinya tetap berselimut kesunyian. Ketika Balqis Humaira, seorang doktor pakar pembedahan yang cantik, bijak, dan penuh prinsip, melangkah masuk ke dalam kehidupannya, segala aturan di istana mula goyah. Balqis bukan wanita biasa - dia garang, tegas, tetapi berhati mulia. Ini bukan sekadar kisah cinta biasa. Ini adalah tentang ego yang dileburkan oleh cinta sejati, tentang seorang wanita biasa yang menjadi luar biasa, dan seorang putera yang memilih cinta, bukan kuasa.
Qayl's : His Aralyn by soofiiyay_
soofiiyay_
  • WpView
    Reads 134,360
  • WpVote
    Votes 6,008
  • WpPart
    Parts 62
Qayl Hedzrin, lelaki yang dibesarkan oleh keluarganya sendiri. Ibunya, Datin Izora yang sentiasa menyayanginya dan memberikan kasih sayang yang cukup kepadanya. Berbeza pula dengan ayahhnya, Dato' Adzrin yang kurang suka terhadap Qayl. Elnaura Aralyn, kebahagiaannya sudah lama hancur setelah kedua ibu bapanya meninggal dan dia dihantar kerumah anak yatim. Takdir tuhan telah menyatukan dua orang insan tersebut. "Nama aku Qayl, Qayl Hedzrin. Kau?" Mereka bahagia. Namun, bolehkah kebahagiaan itu kekal selama-lamanya? "Awak tipu saya, Qayl!" "Wa ila rabbika farghab" "dan hanya kepada tuhanmulah engkau berharap" (Q.S As-Syarah:8)
MIKAEL HARITH : HIS AURELLIA 🔞  [EBOOK] by Nayverse02
Nayverse02
  • WpView
    Reads 574,572
  • WpVote
    Votes 2,342
  • WpPart
    Parts 11
Mikael Harith + Aurellia Imani Kahwin tanpa cinta bukan pilihan mereka, tapi satu takdir yang tak boleh dielak. Aurellia Imani - keras kepala, penuh luka dari masa silam, dan terlalu takut untuk membuka hati. Mikael Harith - tenang, dominan, dan lebih sabar dari lelaki biasa. Tapi bila hati dia sudah jatuh, dia takkan lepaskan. Setahun mereka berkahwin tanpa disentuh, bukan sebab tiada keinginan, tapi kerana Mikael memilih untuk menunggu. Menunggu sehingga Aurellia benar-benar sedia. Tapi sampai bila? Bila provokasi jadi permainan, dan rindu jadi senjata, siapa yang akan tewas dulu, isteri yang kononnya keras hati, atau suami yang dah terlalu lama menyimpan rasa? "You nak kurung I tiga hari? I sanggup kalau pengurungnya Mikael Harith." "Consider yourself in action for 72 hours, baby." Ini bukan sekadar kisah cinta. Ini tentang sabar, godaan, dan cinta yang menyembuhkan. I nak pesan awal awal, cerita ni 18+ keatas. Cerita ni terbuka. Cerita ni akan ada scene hot and spicy. Jangan bila da baca baru nak cakap itu ini. I dah warning awal awal ek ‼️ 🌶️Kata Kesat 🌶️ Hot and spicy (dewasa) 🌶️ Setiap scene hot and spicy i akan letak warning 🌶️ Obsession so jangan pelik 🌶️Read at your own risk #1 Cinta mati on 11/7 #1 Slow on 11/7 #1 Love stories 11/7 #1 Obsesi 6/8 #1 Ego 27/8 Start : 01/07/2025 End : 29/07/2025
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,851,596
  • WpVote
    Votes 283,808
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
1 | Hai, Inspektor! [✅] by sofeaaaaa-
sofeaaaaa-
  • WpView
    Reads 24,316
  • WpVote
    Votes 2,431
  • WpPart
    Parts 40
Beautiful cover by @xerlickmentos58 Pintu hati sudah ditutup serapat-rapatnya oleh Nurin supaya tiada sesiapa yang masuk setelah ditipu orang yang dipanggil 'lelaki'. Tetapi apakan daya, datang semula Hazreel Emirul untuk cuba membuka semula hati Nurin. Bukan benci tapi mungkin disebabkan dia minta untuk putuskan hubungan dulu dengan asbab yang tak kukuh, itu menjadi punca Nurin Sofea tak mahu berbalas mesej dengannya. "Satu je peluang, saya takkan sia-siakan" -Hazreel Emirul. "Awak usaha lah. Tengok berapa lama masa yang saya perlukan untuk terima orang lain. Hati saya baru je hancur. Pintu hati saya, saya dah tutup. Tiada siapa yang saya terima sekarang." -Nurin Sofea Jarang bertemu , jarang juga ada pandangan 2 pasang mata. Hanya panggilan telefon dan mesej saja yang boleh. "Tunggulah saya habis sekolah, dapat apa yang saya impikan. Awak pun sama, nak jadi polis kan? Usaha sampai dapat. Nanti saya akan fikirkanlah pasal benda ni" -Nurin Sofea Hati? kau dah sedia ke? Mampu ke nak bagi orang jaga kau wahai hati? Tuan punya hati sendiri tiada jawapan. 🌙🌙🌙🌙 12 tahun berlalu... Sedang berbahagia, datang orang ketiga dipihak masing-masing yang ingin meruntuhkan cinta mereka. "Ceraikan saya" -Nurin Sofea "Cerai? Okey, awak nak sangat kan? Nurin Sofea Bt Sukiman.." -Hazreel Emirul "Aku akan dapatkan dia tak kira macam mana sekalipun" -Enzur Zaimie "Dia milik aku dan sampai bila-bila pun dia akan tetap jadi milik aku. Kalau aku tak dapat dia, kau pun sama" -Ayu Sofea Betulkah Nurin dan Hazreel akan bercerai? Apa jadi pada Enzur? Berjayakah Ayu mendapatkan Hazreel? Sahabat sentiasa disisi demi menguatkan diri dan cinta yang telah berputik sejak 12 tahun lalu. Perkahwinan tidak bahagia mana, tapi cinta yang menguatkan mereka. ⚠️KATA-KATA KESAT DIGUNAKAN DALAM PENULISAN. HARAP TIDAK DIAMALKAN⚠️ Sediakan mental untuk membaca cerita ini. First Romance❤ 100% by @sofeaaaaa- D: 301220 - 270521
A Thousand Years (Ebook) by flizwn
flizwn
  • WpView
    Reads 8,161
  • WpVote
    Votes 253
  • WpPart
    Parts 8
Dua kisah berbeza nyata. Untuk sebuah permulaan bagi sebuah kehilangan. "Ikatan ini satu tugasan. Dan cinta itu tidak wujud." Resam dunia, untuk memiliki sesuatu maka kamu akan kehilangan sesuatu. Dicintai gundah, dibuang goyah. "Kau diperintahkan untuk keluar dari negeri ini. Tiada pengiktirafan sehingga nafas terakhir kau di rengkungan." Kerana cinta yang disangka dongengan akhirnya meracun jiwa dan menular di dalam nadi. Tamakkah dia? "Aku sukakan kau sejak kali pertama mendengar suara kau." - Ammar "Sampai ke sini kau kejar aku? Kau akan mati!" - Narsha "Aku akan tunggu kamu untuk seribu tahun lagi." - Amred "Kau akan kekal selamanya sebagai kenangan terindah..." - Serene. "...kerana sisi hamba sudah dicuri." A THOUSAND YEARS. oleh Flizwn Original version : Autumn May 2012, Melbourne Rewrite : Monsoon December 2020, Malaysia Flizwn.
(✔) Mr Raja Angkuh by nkimmyy
nkimmyy
  • WpView
    Reads 118,181
  • WpVote
    Votes 3,466
  • WpPart
    Parts 20
"Hanya dia yang mampu mencairkan Raja Angkuh itu" Perkahwinan antara si gadis biasa bersama-sama dengan Raja paling angkuh. Perkahwinan paksa itu mampu mengubah kehidupan Raja. Daripada keAngkuhkan yang sangat tinggi, menjadi Raja yang sangat penyayang dan baik hati. Hanya gadis itu, gadis biasa yang dipaksa kahwin kerana dia membantu Ibunda kepada Raja Angkuh itu. Tanpa dia sedar, dia mula jatuh sayang kepada Raja Angkuh yang mula menjaganya. "Kau milik aku, itu kau kena ingat" - Tengku Affian Zaidy Ibrahim "Kenapa saya? Kenapa Raja tak lepaskan saya sahaja? " - Nabila Ilayda Noor "Sebab kau isteri aku dan milik aku selamanya" - Fanfiction + Romance Malaysia + English + Italian - Ranking! #3 in #Raja (17 October 2020) #1 in #Angkuh (17 October 2020) #2 in #Raja (16 November 2020) #4 in #Raja (18 November 2020) #5 in #Raja (18 November 2020) #8 in #Raja (20 November 2020) #7 in #Raja (23 November 2020) #2 in #Raja (24 November 2020) #1 in #Nabila (24 November 2020) #10 in #Malaysia (27 November 2020) #6 in #Raja (30 November 2020) #1 in #Raja (1 Januari 2021) #1 in #Nabila (1 Januari 2021) #3 in #Suami (1 Januari 2021) #3 in #Malaysia (1 Januari 2021) #22 in #Wattpad (1 Januari 2021) #2 in #Malaysia (12 February 2021) #1 in #Malaysia (15 February 2021) #14 in #Wattpad2020 (26 March 2021) AWARD! The Great Floriarity Idea's | Pallete Team 2020 The Best Floriarity Fanfiction 2020
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,389,217
  • WpVote
    Votes 330,096
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
TAKDIRKU MENCINTAIMU (TERBIT)  by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 46,033
  • WpVote
    Votes 552
  • WpPart
    Parts 12
Unofficial blurb: QASEH MIKAYLA- Dirinya pasrah menjadi isteri kepada tunang kembarnya sendiri kerana wasiat. Qaseh sedar dia tidak akan bahagia bersama Adam kerana Adam masih teguh mencintai arwah Qaira. Namun, perkahwinan itu tetap berlaku dan siapa sangka, ada satu rahsia besar yang tersimpan tentang identiti sebenar Qaseh, serta perkara yang telah berlaku 15 tahun yang lalu. ADAM HAZIM- Semakin dia ingin melupakan wasiat Qaira, semakin mimpi buruk menghantuinya dan berhenti di mana dia melamar Qaseh sebagai isteri. Adam tidak berniat untuk menyakiti Qaseh, tapi apakan daya hatinya masih mencintai Qaira. Tapi sayang, saat perkara sebenar terbuka luas, semuanya bagai terlambat buat Adam untuk membetulkan keadaan. Adakah takdir mereka untuk mencintai antara satu sama lain masih tertulis oleh Sang Penyatu?