NorSuraya4's Reading List
22 stories
PAPA CEF by thechapterbookstore
thechapterbookstore
  • WpView
    Reads 949
  • WpVote
    Votes 125
  • WpPart
    Parts 10
Kalau tak kerana persaingan mama dengan ibu... Khaleef tak akan melarikan dirinya ke Sungai Petani. Kalau tak kerana itu, dia tak akan duduk di rumah peninggalan keluarga Noh dan berjiran dengan Aya dan Tiya. Kalau tak kerana itu juga, dia tak jatuh sayang dengan Tiya, budak perempuan yang berusia lima tahun tu! Lebih-lebih lagi apabila Tiya mula menggelarkan diri Khaleef... PAPA CEF! Tapi, panggilan itu tak memberi makna apa-apa kerana Khaleef dengan Tiya... Bukannya ada sebarang pertalian. Untuk jadikan hubungan itu hubungan yang sebenar, Khaleef kenalah berkahwin dengan Aya. Masalahnya, Aya tu... Spicy! "Orang putih ada cakap tau, mak lang..." "Cakap apa tu, Khaleef?" "Marry someone who can cook. Looks go away, hunger does not!" "Tu dia... Panjangnya. Apa maknanya tu?" "Memang panjang ayat tu tapi dipendekkan... Maknanya, kahwin dengan saya aje. Habis cerita!" Terus Aya tarik muka empat belas! Tapi... Apalah namanya usaha kalau tak berhasil kan? Akhirnya, Aya terima juga Khaleef setelah macam-macam yang Khaleef buat untuk menunjukkan keikhlasannya. Masalahnya, Aya tak tahu... Sebaik aje dia terima lamaran Khaleef, dia akan berdepan dengan banyak lagi cabaran untuk hubungan ini jadi kenyataan! Bukan aje tentangan daripada mama... "Janda anak satu tu siapa pula?" "Ingatkan tak nak tanya tadi. Tak ada siapalah mama. Saja cakap aje. Kenapa? Mama tak okey ke dengan janda anak satu?" "Tak. Mestilah tak okey!" Tapi, lebih besar ialah tentangan daripada ayah... "Call off the wedding. Ayah tak nak kamu jadi bodoh, kahwin dan jaga cucu musuh ayah sendiri. Kamu kan dah tahu apa yang dia dah buat kat ayah... Kenapa kamu nak kahwin juga dengan perempuan tu?" Mama tak setuju kerana Aya merupakan janda anak satu. Ayah pula tak setuju kerana Tiya merupakan cucu kepada musuhnya sendiri. Jadi, apakah Khaleef akan memilih untuk meneruskannya atau membatalkannya? Kerana bahagia itukan... Satu pilihan!
3 Years Later (eBOOK) by CallMeAmarfi
CallMeAmarfi
  • WpView
    Reads 2,376
  • WpVote
    Votes 124
  • WpPart
    Parts 6
Bangun dari tidur dan tiba-tiba ada lelaki tak dikenali di sebelah. Bunyi macam mimpi, tapi itu yang sedang terjadi dalam hidup Mimi, pagi selepas dia meraikan hari jadinya. "Pinas! Aku kena kidnap wei! Aku taktau aku ada dekat mana! Aku takut ... aku nak buat apa ni?" - Mimi "Please tell me you're joking. You tahu kan I siapa?" - Bi "Yo, wassup mommy-to-be? Morning sickness macam mana? Dah boleh handle?" - Finaz "Kak Mimi tak kenal Aki ke?" - Aki Memori 3 tahun Mimi hilang lesap seperti langsung tidak pernah berlaku. Isu kecil jadi semakin mengelirukan bila lelaki yang memanggilnya Sayang itu sering membuat Mimi naik gila. Tak tahu nak percayakan cerita yang mana. Bila semua persoalan dah terjawab, Mimi pula tak boleh terima hakikat. Kisah 3 tahun lepas dan 3 tahun kemudian yang bercanggah membuatkan ada saja perkara negatif menerjah fikiran. "Awak tak ada kekasih gelap kan?" - Mimi "Kisah you benci I tu bukannya bulan lepas, Yang. Itu 3 tahun lepas. Sekarang ni dah 3 tahun kemudian. You kena tahu bezakan dua perkara tu." - Bi Yang Mimi mahu cuma kebenaran, tapi adakah kebenaran itu semanis yang Mimi harapkan?
PERGI TANPA ALASAN by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 62,532
  • WpVote
    Votes 793
  • WpPart
    Parts 14
Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya. "Kahwin dengan I Rin, I'll pay you two million." - Hakim "Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim"- Rihana Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang. Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang 'baru', Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya. Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu. Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi? "Hakim, I rasa macam tak layak untuk you."- Rihana "Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you." Hakim Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu. Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan? ~ Rin... your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim
I Want You, Kay Dhamina (TERBIT)  by AireenAryana
AireenAryana
  • WpView
    Reads 31,436
  • WpVote
    Votes 977
  • WpPart
    Parts 30
#4 dalam kategori #wanita 19.Jan.2019 #2 dalam kategori #benci 30.Jan.2019 #1 dalam kategori #kasih 31.Jan.2019 Hati wanita tidak seiring dengan tingkahnya. Kay berpura-pura. Demi dendam yang tersimpan, dia muncul di syarikat Fantasia Design untuk membongkar rahsia yang menyebabkan adiknya menderita. "Kalau betul, biar Kay yang cari dan gali sendiri rahsia yang semua orang cuba simpan ni. Dan biar Kay yang membuat perhitungan!" - Kay Lalu pertemuan itu terjadi. Diakah penyebabnya? Hati Kay berbisik lancar. Hidung mancung, bibir berwarna ceri dan rambutnya lebat. Kening sudah tentu tebal. Ciri-ciri lelaki bermata keranjang! Dalam perjalanan dendam Kay, sesuatu yang tidak perlu terjadi telah terjadi. Ian terjatuh hati. Dan kala lelaki itu menabur cinta, Kay pula menabur luka. "How I wish I can make you smile, Kay." - Ian How I wish I can make you cry, Ian... Lalu bagaimana sudahnya? Kay keliru buat seketika. Menyerahkan cinta bermakna dia bakal menjadi mangsa Ian seterusnya. Biarpun seperih mana Ian membuktikan keikhlasan, Kay enggan percaya. Ego lelaki itu digilis dan diperguna. "I bukan berkahwin dengan mesin. I bukan nak you jadi isteri yang terbaik. I nak you tahu yang I menyayangi you." - Ian Percayalah, I menunggu you... dalam pahit bicara kalbu!
Cinta Berganti Nyawa by hannazhya
hannazhya
  • WpView
    Reads 9,189
  • WpVote
    Votes 491
  • WpPart
    Parts 14
Betul kata orang, cinta tak semestinya memiliki. Gadis yang sering berkaca mata itu tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Itulah yang terjadi tatkala dia dalam buruan seorang lelaki yang mendendaminya berpuluh tahun lamanya. Yasmin jadi paranoid sehinggakan dia lebih gemar berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui punca dia didendami Syed Amran. Namun, kehadiran Nash Dzulkarnain merubah segala-galanya. Ada saja lelaki itu di depan mata berlagak 'superhero' menyelamatkan dirinya daripada serangan demi serangan konco-konco Syed Amran. Yasmin jadi rimas menanggung hutang budi kerana dia tidak perlukan penyelamat walaupun dia hidup dalam ketakutan. Ah, kedegilan Yasmin tidak harus dibiarkan! Nash nekad, gadis itu perlu diselamatkan walaupun diri terkorban. Lagi degil lagi suka dia mendekati Yasmin. Parahnya, dia tidak dapat menafikan hatinya sudah terpaut. Dia akui ini kali pertama dia jatuh cinta! "I love you, Yasmin. I am always here if you want to talk." - Nash "No! Saya tak cintakan awak. Tak pernah cintakan awak. Get a life, Nash!" - Yasmin Betullah kata orang, cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta itu perlukan pengorbanan walaupun cinta itu berganti nyawa. Benar... Jodoh, pertemuan dan ajal di tangan Tuhan. Antara Yasmin dan Nash, siapa yang perlu berkorban? Dan Syed Amran... Adakah dendamnya terbalas? Ada hikmah di sebalik semuanya ini. Allah sudah aturkan segala yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. >>> boleh dibeli di SHOPEE KARYASENI dengan harga rm22 sahaja atau di kedai-kedai buku berhampiran anda.
Masihkah Ada Cinta Buat Aku? ( PBAKL 2023 ) by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 647,075
  • WpVote
    Votes 5,229
  • WpPart
    Parts 20
Dia bergelar isteri.. Bergelar ibu... Mempunyai suami yg sangat mencintai sepenuh hati..Haris Dan anak yg amat menyayangi.. Serta hidup dalam kemewahan Namun Arisa sentiasa Berasa beban dan tidak bersyukur dgn anugerah yg ada.. Sekelip mata dunia indahnya berubah Hasad dengki seseorg.. Memusnahkan kepercayaan suami.. Dan anak2.. Diceraikan dan ditinggalkan sebatang kara Menyebabkan penyesalan yg xtertanggung 5 tahun berlalu Dipertemukan kembali Namun Haris bkn lelaki yg mencintainya seperti dulu Status bekas suaminya sbg majikan menjarakkan lg hubungan mereka. Serta anak2 yg lama tidak ditemui Arisa tabah menjalani kehidupannya Melupakan kenangan pahit Walaupun kebenaran masih belum terungkap Seseorg hadir dalam diam menyintainya Namun hati masih ada dia.. Haris kembali.. Masihkan cinta ada untuk bekas isterinya Atau buat Salina kwn baiknya.. Arissa...masih setiakah cintanya buat bekas suaminya atau Naufal lelaki yg tulus menunggu.. Masihkah ada cinta buat nya?
MUNGKIN HANYA MIMPI by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 37,412
  • WpVote
    Votes 680
  • WpPart
    Parts 12
Hidup bukan impian tapi dalam hidup seharusnya ada impian. Seorang Deanna sering impikan hidup dalam sebuah keluarga yang sempurna. Tapi sehingga dewasa dia tak pernah faham itu itu makna sempurna. Mengahwini Zafriel Amza, kesempurnaan juga tak pernah ada. Lantas, dia pergi membawa diri, memohon agar dibebaskan dari sebuah perkahwinan.
Once Again by EllaAffandy
EllaAffandy
  • WpView
    Reads 461,983
  • WpVote
    Votes 6,069
  • WpPart
    Parts 12
Zayd Iskandar, lelaki berkerjaya yang mudah mendapatkan mana-mana gadis yang dia inginkan. Hanya berbekalkan wajahnya, dia memancing gadis-gadis yang gersang untuk bersamanya di atas katil. Namun, hatinya sudah dimiliki. Lelaki playboy yang setia, memang susah hendak dicari zaman sekarang ini, kan. Nadya, gadis cantik pernah dicurangi sang kekasih bertemu lelaki playboy yang berjaya membuatkan hatinya tidak keruan. Dalam dia menidakkan rasa hatinya, dia jatuh hati tanpa sedar. Namun, dia tidak menduga siapa Zayd Iskandar dalam kehidupannya yang lepas. Dalam dia mencari semula sisa kenangan itu, ada memori silam yang gelap terbuka sedikit demi sedikit. Cinta pertama mungkin mengasyikkan namun, cinta kedua mengatasi segalanya. Maybe sometimes love needs a second chance, because it wasn't ready the first time around. *First Update: 30th August 2017
DAHLIA by EllaAffandy
EllaAffandy
  • WpView
    Reads 6,435
  • WpVote
    Votes 564
  • WpPart
    Parts 12
Kisah Dahlia dan Aly Idris.
Miss DUCATI by H4R33z
H4R33z
  • WpView
    Reads 18,294
  • WpVote
    Votes 593
  • WpPart
    Parts 10
AKAN TERBIT Pesona penunggang Ducati berwarna merah garang itu telah membuat jiwa raga Amir Luqman bergelora hebat. Sehebat deruman motosikal itu mengaum di litar. Perfect! - Amir Luqman Matanya makin tidak mampu dikelipkan tatkala si penunggang Ducati tersebut dibawa menghampirinya. "Rania." Saat dirinya diperkenalkan, dalam hati Luqman sudah berkata, 'aku akan takluki Miss Ducati ini'. Namun, itu adalah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Miss Ducati hilang jejak. Luqman mengusung rindu, mengharapkan akan ada pertemuan dengannya lagi. Pantang ditinggalkan tanpa sebarang ucapan selamat tinggal. Kereta rosak, titik permulaan Luqman bertemu Nabila. Nabila atau Rania, padanya mereka adalah orang yang sama. Miss Ducati yang telah mencipta sejarah bersamanya di litar. Namun, anak kecil di dalam dakapan Nabila menjadi seribu tanda tanya. Aqil anak saya? - Amir Luqman Soalan yang memaksa dia bekerja keras mencari jawapan untuk menjawab persoalan yang lain. Dua tahun tempoh yang singkat tetapi terlalu banyak rahsia yang disimpan rapi oleh Nabila. Saya bukan Rania yang dulu. Luq. Hidup saya dalam ketakutan. Jika diberi pilihan saya ingin hidup di dalam dunia yang tidak ada siapa mengenali saya - Rania Nabila Kita kahwin - Amir Luqman Itu sahaja jalannya, biar Rania Nabila terus disampingnya. Agar segala rahsia dapat dirungkai. Biar Rania Nabila selamat di dalam pelukannya. Perkahwinan yang sarat dengan kasih dan sayang. Bersulam indah dengan cinta diragut sekelip mata oleh Ahmad Adwa. Parut yang ditinggalkan berdarah kembali. Pergi. Pergi jauh... itu sahaja yang dapat difikirkan Nabila apabila Adwa berjaya meracun fikiran Datin Norazah seperti mana dia berjaya memperdayakan orang tua Nabila. Apa yang Luqman lakukan apabila isterinya membawa diri? Adakah dia akur dengan permintaan ibu kesayangannya, Datin Norazah supaya menceraikan Nabila. Atau sebaliknya, menjadi Mr. Ninja kepada Miss Ducati yang malang itu.