cikmalu
Dunia yang penuh penipuan bukanlah senang baginya. Hari-hari dikutuk, dibuli, dibenci dan dihina namun dia masih bertahan. Lama kelamaan, semangat pada dirinya mula hilang. Hanya disebabkan penampilannya sudah berjaya membuatkan orang benci akan nya. Dia sedar siapa dirinya, iaitu seorang insan yang lemah.
Nasibnya baik kerana masih mempunyai seorang kawan tapi sayang, semuanya berubah dalam sekelip mata. Pada hari itu dia mula sedar yang dia tidak patut terlampau mudah mempercayai seseorang.
Siapa sangka 8 tahun sudah berlalu dan dia sudah berjaya kini. Semangat kini semakin melebih-lebih. Lemah? tiada dalam kamus hidupnya lagi. Dialah seorang yang diminati ramai sekarang. Dalam pada sibuk bekerja, hatinya mula berpaut pada seorang jejaka.
______________________________________
Arfa Ish'raq , seorang jejaka yang disukai ramai. Dia merupakan anak kelahiran Italy-Malaysia. Kembali ke Malaysia hanya disebab urusan kerja tapi siapa sangka dalam masa yang sengkat itu berjaya membuatkan hatinya cair akan seorang gadis.
Hidupnya hanyalah dipenuhi orang-orang yang masuk air. Dan itu menyebabkan dia menjadi seorang jejaka yang pelik. Misinya daripada urusan kerja tersebut bertukar kepada urusan mencuri hati si gadis.
"Kalau I kata I suka you macam mana?" soal si jejaka.
"Dalam mimpi je lah aku nak sukakan kau!" jawab si gadis.
"I will make you always falling in love with me, sweetie!"
" i love you, mr fastidioso"
______________________________________
-myfirstbook-