Reading List
11 stories
Kembara Ksatria Muda [COMPLETED] by DesbarTargar
DesbarTargar
  • WpView
    Reads 959
  • WpVote
    Votes 55
  • WpPart
    Parts 4
Tiga sekawan Jay, Jon dan Jia dari Kelab Pencinta Alam Sekitar, SMK Alam Ria bersepakat untuk pergi mengumpul dan menganalisis beberapa sampel air sungai berhampiran sekolah mereka demi menyertai pertandingan bertemakan Sains dan Sumber Kehidupan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ketika sedang leka mengambil sampel air, mereka bertiga dikejutkan dengan fenomena kepala air yang terjadi secara tiba-tiba. Walaupun berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan diri, mereka bertiga dihanyutkan oleh arus yang deras. Apabila tersedar, mereka mendapati diri mereka berada di suatu tempat asing dan dikelilingi oleh manusia-manusia kerdil lengkap berpakaian serba putih. Manusia itu memohon bantuan dari mereka bertiga untuk menyelamatkan tempat itu dari ancaman binatang buas yang digelar Dabba dan Suk. Jay, Jon dan Jia terpinga-pinga, Bagaimana mereka bertiga boleh terdampar di sini? Mengapa manusia kerdil di situ meminta bantuan dari mereka bertiga? Dapatkah Jay dan kawan-kawannya merungkaikan segala persoalan? dan Bolehkah mereka kembali semula ke tempat asal mereka? INC, Inkfinity Novella Contest 2024 #INC2024 #InkfinityNovellaContest Premis Tiga sekawan tersesat di daerah manusia kerdil bersepakat membantu dalam memerangi ancaman binatang buas bersama-sama. Mula : 1 Mac 2024 Tamat : 17 Mac 2024
πŠπ‘πŽππˆπŠπ€ πˆππƒπ„π‘π€π†π€ππ€ by Niemza
Niemza
  • WpView
    Reads 5,245
  • WpVote
    Votes 790
  • WpPart
    Parts 34
Membesar sebagai anak keluarga pahlawan, hidup yang diketahuinya berubah drastik saat Karunia, kuasa sakti diraja tercetus di dalam diri. Serta-merta dia menjadi putera pewaris takhta, sedang nyawanya diancam musuh yang ingin melenyapkan kerabat diraja Inderagana. "Beta tidak memilih untuk lahir sebagai putera raja, tapi beta berhak untuk kekal hidup! Mereka yang lebih dahulu mengacukan senjata ke leher kita! Maka, mereka harus membayar setiap titik darah kita yang tumpah!" - Putera Zulkarnain Shah Indera - Putera Zulkarnain kembali ke Inderagana dengan niat melunas dendam dan melepaskan haknya ke atas takhta. Setelah itu, dia ingin bebas menentukan hidupnya sendiri. Namun, satu demi satu rahsia terbongkar, mendedahkan negerinya lebih tenat dari yang sangka. Mahu tidak mahu, dia harus bertindak sebagai putera raja Inderagana, atau dia akan kehilangan segala-galanya. β€’β…β”€β”€β”€βœ§β…βœ¦β…βœ§β”€β”€β”€β…β€’ Update setiap hari Jumaat!
Adam & Yulia (Kita Cuma Kawan, Kan?) by auzainal
auzainal
  • WpView
    Reads 14,377
  • WpVote
    Votes 145
  • WpPart
    Parts 9
[TERBIT VERSI BUKU - KITA CUMA KAWAN, KAN? by IMAN PUBLICATION] Adam Adwa seorang bintang terkenal. Nisrina Yulia pula hanyalah ... Yulia. Dunia mereka memang tak pernah bersilang, sehinggalah Adam tercicirkan telefonnya di dalam kereta Yulia. "Lagu ni menjerit-jerit, encik. Sampai strain suara dia," kata Yulia. Tak sedar dia sedang mengkritik lagu Adam di depan penyanyinya sendiri. "Kalau awak ada pengetahuan tentang muzik, barulah awak boleh bagi pandangan sesuka hati," marah Adam. Setelah kelibat Adam hilang, Yulia menongkat tangan dengan gaya dramatik. Lemah segala sendi lutut. "Weh ... menakutkannya!" Matanya terbeliak. Sejak Yulia bertukar kerja baru, mereka kerap bertemu di studio Adam. Belum apa-apa, dah ada drama lain. "Yulia, tak semua hal boleh diselesaikan dengan berkahwin." - Fahmi "Kamu benar suka dia?" - Reza Adam yang penyendiri dan Yulia yang sunshine, bagaimana akhirnya tiba-tiba salah seorang jatuh cinta?
Aku bukan Nainβœ“  (new story + OG)  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 30,081
  • WpVote
    Votes 2,556
  • WpPart
    Parts 15
BOOK #3 of π•±π–—π–Žπ–Šπ–“π–‰π–˜π–π–Žπ–• π•°π–‰π–Žπ–™π–Žπ–”π–“ Genre: Teen fiction Sekuel novel Aku, Iskandar Dzulkarnain . . Bismillah Mungkin semua kenal siapakah Nain, mata pula hanya tertumpu pada remaja lelaki itu. Lalu Salahuddin terus tenggelam walaupun bagaimana dia cuba untuk menarik perhatian insan di sekeliling. "Kak Huda, tadi dekat sekolah... Salah dapat pingat dalam merentas desa. Tahu dah, Salah memang hebat pun." - Salahuddin "Salah, berhenti. Awak cuma adik Nain pada mata akak. Fokus pada SPM, jangan bazirkan masa macam ni..." - Nurul Huda "Ayah kau HIV, kan? Anak penagih dadah rupanya." - Khaifa "Saya suka awak." -Hani Terkadang Salahuddin penat asyik dibandingkan dengan arwah abang sendiri. Iskandar Dzulkarnain telah lama mati. Maka mengapa semuanya tidak mahu menerima hakikat itu? "Along dah mati. Membazir air mata je ibu menangis macam ni. Tak payah bacakan yassin untuk dia. Dia dah mati, MATI." -Salahuddin "Maaf, ibu tetap sayang along. Dia cinta hati ibu dan selamanya akan begitu. Salah hina along lagi, ibu takkan maafkan Salah." -Raudhah Sampai bila nama Nain akan terus menyeksanya? Wajah Nain, Salah tahu bagaimana. Namun, secebis kenangan silam tidak pernah diingati remaja lelaki itu. Nain tetap menjadi lelaki asing dalam diari hidup Salahuddin. START : 14 Dec 2020
DΙͺα΄€, Kα΄€α΄‘α΄€Ι΄ Aα΄‹α΄œ βœ“ | Ϊ©Ψ§ΩˆΩ† by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 20,019
  • WpVote
    Votes 434
  • WpPart
    Parts 4
BOOK #2 of π•±π–—π–Žπ–Šπ–“π–‰π–˜π–π–Žπ–• π•°π–‰π–Žπ–™π–Žπ–”π–“ (Sambungan Pada Subuh Yang Membawaku Pergi - Yaya Samad) Bismillah Satu kemalangan ngeri merampas kesemua yang dia miliki hinggakan tidak terdaya lagi. Menjadi anak yatim piatu dan tinggal sebumbung dengan salah seorang adik-beradik yang paling dibenci hadir sebagai pakej. Fahim Luth. Seorang ketua pelajar sekolah, calon harapan SPM dan sahabat kepada Iskandar Dzulkarnain. Pertemuan pertama dengan Iskandar tidaklah menyedapkan hati mana. Namun, perpisahan dengan remaja lelaki itu merentap seluruh kudrat yang ada. Ada janji yang perlu dipegang. "Aku nak kau putus dengan Zulaikha... Dia tu adik aku!" -Iskandar Dzulkarnain- "Along dah apply untuk adik masuk medical school." -Fakhri Dia tertanya-tanya, mengapa tidak ditarik sahaja nyawanya seperti yang lain? Dunia asyik menindih diri itu hingga tiada ruang untuk bernafas. "Kau patut mati dalam kemalangan tu. Hidup pun asyik menyusahkan orang." -Kak long- "Sekali pun Fahim pergi dulu, Ika tetap akan tunggu Fahim." -Zulaikha- *** Nota kaki: Buku ini ialah kisah Fahim, sahabat baik Iskandar Dzulkarnain. Boleh baca novel pertama dahulu untuk pemahaman yg jelas.
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,715,214
  • WpVote
    Votes 408,699
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
SAKINAH by shahhazz
shahhazz
  • WpView
    Reads 13,651
  • WpVote
    Votes 1,119
  • WpPart
    Parts 43
SAKINAH... yang perkahwinannya diaturkan atas sebab mahu menjaga keturunan.
MEMORI [ EBOOK ] by Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    Reads 1,699
  • WpVote
    Votes 81
  • WpPart
    Parts 5
Aku... Areena Imilya. Pernah terlibat dalam kemalangan dua tahun lalu hingga hilang ingatan. Kebanyakan memori yang datang seimbas lalu hanyalah laut dan pantai bersama segaris nama, Raees Ezarif yang sangat asing di kalangan orang rapat aku. Anehnya tak ada petunjuk siapa empunya nama. Kenapa dari beribu memori, hanya nama itu yang tidak hilang? Ketika percutian keluarga, aku bertemu dengan lelaki bernama Raees Ezarif. Dia kata... Dia tak kenal aku. Hampa. Mungkin bukan dia Raees dalam memori aku.
JUBAH HITAM RAMA-RAMA NILAKANDI | EBOOK by rsya_rose
rsya_rose
  • WpView
    Reads 422
  • WpVote
    Votes 31
  • WpPart
    Parts 7
Irfan Dania binti Imtihan. Hidupnya polos dan telus. Tiada apa yang menarik melainkan dia cukup tak percaya pada kata-kata lelaki. Entah mana silapnya, dia dipertemukan dengan satu susuk berjubah hitam yang membuatkan degup jantung lari tempo dan jari-jemari membeku seakan baru pulang dari Antartika. 'Semoga Allah rahmati Encik. Terima kasih banyak-banyak sudi membantu.' - Irfan Dania. Waleed Murtaza. Tiada apa yang luar biasa tentangnya. Sangat sederhana peribadi dan rupanya. Siapa sangka, hari-harinya berbeza sejak dia didekati oleh satu demi satu persoalan oleh mahasiswi yang tiada dia kenal siapa gerangannya. 'In shaa Allah saya anggap ini wadah untuk saya sampaikan kebaikan.' - Waleed Murtaza. Kehadiran Waleed Murtaza memberi beban kepada fikiran Irfan Dania yang selama ini bebas dari ajnabi. Begitu juga dengan Waleed. Dalam pada dia tertarik pada Irfan, dia juga tertawan hati pada satu susuk misteri. Ahh sudah... Perihal jodoh bukan manusia boleh teka kan? 'Awak... sudi taaruf dengan saya?' -Waleed Murtaza Fasa pertama kali dimulai oleh mereka. Adakah keduanya bakal bersemayam di atas singgahsana bahagia atau membawa salah seorang kepada taman luka berkawat duri patah hati?
[C] My Girl [ EBOOK ] by Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    Reads 40,221
  • WpVote
    Votes 3,298
  • WpPart
    Parts 26
Benda wajib yang perlu Irham Zaqwan buat pada setiap hari ialah membuli. Buli seorang gadis tingkatan tiga Sekolah Tinggi Emerald, Armel Idriana. Kerana penampilan nerd Armel Idriana dan sikapnya yang bendul, dia bukan saja dibuli oleh Irham Zaqwan dan gengnya malah satu sekolah. "π»π‘Žπ‘Ÿπ‘– 𝑛𝑖 π‘˜π‘Žπ‘’ π‘ π‘’π‘™π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘‘ π‘π‘’π‘‘π‘Žπ‘˜ π‘›π‘’π‘Ÿπ‘‘. π‘‡π‘Žπ‘π‘– π‘π‘’π‘˜π‘Žπ‘› π‘’π‘ π‘œπ‘˜!" - 𝐈𝐫𝐑𝐚𝐦 π™πšπͺ𝐰𝐚𝐧 "π·π‘Žπ‘ π‘Žπ‘Ÿ π‘π‘Žπ‘π‘Žπ‘˜ 𝑖𝑏𝑙𝑖𝑠 π‘‘π‘Žπ‘˜ π‘”π‘’π‘›π‘Ž!" - π€π«π¦πžπ₯ 𝐈𝐝𝐫𝐒𝐚𝐧𝐚 Secengeng Armel tika dibuli tetap diam-diam memberi gelaran kepada pembuli terulungnya. Armel tak berani nak melawan. Mengadu kepada pihak sekolah pun apa guna, dia masih dibuli. Terkadang, lebih teruk. Namun tatkala Armel Idriana mula melawan hingga dipanggil ke bilik Pengetua, sesuatu terjadi. Sesuatu yang mengubah segalanya. Irham Zaqwan yang awalnya menjadi bapak iblis tiba-tiba melindungi Armel Idriana dari dibuli. "πΎπ‘’π‘›π‘Žπ‘π‘Ž π‘‘π‘–π‘π‘Ž-π‘‘π‘–π‘π‘Ž?" - π€π«π¦πžπ₯ 𝐈𝐝𝐫𝐒𝐚𝐧𝐚 "π΄π‘˜π‘’ π‘π‘’π‘›π‘π‘Ž... πΏπ‘Žπ‘”π‘– 𝑝𝑒𝑛 π‘Žπ‘‘π‘Ž π‘—π‘Žπ‘›π‘—π‘– π‘‘π‘Žπ‘˜ π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘ π‘’π‘›π‘”π‘Žπ‘—π‘Ž π‘Žπ‘›π‘‘π‘Žπ‘Ÿπ‘Ž π‘Žπ‘˜π‘’ π‘‘π‘’π‘›π‘”π‘Žπ‘› π‘Žπ‘¦π‘Žβ„Ž π‘˜π‘Žπ‘’. π΄π‘˜π‘’ π‘›π‘Žπ‘˜ 𝑑𝑒𝑏𝑒𝑠 π‘ π‘Žπ‘™π‘Žβ„Ž π‘Žπ‘˜π‘’," - 𝐈𝐫𝐑𝐚𝐦 π™πšπͺ𝐰𝐚𝐧 c o v e r : @Shieyruna H A K C I P T A T E R P E L I H A R A Kau COPY Kau BANGANG!