WanNurNajihah
- Reads 74,055
- Votes 1,798
- Parts 34
"Aku ini bodoh pergi percayakan perempuan. Kaum kau ni licik macam ular. Penipu...Aku dah serik percayakan perempuan."- Adrian
Perkahwinan yang diimpikan hancur apabila tunangnya membatalkan majlis. Dendamnya pada perempuan kembali muncul. Tujuh tahun menghilangkan diri, ketika mahu mulakan hidup baru atuk merancang mahu menjodohkan dia dengan pilihan hati.
"Habis awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak? Oh, memang tak hinginlah. Saya awal-awal dah tolak."-Dian
Tidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang mempunyai kisah silam, Dian melarikan diri. Mana mungkin dia mahu hidup dengan lelaki yang sombong, pasti dirinya menjadi mangsa. Dia dihukum atas kesilapan perempuan lain.
Sejauh mana dia lari, lelaki itu tetap muncul tanpa diduga. Hanya mahu membalas budi atuk Adrian yang baik, dia menerima lelaki itu sebagai suami.
"Boleh tak jangan tuduh saya lagi? Sikit-sikit salah saya. Cuba buka mata awak luas-luas cari apa salah awak. Ni tak semuanya nak tuduh saya. Semuanya salah saya. Macamlah awak tu tak pernah buat salah."-Dian
Dirinya bagai tidak wujud. Tindakan yang dibuat semua salah di mata Adrian. Hanya kesabaran menjadi benteng dia masih bertahan hidup.
Ternyata kesabarannya berbalas. Adrian kembali tewas di tangan insan bergelar wanita. Kebahagian yang dirasa hanya sekejap apabila bekas tunang suaminya kembali muncul.
"Kalau betul pun dia terhegeh-hegeh kat abang apa hak Dian nak hina dia. Ini masalah abang dengan dia."-Adrian
Gelap dunia Dian. Suaminya masih mencintai Haiza. Cinta yang diberi hanya palsu. Dia tertipu. Ternyata dia hanya dijadikan tempat pelepasan dendam. Mampukah dia bertahan sedangkan rasa cinta yang dulu mekar mula melayu?
*Novel ini sudah diterbitkan pada bulan Okt 2017 bawah Love Novel. Berminat untuk dapatkan boleh pm facebook Penerbitan Lovenovel ll atau whatsapp 0196788161. Terima kasih❤️