solehahhhhhhuu12345's Reading List
186 stories
My Overly Passionate Boyfriend  by Mecxira
Mecxira
  • WpView
    Reads 2,663
  • WpVote
    Votes 117
  • WpPart
    Parts 13
Syed Maaz Darcel Syed Bukhari jejaka yang sentiasa dipenuhi dengan layanan istimewa. Kata mereka, "Semua yang Dar nak akan kami kotakan. Segalanya..." Semua diperolehnya sekelip mata tapi satu saja yang belum bisa diperolehnya. Bukan harta juga bukan hal lainnya, ia adalah seorang gadis. Gadis kecil yang telah mendapat tempat dalam hatinya. Khaela Laykha Laela, seorang gadis penurut yang begitu bersederhana dalam setiap perkara. Tidak mengenal erti penat lelah untuk menyelamatkan cinta sejatinya. Kendatipun begitu, siapa sangka ada yang tidak beres? ""You. Will. Marry. Me. Willingly or forcefully. You understand?" Tidak sangka, mereka bernikah bukan atas dasar cinta. Pengorbanannya begitu besar buat lelaki itu. Kerana, "Merelakan pergi adalah keputusanku, melupakanmu adalah pilihan aku, yang memilikimu hanya sejenak lalu hilang membiarkan pengganti yang berhak juga adalah....aku." Kerana aku, Mencintaimu...
Princess Mr Heartless by nurhaxel
nurhaxel
  • WpView
    Reads 55,811
  • WpVote
    Votes 1,809
  • WpPart
    Parts 7
Hadirnya Tengku Armell Medeleine tanpa dipinta dalam hidup Syed Ian Harith membuatkan hidupnya berubah 360 darjah. Disangkakan kejadian terakhir mereka bertemu adalah rancangan yang telah di atur buat Ian Harith nekad niatnya yang satu itu. "We are over. You can do whatever you want, Tengku Armell Meleisha." - SYED IAN HARITH "With pleasure.. Thank you." - ARMELL MEDELEINE Akur dengan nasib yang telah tertulis, Armell meneruskan hidupnya bersama hati yang terluka. Melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Namun ketenangan yang dirasainya hanyalah sementara. Pertemuan semulanya dengan Syed Ian Harith mengubah seluruh hidupnya. Hati dan jiwanya sakit dengan setiap seksaan yang diberikan oleh lelaki itu. "You are a monster! Let me go!" - ARMELL MEDELEINE Bagi Syed Ian Harith, pertemuan kedua antara mereka adalah satu peluang kedua untuk dia teruskan niatnya yang sudah lama terpendam. "Yes, I'm. But sorry to say, you will stick with me till the rest of your life, honey." - SYED IAN HARITH Apakah yang akan berlaku diantara mereka berdua? Bagaimana pengakhiran kehidupan Armell bersama Ian Harith? Adakah benci mengubah menjadi sayang dan cinta? GENRE: ACTION ROMANCE START : 01 JUN 2022 END: THIS STORY COPYRIGHT BY NURHAXEL.
SEDINGIN CINTA DIA [ on - going ] by nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    Reads 2,712
  • WpVote
    Votes 260
  • WpPart
    Parts 4
[ S E Q U E L : MR POPPA MAFIA ] "Kau ni tak habis-habis ganggu aku!" - Mukhris "Apa?! Awak jangan nak tuduh-tuduh saya!" - Ain Safiyya Tiada hari tanpa pergaduhan. Setiap hari, setiap kali bertemu...ada saja Mukhris nak mencari pasal bila bertentang mata dengan Ain Safiyya. Muhammad Mukhris yang sering kali menjadi tetamu tetap bilik disiplin. Tiap hari nama dia je yang naik dalam buku salah laku pelajar. Tapi apakan daya, nakalnya nauzubillah! "Cih, kau tu muka macam tayar motor aku tu jela...menggerutu macam katak puru!" - Mukhris. "Ya Allah, saya tak tahan dah dengan perangai awak ni, Mukhris!" - Ain Safiyya. Makin dilarang makin dibuat! Muhammad Mukhris memang tak makan saman. Ain Safiyya si gadis lemah lembut dan ayu dipertemukan dengan manusia seperti Muhammad Mukhris. Apakah takdir mempermainkan dirinya? Menjaga Ahmad Mukhris lebih pakai tenaga dari jaga budak! "Kau nak lari mana? Aku dah sah jadi suami kau. Kau cium tapak kaki aku sekarang...syurga ni syurga..." - Mukhris. "Saya benci awak!" - Ain Safiyya. "143 hihi..." Dalam bahagia pasti ada rintangan yang datang. Begitu juga hubungan mereka. Mukhris sedaya upaya mempertahankan hubungan mereka. Kerana ada satu rahsia yang belum terungkap lagi. "Welcome back, Mr Mukhris...selamat datang ke Rion Inn." "I'm the boss! Dan korang semua kuli-kuli aku!" "Kalau aku tak dapat dia, kau takkan dapat jugak Mukhris..." "Mukhris! Awak kena bertanggungjawab! Saya mengandungkan anak awak!"
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,106,933
  • WpVote
    Votes 89,485
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Sayang Untuk Kali Kedua? by guessitsha
guessitsha
  • WpView
    Reads 1,555,641
  • WpVote
    Votes 52,463
  • WpPart
    Parts 66
Bila dah sayang mula datang orang ketiga, Bila dah sayang mula tinggalkan kita sendiri. Tapi bila dah hilang, Baru datang mencari. Siapa saya? Boneka yang awak ambil bila awak perlu dan campak bila awak bosan? Untuk kali kedua saya sayang awak.
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT by hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    Reads 1,273,755
  • WpVote
    Votes 26,901
  • WpPart
    Parts 12
[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23
The Guy Next Door by risyathequill
risyathequill
  • WpView
    Reads 2,440
  • WpVote
    Votes 195
  • WpPart
    Parts 7
Bagi Aurellia Sabrina , lelaki itu hanya bebanan dalam hidup seorang wanita. Sampah masyarakat. Hanya tahu menyakitkan hati perempuan. Dia benci dan teramat benci dengan kaum Adam. Hal ini disebabkan melihat sahabat karibnya sendiri dicurangi oleh teman lelakinya. Bermula detik itu, dia sudah berazam untuk tidak ingin menikahi lelaki melayu di negaranya sendiri. Aurellia benci! Benci! Dan kebencian yang tertanam semakin dalam menusuk apabila Aurellia dapat tahu jiran baru di sebelah rumahnya ialah seorang lelaki alias anak kawan papanya sendiri. Lelaki itu mencabar untuk mengubah pendiriannya terhadap kaum 'Adam'. Aurellia pantang dicabar. Dia menyahut dengan berani kerana dia percaya lelaki itu akan gagal! Betulkah Adrian bakal gagal? Berjayakah Adrian dengan cabarannya untuk melembutkan hati Aurellia sekeras batu itu?
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,601,116
  • WpVote
    Votes 405,072
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna