EqbalMohaydeen
Karim telah ditangkap oleh tentera Jepun bagi dijadikan buruh paksa. Namun, dia berjaya melarikan diri dengan masuk ke dalam sebuah gua yang dikaitkan dengan kemunculan seekor makhluk yang menakutkan. Sebaik sahaja dia keluar dari gua itu, Jepun telah menyerah kalah. Tetapi makhluk itu masih mengganas. Ramai penduduk kampung ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Dalam masa yang sama, Karim dihantui dengan penampakan aneh lagi menggerunkan. Petaka yang melanda seolah-olah tidak berkesudahan.
Apabila dua alam telah bertemu, nyawa menjadi taruhannya! / JIN