AszZen's Reading List
30 stories
KEJAM by PrevinPrevin
PrevinPrevin
  • WpView
    Reads 34,308
  • WpVote
    Votes 990
  • WpPart
    Parts 20
Apa lima orang dibunuh secara kejam? Siapakah yang membunuh kelima-lima orang tersebut? Apakah motif sebenar pembunuhan ini? Adakah pembunuhan ini untuk memberi pengajaran ataupun sebaliknya? Tuan saya ada jumpa sepucuk surat dengan tulisan KEJAM dan cap SINGA. What ??? "Peninglah wei dah lah tu tinggal lagi 3 hari je untuk selesaikan kes ini" ujar Inspektor Previn kepada rakan sepasukannya. Mampukah pasukan polis khas tersebut menyelesaikan misteri tersebut ataupun sebaliknya? Kalau ingin mengetahui tentang misteri tersebut dengan lebih lanjut. Tolong baca dan ikuti "KEJAM"...
Hutan  ✔  by nhudarahim
nhudarahim
  • WpView
    Reads 36,138
  • WpVote
    Votes 1,940
  • WpPart
    Parts 19
Hani,Aniq,Muaz dan Suri.siapa tidak tahu persahabatan mereka memang sudah akrab sejak dahulu lagi.pertempuran silat dan kuat agama mereka.hanya kepada-Nya mereka berserah. Mika adalah kawan baharu mereka. Hani dan kawan-kawannya sanggup masuk didalam hutan yang tebal samata-mata untuk mencari siti. Mika pula terdapat satu seribu kisah yang belum diketahui rakan-rakannya. Terdapat sebuah rumah agam yang masih utuh di dalam hutan tersebut. Cikgu badrul atau nama sebenarnya adalah Fikri asyik disebut-sebut dalam mimpi.penyeksaan demi penyiksaan. Mereka menyangka perbuatan ini dilakukan oleh cikgunya sendiri. Satu persatu remaja hilang sehingga menjadi perbualan orang kampung bahawa hutan tebal itulah berpunca segala-galanya. Masuk sekali tidak akan kembali semula.bagaikan tiada jalan pulang. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Apa yang akan jadi pada hani dan rakan-rakannya? Mampukah mereka menemouh segalanya bersama? Sesat di dalam hutan dan tiada jalan pulang? Siti hilang? Kalau nak tahu dipersilakan baca. Jangan lupa vote and coment♡
SUSUK SETAN by Ilyawriter
Ilyawriter
  • WpView
    Reads 6,843
  • WpVote
    Votes 156
  • WpPart
    Parts 5
Akan datang! Bakal terbit Mac 2020 DIKHIANATI! Husna si cantik manis dikhianati orang yang dianggap darah daging sendiri. Wajah cantiknya berubah hodoh. Tunang kesayangan meninggalkan dia saat dia memerlukan sokongan. Dia kecewa hingga hampir meragut nyawanya sendiri. Wanita bernama DEWI hadir dalam mimpi Husna. Wanita cantik itu mengatakan yang dia keturunannya. Wujudkan wanita itu? Husna ragu-ragu. Dia hanya bertemu wanita itu di dalam mimpi bukan di dunia nyata. "Susuk setan bukan sebarangan susuk. Ia bukan saja menjadikan kamu cantik yang luar biasa tetapi ada syarat yang perlu kamu patuhi. Tiada pantang larang yang perlu kamu takuti. Tapi ingat ayat-ayat al-Quran adalah racun terhebat bagi kamu!" - DEWI "Saya takkan lepaskan orang yang buat saya." - HUSNA DIHIMPIT dengan rasa amarah dan dendam Husna sanggup bersekongkol dengan setan. Sementara itu, Detektif Eshan dan Detektif Rafeek melakukan siasatan kematian wanita-wanita yang berkaitan dengan susuk. Ditambah dengan satu lagi pembunuhan ngeri melibatkan lelaki-lelaki kasanova. "Rupa paras mangsa bukan disebabkan pembedahan plastik. Mangsa tidak melakukan pembedahan plastik. Dua mayat sebelum ini tidak dilihat pula jarum-jarum halus ini keluar dari wajah mereka." - DETEKTIF ESHAN DAPATKAH Husna melunaskan dendamnya terhadap mereka yang menganiaya dia? Siapa Dewi yang sebenarnya? Bagaimana pula Detektif Eshan dan Detektif Rafeek menyelesaikan dua kes yang sukar untuk dijejaki 'pembunuh'nya. #susuksetanPBAKL2020 #susuksetan #ilyaabdullah #bacanovelserammelayu #sukabacanovelseram #Novelserambestseller
HARTINI by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 7,370
  • WpVote
    Votes 143
  • WpPart
    Parts 7
SEBUAH NOVEL SERAM TERBAHARU DARIPADA IMAN FADIA AKAN DATANG! © DEAR NOVELS SDN BHD
ABSYAR BUSRA by BellaSannah
BellaSannah
  • WpView
    Reads 97,045
  • WpVote
    Votes 15,522
  • WpPart
    Parts 40
PRIVATE. A novel by Bella H. | Absyar Busra [On-going] Blurb; Ditempatkan di SMK al-Quds sebagai guru merupakan satu rahmat dan nikmat buat Nur Busra. Di saat rakan-rakannya masih berperang mendapatkan kerja, dia pula sudah mendapat satu pekerjaan yang stabil sebaik habis belajar. Nikmat apa lagi yang Busra mahu dustakan? Tetapi, rasa nikmat itu makin lama makin menghilang. Mengenali pelajar kelas tingkatan 6 Alpha membuatkan hidup Busra huru-hara. Terutamanya pelajar bernama... Absyar. Sifat angkuh dan sinis lelaki itu menggerit jiwa. Busra siap google 'cara berhenti kerja' kerana seorang Absyar. "You can't fix what's broken." - Absyar. Ada apa dengan jejaka bernama Absyar? Segala tentang dia menyakitkan Busra. Ini bukan kisah romantik yang dianggap taboo antara guru dan pelajar semata. Ini kisah insan yang cuba mencari diri dalam diri insan yang bernama guru. Dan, jika pun mereka bersama, adakah itu satu hal yang salah? Sayangnya, bukan itu saja penghalangnya. Ada hal lain yang menjadi penghalang. Takdir mereka yang berlainan arah. Mampukah, mereka menolak halangan itu? "Mereka mencintai orang yang mereka tidak bisa miliki." - Klise cara Bella + Manis cara Bella. Selamat membaca :) Terima kasih vote dan komen anda.
Cerpen: Mencari Mus'ab by auzainal
auzainal
  • WpView
    Reads 9,053
  • WpVote
    Votes 765
  • WpPart
    Parts 8
[Completed] "Kau pilih cerita Korea ke Mus'ab bin Umair?" Tanya Farah. Aku menongkat dagu di atas meja sambil memandangnya. "Biarlah munasabah sikit. Kucing atau anjing ke... Banglo atau teres ke... Obama atau Clinton ke..."
Nota Buat Mawaddah (Mawaddah Ilmi Ingin Pulang) by auzainal
auzainal
  • WpView
    Reads 32,528
  • WpVote
    Votes 838
  • WpPart
    Parts 8
[PEMENANG WATTYS 2020] ✔️ [TERBIT VERSI BUKU - MAWADDAH ILMI INGIN PULANG - IMAN PUBLICATION] ✔️ "Your childhood could have been affecting you so deeply to this very day..." Hidup Mawaddah Ilmi serba tak kena. Gagal mendapatkan pekerjaan. Gagal dalam perkahwinan. Gagal menjadi anak yang baik. Dia tidak tahu apa masalah dirinya, tetapi dia sentiasa pasti yang dia tidak layak masuk ke syurga. Dalam pergelutan hidup, Mawaddah bertemu Iffat Rusyaidi, seorang pereka kulit buku yang jatuh hati kepadanya, namun Mawaddah sedar yang dia harus berdepan dengan masa lalu yang rumit sebelum belajar jatuh cinta semula. [7 Sept 2019 - 16 Ogos 2020]
Vampira by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 5,346
  • WpVote
    Votes 244
  • WpPart
    Parts 5
Najirah Nasir (watak utama MENGGUNUNG), darah vampira masih mengalir dalam keturunannya. Mengalir dari keturunannya yang pernah gigih melawan penaklukan Portugis 500 tahun yang lalu ke atas Melaka. Dalam penaklukan itu, Portugis membawa tentera vampira yang menggigit nenek moyang Najirah. Pada masa lalu, nenek moyang Najirah pernah bertukar menjadi vampira sebelum dibunuh oleh penduduk Melaka ketika itu.500 tahun kemudian, Najirah adalah salah satu daripada keturunan itu. Untuk sumpahan vampira ini aktif, seorang yang mempunyai darah vampira dalam badannya tidak boleh mati dalam keadaan yang melibatkan kemalangan, pembunuhan etc. Hanya kematian secara semula jadi sahaja yang membolehkan mereka tidak bangkit selepas kematian sebagai makhluk penghaus darah manusia. Malangnya untuk Najirah, dia telah mati dalam kemalangan yang melibatkan keretanya terlanggar pembahagi jalan. 24 jam selepas kemalangan itu, dia sedar di bilik mayat dalam keadaan tercungap-cungap, bingung bagaimana dia boleh berada di tempat yang seseram itu. Dia kemudian menyedari bahawa dia telah jadi seekor vampira dan komuniti vampira di Malaysia sememangnya wujud. Dia mula mengenali komuniti ini dan belajar untuk hidup dalam keadaan aman. Dalam masa yang sama, Jamalee Bashah, pemburu hantu legenda yang baru sahaja mengalahkan Sang Penguasa telah mendapat tugas baru dari kerajaan. Mereka mahu menghapuskan segala makhluk dari alam kegelapan, dan ia akan bermula dengan vampira. Jamalee Bashah telah menugaskan Badruz Zaman dan Citra Adra untuk menjadi pemburu komuniti Vampira di Kuala Lumpur. Tanpa mereka ketahui, komuniti Vampira di Kuala Lumpur ini ialah antara yang terakhir mampu bertahan. Vampira ialah spesis yang semakin pupus, terutama di Malaysia. Bahkan, Najirah sendiri sudahpun mencipta ikatan dan menganggap mereka ini sebagai keluarganya.
W A R I S by akistoryii
akistoryii
  • WpView
    Reads 29,864
  • WpVote
    Votes 1,601
  • WpPart
    Parts 10
Cerita ini adalah bukan rekaan.Cerita ini dikongsikan oleh seorang gadis berasal dari SABAH. Ceritanya bermula ketika dia dijadikan WARIS kepada ilmu keturunan keluarganya sejak turun temurun! Mau tau cerita selanjutnya..Jom ikuti kisah gadis ini...