Hanya Ada Kita
atheaariz
- Reads 542,051
- Votes 1,408
- Parts 2
"Aku upah kau bukan untuk jadi PA semata-mata, Zareen. Aku nak kau siasat sesuatu dalam hotel ni." - Ahsan
Zareen Abdullah hanya mahukan kerja yang tenang. Tapi saat dia menerima tawaran sebagai pembantu peribadi kepada Ahsan Hawari dia tidak tahu bahawa dia sedang melangkah ke dalam kegelapan.
Malam di hotel itu menyembunyikan sesuatu-pekerja yang ketakutan, lorong-lorong yang hanya berfungsi selepas tengah malam, dan van yang datang tanpa jejak.
"Saya tak nak terlibat dalam benda ni." - Zareen
"Tapi dia ada di sini, Zareen. Kau nak lepaskan peluang macam ni?" - Ahsan
Kelibat seseorang yang pernah hilang dari hidupnya muncul di antara bayang-bayang. Zareen sedar-ini bukan sekadar tugas. Ini adalah peluang untuk dia menebus kesilapan yang telah berlaku.
"Aku tak peduli apa jadi lepas ni, tapi aku nak mereka semua keluar dari sini." - Ahsan
"Saya pun." - Zareen
Tetapi bila bahaya semakin menghampiri, satu keputusan drastik perlu dibuat.
"Mulai sekarang, kau bukan sekadar PA aku, Zareen. Kau isteri aku." - Ahsan
"Kahwin bukan penyelesaian." - Zareen
"Mungkin bukan. Tapi itu satu-satunya cara aku boleh lindungi kau."
"Sebab dalam permainan ni, Zareen... hanya ada kita."
Antara rahsia dan kepercayaan-mampukah mereka keluar sebelum semuanya terlambat? Atau ikatan ini hanya akan membawa mereka lebih jauh ke dalam kegelapan?