roseblackpink11's Reading List
2 stories
Kerana Aku Isteri Bidaan by tulip_ungu
tulip_ungu
  • WpView
    Reads 235,347
  • WpVote
    Votes 700
  • WpPart
    Parts 21
Karya keempat Tulip Ungu ini berkisarkan mengenai Raina yang terperangkap dalam dunia GRO gara-gara percaya dengan janji kekasih hati yang membawanya lari dari dunia kampung dan dunia Farel. Hari pertama bertugas, dia bertemu Emad dan mengikat kontrak untuk kekal sebagai teman mesra Emad di kelab. Raina yang dahulunya degil, liar, melawan, menambah perangai lagi. Manja, seksi, gedik demi tuntutan tugas dan keselamatannya. Suatu hari Farel muncul di depannya. lelaki yang difitnahnya dan ditinggalkan pula pada malam pernikahan mereka namun lelaki itu juga yang membidanya dari TTF. Rumah tangga mereka ada pasang surut. Ada rentak 3S - seksa, seksi dan syurga. Disangka matahari hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Rupanya rumah tangga mereka cukup rentak, memporak-perandakan hati dan tragis juga. Apakah yang berlaku dan tindakan Farel seterusnya tatkala Raina masih sukar mengubah cara hidup GROnya? ************ Novel ini tercalon dalam Anugerah Pilihan Pembaca 2016. Boleh dibeli secara online di FB Intens Idea Fauziah Ashari ataupun di mana-mana kedai buku berhampiran.
MY 'RUDE' WIFE by ByCikNorCinta
ByCikNorCinta
  • WpView
    Reads 2,519,254
  • WpVote
    Votes 28,562
  • WpPart
    Parts 44
SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang tapi abi paksa abang kahwin dengan Melur. Tu je bezanya." "Abi tak paksa la. Dia pun minta abang kahwin dengan Melur." jawab Firdaus mendatar. "Habis tu yang hari-hari cakap terpaksa kahwin tu kenapa? Takkan drama semata-mata kot?" "Dah tak nak,memanglah rasa terpaksa." jawab Firdaus perlahan. Melur senyum. "Tup-tup dapat bini cun. Perghh! Dalam hati cakap 'nasib baik aku terima. Kalau tak,melepas. Lawa tu...mana nak cari.' Kan?" kata Melur sambil mengangkat-angkat keningnya. Firdaus menahan senyum melihat riak wajah Melur yang nakal itu. "Perasan." Memang Melur selamba dan selamba itulah yang membuatkan Firdaus marah. Tapi,marah acah-acah dan sombong pun acah-acah. " Abang tak payahlah nak jadikan kisah kita ni klise macam novel yang diadaptasikan ke drama TV tu. Buang masa je." kata Melur memulakan. Firdaus menoleh. "Maksud awak?" "Tengoklah kisah-kisah novel sekarang. Kahwin paksa. Mula-mula tak nak,marah-marah,gaduh-gaduh. Tidur asing-asing. Cakap awak-saya. Lepas tu perlahan-lahan suka dan jatuh cinta. Very cliche. Bersepah kat kedai buku cerita gitu. Kita ni pun dah nak jadi macam tu jugalah. Watak utamanya abanglah. Temanya,kena kahwin paksa." Mampukah isteri yang RUDE itu mematahkan ego seorang lelaki yang bergelar suami? Ya,kekadang Melur dapat merasai kasih Firdaus membaluti hatinya,namun kekadang ianya bagai bayu yang berhembus dan berlalu pergi dari sisinya. Kekadang dirasakan tangannya bersatu dengan tangan Firdaus lalu menerbitkan bunyi tanda mereka saling menyayangi. Namun kekadang dirasakan tangannya terbiar sepi dan bertepuk sendiri. Ya,ianya berbunyi tetapi hanya mimpi. Di mana dan ke mana kasihnya Firdaus pergi? Adakah masih utuh untuk Dee atau sudah berputik untuknya yang setia menanti?