-MaLaYs story❤️✨-
11 stories
Mr. Cold Dictator [ BAKAL TERBIT ] by AizackMesle
Mr. Cold Dictator [ BAKAL TERBIT ]
AizackMesle
  • Reads 632,466
  • Votes 27,230
  • Parts 17
Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan, tapi ini pekerjaan yang dia pilih. Dalam letih, ada rasa bahagia. Melihat tawa anak-anak kecil itu, cukup melegakan hati kecil dia. "Teacher..." Suara kecil itu menyentakkan dia daripada lamunan. Terasa ada jemari kecil mencuit-cuit lengan dia. Pandangan terus dijatuhkan ke arah punca suara. "Yes honey?" Masih memandang, bibirnya merekah dengan senyuman lebar. Jemari jatuh mengusap kepala anak kecil di bawah dengan lembut. Penuh kasih sayang. Jujur katakan, dia sudah terlanjur sayang. "This is for you..." Terletus tawa kecil saat anak kecil itu malu-malu menyua tiga kuntum bunga kertas yang entah sejak bila dipetik. Disambut dengan senang hati. Turut menurunkan tubuh sedikit. Ingin menyamai paras ketinggian anak kecil itu. Rasa terharu. "Thank you Eshaq!" Puncak kepala anak kecil itu menerima kucupan pantas. Tidak lupa juga, tubuhnya dipeluk erat-erat. "Ehem!" Mendengar suara rendah nan berat itu, tubuh Eshaq dilepaskan. Kembali berdiri tegak di sebelah anak kecil itu dengan kening terjungkit. Sedikit hairan. Mahu bertanya, tapi takut tersalah kata. Jelas dia nampak bingung. Kening yang tidak gatal digaru. "Who are you?" "I'm Eshaq's father. Pleasure to meet you Jelita Elnara." Tegas nadanya membuat seluruh tubuh sang Jelita kejung beku. ⚠️Do not copy any part of this story !
LOVE YOU MR. PILOT  ✔️ by crystalisorked
LOVE YOU MR. PILOT ✔️
crystalisorked
  • Reads 1,688,547
  • Votes 54,776
  • Parts 79
Ini kisah aku, Nik Qisya Iris dengan Raja Amer Naufal. Kehidupan yang agak cliche seperti novel2 melayu yang pernah aku baca. Tidak aku menjangka bahawa hidup aku juga seperti di dalam novel melayu. Kehidupan kami tidak seperti yang lain. Hidup kami penuh dengan onak dan duri. Kemunculan orang ketiga, orang keempat menyebabkan rumah tangga kami tidak pernah aman walaupun kami tidak pernah bergaduh. ~~ "Weh kau curi eh?" tanya Naufal tiba2. "Hah? Curi apa?" tanyaku blur. "Kau curi hati aku tapi tak nak mengaku eh." ujar Naufal bersama kenyitan mata yang nakal. ~~ "Maybe I should be more like her." gumam hati kecilku. Cover by: appleflakes Start:7/12/2016 End: 3/8/2017
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
Dr. Adam Ukasyah
violetheree
  • Reads 6,820,024
  • Votes 315,454
  • Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
Sepet Ikat Tepi! ✔️ by RealStarlight
Sepet Ikat Tepi! ✔️
RealStarlight
  • Reads 347,651
  • Votes 25,922
  • Parts 48
Tajuk pun rempit. Ah kisah pulak aku. Baca jelah Alang aku tak boleh tidur. Yang Benar, RealStarlight
Suamiku Tinggi 189cm?!!  by MejiMoon
Suamiku Tinggi 189cm?!!
MejiMoon
  • Reads 2,068,458
  • Votes 89,199
  • Parts 104
PANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di hadapan khalayak pelajar yang lain hanya gara-gara seorang gadis yang amat lelaki itu cintai,Adriana. Tanpa disedari, kedua-dua kaki Najwa berlari meninggalkan tempat itu. Dengan tudung sekolahnya yang tidak teratur akibat tamparan yang diberikan tadi membuatkan dia seperti pesakit mental yang sedang melarikan diri. Air mata Najwa yang laju mengalir di pipinya setia menemani hatinya yang kini hancur berderai. Adakah nasibku memang begini? Ditinggalkan oleh insan yang paling disayangi amat memeritkan. Namun aku redha dengan segala ketentuan-NYA. ----- "Saya akan selalu mendoakan kebahagian awak dengan si dia yang bertakhta di hati awak agar kekal bahagia selamanya dan terima kasih buat segalanya. "-Najwa "Aku tetap akan ceraikan kau dan aku tak perlukan doa kau untuk aku bahagia bersama Ana! "-Hakimi "Saya cintakan awak,Najwa."-Asyraf "Saya sukakan awak, sejak kali pertama saya jumpa awak lagi,Najwa."-Aiden "Saya harap sangat awak bukan adik kandung saya Najwa, sebab apa? Sebab diri saya dah mula cintakan awak."-Nabil. credit cover; @MorshiMello
Maid Maiden by sweetpearly
Maid Maiden
sweetpearly
  • Reads 742,295
  • Votes 55,102
  • Parts 77
❝Walau apa cara sekalipun, aku tetap akan balas budi 'putera' aku tu suatu hari nanti.❞ Demi membalas budi si putera yang pernah menyelamatkannya sewaktu kecil, Mia Alysha berusaha segigihnya untuk memasuki sekolah elit Rubians Watson High School. Namun sebaik diterima sebagai pelajar, ibu bapanya pula diisytiharkan muflis dan tidak dapat membayar yuran persekolahannya. Lebih malang lagi, mereka melarikan diri ke luar negara tanpa membawa Mia bersama. Nasibnya baik apabila Tengku Firdaus Hayqal, pelajar kaya merangkap pewaris Rubians Watson High School sudi membantu. Mia dapat belajar di sekolah itu secara percuma, tetapi sebagai syarat.. ❝Aku boleh jadikan kau pelajar sekolah ni tanpa bayar yuran satu sen pun....❞ Aku diam. Menunggu untuk dia menghabiskan kata. ❝...dengan syarat kau jadi girlfriend aku..❞ Kening aku mula terangkat. ❝....dan ikut segala perintah aku.❞ What the... Is this a kind of joke? Bagaimana hidup Mia selepas itu? ➳ high achievement : 1# in Teen Fiction ➳ Adaptation of romance comic by Kaoru. ➳ For more information about this story, read 'Mini Talk' chapters. START : 16th December 2016 REPBULISHED : 26th February 2018 END :
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED) by Choco_Lyn
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)
Choco_Lyn
  • Reads 2,425,695
  • Votes 64,395
  • Parts 61
Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpisahan.. Itulah takdir perkahwinan 6 bulan Engku Zafriel Syeikh dan Que Sarah Qaliesya. Perkahwinan mereka tak mampu bertahan lama atas dasar pilihan keluarga. Selepas tempoh 6 bulan mereka berpisah.. Itu keinginan Qaliesya yang inginkan hidup bujangnya semula tanpa dikongkong oleh seorang lelaki bergelar suami.. namun, bukan untuk Engku Zafriel Syeikh. Bila dah sayang, tak mungkin hatinya mahu lepaskan gadis itu.. Jika hatinya sudah kata cinta, selamanya hati lelakinya tercatat nama Que Sarah Qalieya.. Dan.. Tak mungkin dia akan lepaskan gadis itu.. @Novel ke-4 @Wattpads @Tidak Untuk LepaskanMu.. #Chocolyn
Garisan by Mina94
Garisan
Mina94
  • Reads 698,100
  • Votes 30,548
  • Parts 49
Cerita yang berkisar mengenai Arina Nadirah yang menyimpan perasaan cinta kepada abang kandungnya sendiri, Khairul Aqil. Dugaan Allah itu hebat, Arina diuji tinggal serumah bersendirian dengan abangnya yang masih kelu tentang perasaan adiknya. Munculnya Hishamuddin Akhbar menjadi pemulih Arina. Namun sebenarnya, ada rahsia yang gelap di sebalik keluarga mereka. Apakah perasaan Aqil jika dia mengetahui tentang perasaan cinta adiknya padanya? Mampukah Arina melenyapkan perasaan cintanya pada abangnya? Siapa pulak Kaira? Jom baca cerita ni jika nak tahu. COMPLETED! (Terima kasih pada Syazwani Taib untuk amazing cover buku cerita ni! I love it.)
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔ by Anati_Althafunnisa
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔
Anati_Althafunnisa
  • Reads 834,796
  • Votes 27,958
  • Parts 26
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar ini? Mengapa perlu aku yang terperangkap di dunia ini?" -Bella Amanda- "Beta tidak memaksa kamu namun jika kamu ingin keluar dari dunia ini maka tunaikan syarat itu." -Raja Andhika Sadewa- Perkara gila apa yang perlu aku lakukan ini?Aku hanya gadis yang baru berusia 18 tahun.Mana mungkin aku rela mengorbankan tubuhku untuk seorang Raja yang dianggap tuhan di dunia pelik yang penuh khayalan ini demi melahirkan seorang zuriat kepadanya? Published: Start: 5/1/2018 End: 17/7/2021 Status: Completed Highest ranking: No.2 out of 2.21K in fantasy ( 22/1/19) No. 1 out of 2.89K in thriller (30/11/21)
Silver High: Hani [TERBIT SEBAGAI 'KAD'] by alt-zunally
Silver High: Hani [TERBIT SEBAGAI 'KAD']
alt-zunally
  • Reads 3,954,870
  • Votes 3,432
  • Parts 4
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai masanya Hani kembali ke sistem persekolahan. Pilihannya Silver High School. Dia nak lupakan semua kenangan pahit hampir tiga tahun lalu, dan dia nak enjoy tahun ini. Tapi pada hari pertama saja sudah macam-macam berlaku. Dia bergaduh dengan Izmeer, budak paling popular kat sekolah, berkenalan dengan Adrian yang cool dan Khairul yang terover friendly, serta terpaksa menghadapi cemburu si Misha yang rasa semua lelaki kat sekolah syokkan dia. Tapi Hani berazam untuk pastikan tahun terakhir persekolahan ni jadi tahun terbaik dalam hidupnya. Dia fikir semuanya akan lancar. Namun kehadiran beberapa keping kad mula menggugat ketenangannya di Silver High. Adakah Hani sedang dikejar masa lalu, atau ada orang yang mahu melihatnya binasa?