THESE BOOKS MAKE ME WANNA FALL IN LOVE!!!
5 stories
FIRASY ✓  by Thekalon
Thekalon
  • WpView
    Reads 588,887
  • WpVote
    Votes 42,434
  • WpPart
    Parts 65
Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah ditentukan oleh orang lain, bukannya diri sendiri. Asyfa Hanan tak sangka yang ibunya sanggup mengaturkan kisah hidupnya sendiri. Sejujurnya, kalau orang tu sepadan dengannya apa salahnya kan? Tapi calon bakal suaminya itu bukannya dia kenal. Yang dia tahu, lelaki itu lebih muda berbandingnya. Lagilah mengamuk si gadis. "If I know you're way shorter than me,then marrying you is not a big deal tho." - Firas Hakimi "Excuse me?!" - Asyfa Hanan Mula-mula hanya niat mengusik tapi lama-lama Firas Hakimi mulai menunjukkan usahanya pada Asyfa Hanan. Dalam bahagia yang menginjak, kisah cinta lama Firas Hakimi mulai menjadi tanda tanya buat dirinya. Diari yang dibacanya membuatkannya kesal. Adakah dirinya layak buat lelaki sepertinya? ⸻ ⚠️ Lighthearted romance to soothen your heart❗ ⚠️ Song inspiration: Taylor Swift - Enchanted ⚠️ Unproblematic male lead
TeenFiction : Hadi & Hana ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 266,366
  • WpVote
    Votes 15,174
  • WpPart
    Parts 70
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla, mencintai Hadi Ehsan pula adalah minat Hana Hayla. Sekadar suka-suka. Tapi dia betul-betul suka Hadi Ehsan! Sayang sekali Hana Hayla bukan selera Hadi Ehsan. Jangan katakan sebelah mata, sekilas pun tidak dipandang. Setiap hari ada sahaja akal mahu menambat Hadi Ehsan. "Hadi, Hana ada buatkan roti sardin untuk Hadi. Ambillah, makan waktu rehat nanti tau?" Mata dikenyitkan kepada Hadi. "Saya tak makan sardin." Tolak Hadi senada lalu bekal ditolak ke tepi tanda tidak mahu menerima. Dalam kegembiraan seorang Hana Hayla terselit beribu duka. Keluarga yang berpecah-belah, Penyakit derita yang ditanggung, Apa tiadakah sekelumit bahagia buat Hana Hayla? Diterima Hadi Ehsan atau terus diabaikan? - "Kalau pun semua orang benci kau, aku tetap akan ada." Syara menarik rapat tubuh Hana ke dalam pelukan. - Apa kisah mereka? Apa jalan cerita mereka? Kejar-mengejar hingga tidak terkejar. - Start : 7/7/2021 End : 20/1/2023 End : 9/3/2025 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT) by broleecomel
broleecomel
  • WpView
    Reads 99,067
  • WpVote
    Votes 5,305
  • WpPart
    Parts 11
Setiap orang ada traumanya sendiri, ada kisah yang tak terluah, luka yang tak terpulih, mimpi menyakitkan yang berulang dan juga bahagia yang tampak seperti air yang sering terlepas dari genggaman. Mikaeyl, lelaki dewasa yang sudah berjaya mencapai cita-cita dalam hidupnya, masih sering menoleh ke belakang dan memerhatikan dirinya ketika dia berumur 7 tahun. Dari ketika dia kecil sehingga dia dewasa begini, dia rasa seperti seseorang yang tidak pernah cukup. Dia rasa seperti ada sesuatu yang hilang walau hakikatnya, hartanya cukup, kerjayanya maju dan dirinya sihat. Mikaeyl tahu jika dia mahu pulih, anak kecil berumur 7 tahun di dalam dirinya itu harus pulih dahulu. Tetapi bagaimana? Kewujudan Haikal Deedat, Aireen Aniesha, Danial Darwish dan juga Eiman Najmi yang juga mempunyai kisah masing-masing, bersama-sama mencari cara memulihkan luka di hati bersama Mikaeyl. Mereka mahu pulih. Mikaeyl Lee mahu pulih. Dan di bawah langit biru, mereka sentiasa saling berkongsi perit yang dipendam demi mencari jalan untuk memulikan luka yang dirasa. Sesungguhnya, kisah ini untuk mereka yang terluka dan menginginkan pelukan memujuk dalam bentuk kata-kata. Genre: Romantic Comedy // Slice of Life
highschool love [nasya]  by mintytxt
mintytxt
  • WpView
    Reads 315,875
  • WpVote
    Votes 32,782
  • WpPart
    Parts 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe (?), swag > hadir dari tiktok ke tu asjsbdlfcqilxcwy > thanks for supporting, have a great day! ♡ '・ᴗ・ '♡ tw : aesthetic love story <3
MASIH MENANTI ✓ by f4r33n
f4r33n
  • WpView
    Reads 23,875
  • WpVote
    Votes 2,245
  • WpPart
    Parts 55
TEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama 'Bryan' itu buatkan Eryna tidak sangka yang jejaka itu rupanya orang berbangsa Cina. "Tak nampak macam cina pun?" - Eryna Safiya "Habis, nak suruh aku lekat bak kut teh dekat muka baru nampak macam cina?" - Daniel Bryan Akan tetapi, dalam mereka elok berkawan, pasti akan adanya pendengki yang tidak senang melihat mereka bersama. Dan yang paling Eryna tidak sangka, pendengki itu ialah kawannya sendiri. "Bagi aku, kau cuma orang ketiga yang dah rosakkan hubungan kita orang." - Fasha Hani Kawan punya kawan, hari semakin berlalu. Tiba masa Eryna luahkan apa yang dirasakan selama ini. Tapi, dia tahu. Tak semua yang kita suka, akan kita miliki. "Pagi sekolah, petang kerja, malam penat. Mana sempat aku fikirkan benda ni." - Daniel Bryan SPM hampir tiba. Namun, Danial pergi tanpa berita. Eryna buntu awalnya. Tapi, jika ditakdirkan tiada jodoh, tiadalah. Akhirnya, dia merelakan. Tujuh tahun berlalu. Tanpa khabar dan tidak bersua. Eryna sudah hampir dua tahun menjadi tunangan orang. Sebulan lagi pernikahannya berlangsung. Faiq Ashraf, sedikit sebanyak telah mengubat rindunya pada Daniel. "Aku tak minta kau balas cinta aku sekarang, sebab aku yakin yang cinta tu akan datang lepas kita jadi pasangan halal." - Faiq Ashraf Justeru, Eryna masih mengharapkan Daniel kembali. Tapi jika Daniel kembali, akankah mereka bersama seperti dulu? Jika bersama semula, bagaimana dengan majlis kahwinnya yang akan berlangsung sebulan lagi? Bagaimana pula dengan Faiq Ashraf yang mula mengharapkan cintanya berbalas? "Ada perpisahan yang akan kembali. Ada juga yang takkan kembali. Dan perpisahan yang kembali itu ialah perpisahan sementara. Manakala perpisahan yang takkan kembali itu ialah sebaliknya." COMPLETED ✅