Raiqah_07's Reading List
114 stories
TENGKU HATTA JONATHAN (Dalam Penilaian) by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 473,607
  • WpVote
    Votes 5,566
  • WpPart
    Parts 10
Tengku Hatta Jonathan, dia terkenal dengan sikap gila-gila, nakal, dan suka buat hal. Dia langsung tidak menyangka hidupnya berubah hanya kerana seorang gadis garang bak singa bernama Armel Ariana. Pertemuan mereka penuh pertelingkahan namun takdir menemukan mereka dalam keadaan paling memalukan. Mereka ditangkap khalwat di dalam rumahnya sendiri. "Saya ni doktor awak! Awak kena dengar cakap saya!" - ARMEL "Saya ni majikan awak! Awak kena dengar cakap saya!" - TENGKU HATTA Demi menjaga maruah dua keluarga, mereka terpaksa disatukan. Armel yang keras hati mula sukar menerima kenyataan, sementara Tengku Hatta tetap dengan perangai nakalnya. "Awak nak buat apa ni huh? Nak rogol sayalah tu!" - TENGKU HATTA "M...mana ada! Saya tak sengaja tertarik baju awak tadi. Maafkan saya!" - ARMEL ARIANA Namun setiap kali Armel marah, Tengku Hatta hadir dengan ayat-ayat manis yang kadang membuatkan gadis itu tewas dalam diam. Dia mengusik, mengorat, dan melayani Armel dengan baik, seolah perkahwinan itu bukan paksaan tetapi pilihan hatinya sendiri. Namun Tengku Hatta menyimpan rahsia gelap. Keluarganya bukan keluarga biasa. Mereka terlibat dalam urusan gelap yang tidak pernah disentuh dunia luar. Satu demi satu ujian datang. Pengkhianatan, ancaman musuh dan dendam yang selama ini disembunyikan darinya. Sehinggalah Tengku Hatta dipaksa membuat pilihan yang paling memeritkan. Antara keluarga atau mempertahankan Armel, wanita yang semakin hari semakin bertakhta di hatinya. *No plagiat allowed!!! ©flwershaee, 2025
CINTAKU MR SECRET AGENT by PutraRize_
PutraRize_
  • WpView
    Reads 17,649
  • WpVote
    Votes 1,550
  • WpPart
    Parts 38
Alif merupakan seorang secret agent yang bertugas di Agensi I.S.S. Dia seorang pemuda yang boleh dikatakan lemah fizikalnya tetapi sangat pintar dalam bidang IT. Dia dah pernah dikecewakan oleh ramai perempuan suatu ketika dahulu sehingga dia membuat keputusan untuk tidak akan bercinta dengan mana-mana perempuan lagi. Namun, hati seseorang akan berubah juga tatkala dia terjumpa dengan seorang perempuan yang telah berjaya menambat hatinya sekali lagi. Namun biasalah setiap kisah cinta takkan pernah berakhir dengan tenang. Tentu akan ada dugaan yang akan menanti mereka. Adakah hubungan mereka akan berakhir dengan kekecewaan atau adakah hubungan mereka akan berakhir dengan kebahagiaan? Cerita ni tak menjanjikan kisah cinta semata-mata. Dan jugak kisah ni tak menjanjikan cinta yang boleh buat korang bersemut sampai terkena kencing manis. Kisah ini penuh dengan suka dan duka, komedi, seram, konflik dan sebagainya lagi. (Jangan tertipu dengan cover dan jumlah readers, story ni merepek dan tak kena langsung dengan pencinta romance. TQQ) Nice Cover By: @amshalis Genre: romance, action, comedy, horror _________________________________________ M Started : 11/11/2021 Ended : 3/4/2022 (1 Ramadhan) ⚠️ No Plagiat ⚠️ Rekaan Semata-mata ⚠️ Typo Alert ⚠️ Penggunaan Ayat Hancur ⚠️ Jalan Cerita Agak Bodoh Kerana Ketidakmatangan Penulis Dahulu ©PutraRize12 ©2021
Perfectly Imperfect by faanethy
faanethy
  • WpView
    Reads 1,032,935
  • WpVote
    Votes 47,317
  • WpPart
    Parts 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuang keluarga. Muncul pula Hayyan, seorang lelaki yang tanpa sengaja masuk ke dalam hidupnya. Lelaki menyakitkan hati yang terlalu mencari kesempurnaan. "Kahwin dengan aku. Aku boleh bawa kau keluar dari dunia sadis kau." - Hayyan. Itu janji yang dikatakan Hayyan. Mereka berkahwin bukan dasar cinta. Wardina hanya inginkan tempat bergantung. Hayyan pula ingin lari daripada rancangan jodoh Hajah Fatima. Perkahwinan mereka hanya bedasarkan syarat. Kalau dah duduk sebumbung, sebilik, takkan tiada apa apa perasaan suka yang menyelinap masuk ke dalam hati masing-masing? "You promised me, Hayyan and then you left. You left." - Wardina Start : 23 October 2021 End : 11 August 2022
[C]✓Bidadari Tengku Hael by Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Reads 3,065,636
  • WpVote
    Votes 126,658
  • WpPart
    Parts 59
|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa menikahi seorang gadis hanya disebabkan wasiat yang ditinggalkan atuknya sendiri, Dan itu telah menghancurkan janji yang telah dicipta dengan kekasih hati hubungan yang mereka cipta sudah berlayar 3 tahun tetapi hampir saja retak disebabkan dia yang telah menikahi gadis yang langsung tidak dikenali, Dia menikahi hanya disebabkan terpaksa... "Saya minta maaf saya tak mampu tunaikan permintaan awak..." NAYLEA SYAZAL - Sigadis cantik yang menjadi segala mangsa keadaan bukan dirinya tidak ingin meninggalkan hari pernikahan itu, Tetapi dia tidak mampu untuk mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh kakaknya sendiri, Yah kakaknya melarikan diri sewaktu hampir menikahi lelaki pilihan kedua ibu bapanya, dan dia tidak ingin kedua ibu bapanya akan merasa benda yang sama itu lagi, Disebabkan itu rasa bersalah menyelubungi hati kerana keputusan yang dibuatnya telah menghancurkan sekeping hati milik seorang gadis, Yah dia telah melukai hati kaumnya sendiri . Dugaan demi dugaan datang menghempap diri, Mampukah mereka mencapai puncak kebahagiaan? Amaran: (Sad Romance) (Emotional too heavy) (Mengandungi kekerasan rumah tangga) (Polygamy) (Mencarut) (Cringe) (18+) ⚠️ So read on your own risk ⚠️ Ofc clice hehe...
Encik Hubby, Puan Wifey by marisinc
marisinc
  • WpView
    Reads 678,266
  • WpVote
    Votes 21,760
  • WpPart
    Parts 65
Sebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memaksa sebuah pengorbanan. Tapi... Betulkah kena berkorban? Betulkah kena ikut saja apa kata nenda?
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,933,517
  • WpVote
    Votes 77,159
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
Gadis Pujaan Mr.Mafia by chipsdewi
chipsdewi
  • WpView
    Reads 65,411
  • WpVote
    Votes 347
  • WpPart
    Parts 2
Karya Pertama Chipdewi SETELAH kehilangan seorang lagi insan yang amat penting baginya,Dahlia kehilangan kata-kata. Dunia terasa gelap apabila mendengar khabar bahawa sang ayah telah menghadap pencipta. Puan Marina juga tidak kelihat sedih selepas kehilangan suami.Dahli sedikit curiga tetapi ingin bertanya langsung dia tidak berani. Tengku Hans Mikael menguap kecil. Dia ingin menyuruh harraz danial untuk membelikan air mineral. Tetapi kelibat rakan yang satu itu tak kunjung jumpa. Akhirnya,Tengku Hans mengambil keputusan membeli sendiri. Dia bertanya selok-belok kedai runcit di sekitar sini pada orang kampung. Kedai runcit itu dituju,seorang gadis yang sedang menjilat aiskrim dijeling sekilas sebelum dia mengambil beberapa botol air mineral. "Auch"gadis dihadapannya ditenung dengan perasan marah yang membuak. Baju kemeja putih yang dipakai habis terkena aiskrim coklat gadis itu. Start : 23.11.2022 End :
DIA PEMILIK HATI [C] by LeannaRose_
LeannaRose_
  • WpView
    Reads 5,693,690
  • WpVote
    Votes 206,678
  • WpPart
    Parts 70
[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan Germany yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang berada. Memiliki rupa paras yang cantik yang mampu memikat hati semua lelaki. HARRAZ DANIAL. Sesiapa yang terpandangkan raut wajahnya akan toleh untuk kedua kalinya. Handsome sangat! Jawatan CEO yang digalasnya membuatkan dia digilai ramai gadis, tapi bukan bagi Aulia. Setiap kali mereka berjumpa ada je pertengkaran. Masing-masing tak nak kalah. Dah macam anjing dengan kucing! "Eh you ni buta ke sampai orang kat depan mata you pun tak nampak ? Mata letak kat mana? Lutut hah?" - HARRAZ DANIAL "Siapa yang buta sekarang ni awak ke saya? Dia yang keluar lift tak tengok kiri kanan nak salahkan orang pulak." - AULIA SAFINNA Akankah mereka akan terus bertikam lidah bila peristiwa pahit telah menimpa Aulia sehinggakan Harraz membuat keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu untuk selamatkan maruah yang dah dinodai. Dan siapa sangka budak lelaki yang pernah selamatkan nyawa dia dulu adalah suaminya sendiri. "It's you abang, my little angel hero. Finally i found you back after 18 years." - AULIA SAFINNA Dan adakah mereka akan terus mengecapi kebahagiaan bila cinta sudah hadir dalam diri mereka bila munculnya orang ketiga dan orang keempat. "I tak akan lepaskan you Harraz. I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you balik! Itu janji i." - NATASYA "Dari dulu you hanya milik i Aulia. Kalau i tak dapat you, i akan pastikan sesiapa pun tak akan dapat you walaupun i kena bunuh sepupu i sendiri." - RAZIF ⚠️ No plagiat ⚠️ 💯 idea dari Leanna Rose
ONLY YOU by Bellaclr31
Bellaclr31
  • WpView
    Reads 1,121,571
  • WpVote
    Votes 55,950
  • WpPart
    Parts 64
"dah pandai naik tu, pandai-pandai lah turun" - Tuan syafwan Hamilton "pakcik! sedangkan kucing pun kadang-kadang pandai naik tak pandai turun apatah lagi saya manusia biasa ini!" - Nur rossabell Nur rossabell seorang gadis kampung berumur 20 tahun seorang yang hyper active,kuat melawan dan masuk air, dia tinggal bersama ibu dan atuk nya di johor, bukit kepung, pada suatu hari takdir menemukannya dengan seorang lelaki dingin berusia 30 tahun, Tuan syafwan Hamilton, pakcik kepada sahabat baiknya nur hani, apakah yang akan terjadi bila gadis hyper bertemu dengan jejaka dingin?, dapatkah Tuan syafwan Hamilton menahan perangai masuk air Nur Rossabell?, "Kenapa kau pendek ahhh?" -Tuan syafwan Hamilton "Pakcik tanya lah Allah kenapa tanya saya" - nur rossabell stay tune with me😆, Cerita ini dari imaginasi saya ye sweethearts 💖, Buku ini mengandungi kata-kata kasar, tiada censore sama sekali, maafkan saya kalau ada yang tidak selesa💖,
Encik Suami Mr Kertu (PUBLISHED) by cikhoneyzara
cikhoneyzara
  • WpView
    Reads 994,238
  • WpVote
    Votes 8,431
  • WpPart
    Parts 18
"Kertu? You save my number as Mr Kertu?" Alamak! Matilanak! Tak pernah-pernah dia belek-belek handphone aku. Kenapa hari ni dia terlebih rajin pulak? Apa aku nak cakap ni? Macam mana boleh terkantoi ni? Lupa aku nak letak password kat handphone. "Zara..Zara..Zara main-main je. I didn't mean it!" Datang dah gagap aku. Petang tadi boleh je aku cool. Sekali kena sergah terus aku rasa kecut. Abang Khaliq berjalan menghampiri aku yang bersandar di kepala katil sambil baca novel. Melihat Abang Khaliq yang dah tersenyum sinis lain macam, aku terus berdiri. Aku kenal sangat senyuman sinis dia. Posisi tadi sangatlah tidak selamat buat masa sekarang. Mata dah menjeling ke arah pintu bilik. Sempat ke tak kalau aku berlari keluar ni? Aku berlari ke arah pintu bilik. Belum sempat nak capai tombol pintu, tangan kanan Abang Khaliq dah selamat memeluk pinggang aku. Sebelah tangan lagi elok menolak pintu. Aku cuba leraikan tangan yang memeluk pinggang. Tapi sorry banyak-banyak, sikit pun tak bergerak. Abang Khaliq kemaskan pelukan di pinggang aku. Pintu bilik dikunci. "Saja main-main? Oh..I really like to 'play'. Come! Mari kita main-main. Dah lama kita tak main-main kan?" Bisik Abang Khaliq kat telinga kanan aku. Oh..tidak!! Mak!! Dah berhari-hari aku dapat mengelakkan diri. Malam ni aku dah tak dapat nak lari ke? Memang 'selamat' aku malam ni. Ranking #1 kahwinpaksa - 22/6/2020 #1 isteri - 27/6/2020 #1 romantik - 27/8/2020 #1 melayu - 12/9/2020 #1 novelmelayu - 24/9/2020