laurentjoon
- مقروء 7,612
- صوت 1,032
- فصول 55
Dara Zulaikha
Yusuf
One of the most sorrowful love stories I have ever written.
Tidak cukup dengan disisihkan oleh semua orang bermula daripada dia kecil sehingga lah kini dia berumur 27 tahun, Dara Zulaikha diuji lagi tatkala dia baru sahaja mendapat tahu bahawa dia hanya mempunyai baki masa selama lebih kurang satu tahun untuk hidup. Dara tak mengeluh, Dara tak gelisah. Sebaliknya, Dara menyenaraikan perkara yang ingin dia lakukan sepanjang menjalani hidup di baki masa yang ada.
"Dan... perkara yang terakhir... aku... aku nak kahwin".- Dara Zulaikha
Ya! Dara nak kahwin! Sebelum dia meninggalkan dunia ini, dia ingin merasakan bagaimana rasanya 'dipilih'. Untuk menunaikan hajatnya yang satu itu, dia bertemu dengan seorang peninju lelaki yang langsung tak ada rasa nak kahwin!
"Kau gila ke? Tak nak aku!".- Yusuf
Beria Yusuf menolak pada mulanya tetapi... ada sesuatu yang membuatkan Yusuf rela untuk menikahi Dara walaupun hanya untuk tempoh masa setahun. Dalam tempoh pernikahan tersebut, Yusuf juga beria memujuk Dara untuk melakukan sesuatu.
"Buat pembedahan tu, Dara. Kau ada kemungkinan untuk hidup lebih lama lagi".- Yusuf
"Dah tak ada guna untuk saya hidup untuk lebih lama lagi, Yusuf. Biar lah Allah ambil saja nyawa saya".- Dara Zulaikha
Apakah pengakhiran kisah cinta Dara dan Yusuf yang hanya dimulai dengan perkahwinan tanpa cinta ini?
⚠️ SAD ROMANCE❗
⚠️ Fast-paced.
Theme songs:
- P Ramlee dan Saloma by ALPHA
-All I Ask (Bruno Mars ver.) by Bruno Mars