🔖
2 stories
Penulis Malam by farid5attar
farid5attar
  • WpView
    Reads 22,652
  • WpVote
    Votes 2,781
  • WpPart
    Parts 46
Novel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu menjadi kawan baik. Dia sering dipulaukan di sekolah sehinggalah dia mendapat kawan baharu, Safiyah Zulaikha. Satu malam, Faiz Azzudin menemui sebuah manuskrip lama yang belum siap lalu berfikir untuk menyambung menulis manuskrip itu menerusi pengalamannya menghalau hantu dan bantuan Aisyah Maisarah. Hari demi hari, hidup Faiz Azzudin menjadi tidak keruan dengan kemunculan seorang lelaki tua yang tidak dikenalinya. Aisyah Maisarah sedang diburu oleh roh lelaki tua yang jahat yang mahu membunuhnya itu. Faiz Azzudin bertanggungjawab untuk melindungi Aisyah Maisarah dari gangguan roh jahat itu. Pada masa yang sama Farah Natasha menyimpan perasaan terhadap Faiz Azzudin. Siapakah lelaki tua yang ingin membunuh Aisyah Maisarah itu? Apakah punca kematian Aisyah Maisarah? Mampukah Faiz Azzudin melindungi Aisyah Maisarah? Apakah kaitan lelaki tua itu dengan manuskrip yang giat dikembangkan oleh Faiz Azzudin itu? Apakah pula kaitan antara Emy Zulkifli (dari novel COMING BACK) dengan Aisyah Maisarah? Antara Farah Natasha dan Aisyah Maisarah, siapakah yang bakal menawan hati Faiz Azzudin? Segala rahsia bakal terungkai di novel PENULIS MALAM. "Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."-Aisyah Maisarah "Betul! Saya jadi kawan awak, eh!?"-Safiyah Zulaikha "Sabarlah, nak! Dia memang macam tu. Shah boleh bezakan angin dia elok ke tak melalui mata dia."-Kamilah, ibu Faiz Azzudin "Jangan datang dekat dengan aku!"-Faiz Azzudin "Sebab... saya pun macam awak. Mata saya... boleh nampak 'benda' tu juga."-Farah Natasha
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔ by Anati_Althafunnisa
Anati_Althafunnisa
  • WpView
    Reads 840,080
  • WpVote
    Votes 28,057
  • WpPart
    Parts 26
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar ini? Mengapa perlu aku yang terperangkap di dunia ini?" -Bella Amanda- "Beta tidak memaksa kamu namun jika kamu ingin keluar dari dunia ini maka tunaikan syarat itu." -Raja Andhika Sadewa- Perkara gila apa yang perlu aku lakukan ini?Aku hanya gadis yang baru berusia 18 tahun.Mana mungkin aku rela mengorbankan tubuhku untuk seorang Raja yang dianggap tuhan di dunia pelik yang penuh khayalan ini demi melahirkan seorang zuriat kepadanya? Published: Start: 5/1/2018 End: 17/7/2021 Status: Completed Highest ranking: No.2 out of 2.21K in fantasy ( 22/1/19) No. 1 out of 2.89K in thriller (30/11/21)