dahliawithdaisy's fav🤍
Истории 18
Kamu Yang Kutunggu на dahliawithdaisy
dahliawithdaisy
  • WpView
    Прочтений 120
  • WpVote
    Голосов 21
  • WpPart
    Частей 21
Nur Dahliahusnaira & Muhammad Omar Faiz 'Mungkin ini lah saatnya aku berhenti menyukai dia dalam diam. Sudah 6 tahun perasaan ini disimpan. Sehingga orang berpikir yang aku ini tidak minat dengan lelaki sedangkan hati ini menyimpan satu nama. Mungkin tiba masa untuk aku buang perasaan ini dan fokus dengan diriku sendiri.' - Dahlia Nur Dahliahusnaira atau mudah dipanggil, Dahlia seorang pelajar tingkatan 1 yang mengenali seorang kawan lelaki bernama Muhammad Omar Faiz sejak sekolah rendah lagi. Dahlia seorang yang agak kasar dengan lelaki sehinggakan ramai lelaki takut untuk mendekatinya dan beranggapan dirinya seorang yang 'anti lelaki', sedangkan dirinya seorang yang pemalu dan kurang selesa untuk bergaul dengan lelaki. Walaubagaimanapun, Dahlia menjadi selesa apabila dirinya berbual dengan Omar sahaja. Mungkin kerana cara percakapan Omar yang baik dan 'soft spoken' membuat Dahlia selesa dengannya. Tidak hairanlah mengapa Dahlia boleh terjatuh cinta akan perilaku Omar itu. Malangnya, 'confess' bukan suatu perbuatan yang mudah untuk Dahlia lakukan, kerana dahulu dia pernah melakukan perkara itu tetapi mendapat bukan seperti kemahuannya. Dia mengambil masa 6 tahun untuk 'confess' atau buang perasaan itu? Adakah Dahlia masih merahsiakan perasaan atau membuangnya? Adakah Omar tahu akan penantian setia Dahlia terhadap dirinya? Song playlist: - Kamu Yang Kutunggu by Rossa & Afgan - Percayalah by Afgan & Raisa - Sebatas Mimpi by Angie Carvalho - Pendampingmu #TahtaHatiku by Shabrina Leanor https://open.spotify.com/playlist/0qhVgGmWdqMQbiHgzCbRqg?si=uiL4i-QeTHK-Kh1AFHPWyQ
Takdir TERCIPTA на Kyra_Isabella
Kyra_Isabella
  • WpView
    Прочтений 435,556
  • WpVote
    Голосов 7,604
  • WpPart
    Частей 46
( 2nd story ) Carl Daffa vs Haura Elina Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah apa yang kau buat dekat aku!!!' - Carl Daffa 'Mulai hari ni, kau bukan lagi anak aku. Aku tak ada anak yang malukan aku sampai macam ni sekali. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi. Sekarang berambus dari sini! Jangan sesekali kau jejakkan kaki dekat rumah aku!!!' - Puan Laila Bertahun lamanya dia menjerut rasa dan mencuba untuk memulihkan luka di hati dan dia mahu menoktahkan perhubungan itu namun gagal. 'Lepaskan I Carl....' - Haura Elina 'You dah janji yang you akan lepaskan I selepas apa yang terjadi semalam!' - Haura Elina Dia ditipu. Dia menyerahkan segalanya dengan syarat dia dilepaskan. Namun semua itu hanya dusta semata. Tetapi ada sesuatu 'rahsia' yang cuba dia disembunyikan dari pengetahuan suaminya. Mampukah dia bertahan dengan segala dugaan itu? Dan tegarkah dia mempertahankan 'rahsia' itu dari pengetahuan suaminya buat selamanya? Hidupnya hanya dengan menumpang kasih.... #1 - hatelove (30/7/2024) #1 - 2024 (30/7/2024) #1 - melayu (12/8/2024) #1 - kahwin (18/8/2024) #1 - kahwinpaksa (18/8/2024) #1 - newwriter (18/8/2024) #3 - rahsia (30/7/2024) #2 - santai (18/8/2024) #1 - romance (16/8/2024) #10 - malaynovel (16/6/2024) #1 - malaysia (18/8/2024 )
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 | C на missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Прочтений 715,101
  • WpVote
    Голосов 31,581
  • WpPart
    Частей 76
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 [TERBIT] на missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Прочтений 1,414,967
  • WpVote
    Голосов 202
  • WpPart
    Частей 7
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚 "Jangan harapkan cinta daripada aku." Hanya disebabkan satu kejadian, mereka akhirnya disatukan. Maruah keluarga terus menjadi pertaruhan apabila kekasih yang dicintainya selama enam tahun terus menghilang. Pedih? Tidak terkata pedihnya saat dia cuba menjaga hubungan itu selama bertahun-tahun. Semuanya sia-sia ketika hadirnya seseorang telah merosakkan semuanya. Tengku Haffaz Daiyan, dia memiliki segala-galanya. Namun, jatuh cinta pada seorang gadis selama bertahun-tahun menjadi titik permasalahan yang membawa amarah besar kepada lelaki itu. "Kau cuma pengganti." - TENGKU HAFFAZ DAIYAN Pengganti. Itulah yang menjadi gelaran buat Darisa Haura. Seorang gadis yang hadir disaat genting hingga menjadi pengantin dalam satu hari. Harga diri menjadi satu keutamaan membuatkan dirinya terjebak dalam kebohongan sendiri. "Sejak awal, aku tak patut pun letak diri sebagai 'pengganti' Nara. Aku tetap kalah dengan Nara. Aku dah penat duduk dalam bayangan Nara." - DARISA HAURA Perkahwinan yang disangka dalam kebahagiaan hanyalah bayangan semata-mata. Kehilangan. Penderitaan. Satu persatu mulai menyempitkan perasaan hingga dia berundur. Namun, takdir membawa mereka bersama kembali. "I always keep my promise. No matter what happen in our future. Insya Allah, aku janji aku tetap jadikan kau bidadari dunia akhirat aku. Cuma kau yang layak untuk digelar bidadari Tengku Haffaz Daiyan." - TENGKU HAFFAZ DAIYAN Saat cinta melebihi apapun, Saat masjid dilanda badai yang kuat, Akankah cinta yang dijanjikan akan kekal abadi seperti yang diungkapkan selama ini? Akankah masjid yang dibina tanpa cinta ini akan kukuh seperti masjid yang lainnya? "Dari-Mu aku datang. Dan kepada-Mu, aku kembali."
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT] на missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Прочтений 17,180
  • WpVote
    Голосов 480
  • WpPart
    Частей 19
𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐔𝐤𝐚𝐢𝐥 | 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧 Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan. Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berlalu, mahligai yang dibina musnah akibat dengki dan jahilnya manusia. Dikhianati oleh sahabat baik dan dibuang oleh lelaki yang cintai. Sakitnya luar biasa. Namun siapa sangka, aturan Dia itu begitu indah hingga membawa kebangkitan Rose Aralyn ke laluan yang benar. "Saya tak perlukan duit. Saya cuma perlukan ilmu dan usaha. Duit hanya buat orang tamak dan saya tak nak jadi orang yang tamak." - ROSE ARALYN Benarlah kata orang, kesabaran mampu mematangkan diri. Dua tahun menjadi pengajaran di dalam hidup sehinggalah... "Melampau? Betul, saya memang dah melampau. Tapi saya nak betulkan semula apa yang silap dulu. To let you go is my biggest regret. Even if you insist to go, I should have stayed with you." - AMMAR UKAIL Satu pertemuan membawa jiwa Rose dan Ammar ke masa lalu. Tidak cukup itu, datang seseorang yang pernah menghancurkan mereka kembali membuat onar. "Tak payah acah-acah nak datang sini, jalang!" - NUREEN RAUDHAH Kendala membawa mereka patah dan kecewa kembali. Akankah ada sirna menanti, jika penghujungnya terselit nyeri? Mampukah jiwa bertahan di dalam dunia yang terlihat kejam ini? "Im not sure I can be happy without you. Kalau kau nak pergi, silakan. Tapi jangan pernah minta aku untuk lupakan kau." - AMMAR UKAIL Kehendak kita adalah harapan yang biasa. Kehendak-Nya adalah kepastian yang luar biasa. "Kerana perpisahan itu, mengajar siapa saya yang sebenarnya..."
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) на msroses_
msroses_
  • WpView
    Прочтений 2,937,619
  • WpVote
    Голосов 1,987
  • WpPart
    Частей 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
HANYA INGIN KAU TAHU (TERBIT) на msroses_
msroses_
  • WpView
    Прочтений 622,873
  • WpVote
    Голосов 921
  • WpPart
    Частей 10
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white rose.." - Haris Wafi
Hati Untuk Dia | OG на sofiaaroses
sofiaaroses
  • WpView
    Прочтений 14,187
  • WpVote
    Голосов 347
  • WpPart
    Частей 10
Raisya Inara, seorang gadis yang lahir dari keluarga yang cukup sempurna. Dibesarkan dengan cinta, iman dan taqwa. Tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Dublin, merupakan keterujaan terbesar dalam hidupnya. Sehinggalah kasih dan kerisauan orang tuanya membuatkan jalan yang penuh warna itu menjadi jalan yang penuh liku. "Kamu kan nanti nak sambung belajar di Dublin, umi tak berani la biarkan kamu pergi sendiri. Kalau ada suami tenang sikit hati umi ni." "Umi, Rai minta maaf, Rai memang tak boleh terima semua ni," Impiannya untuk menuntut ilmu di tanah Dublin diteruskan, rancangan orang tuanya untuk menjodohkan dia dan Hud Affan juga dilanjutkan. "Raisya Inara, saya tahu awak rasa awak belum cukup matang, belum cukup persediaan. Tapi di mata saya, awak sudah lebih dari kata cukup. Awak sudah menjangkaui kata sempurna." -Hud Affan- Namun, satu peristiwa gelap telah meragut nyawa seorang insan yang sungguh Raisya kasihi dan di situlah segala harapan dan mimpinya mula pergi meninggalkan dirinya. Tidak hanya itu, keteguhan jiwanya pada Allah juga turut diuji. "Tuhan, mengapa harus sesakit ini?"