ANMASDIANA's Reading List
11 stories
HI, ENCIK PROFESSOR! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 133,981
  • WpVote
    Votes 13,943
  • WpPart
    Parts 37
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang diberi, agensi itu berjaya membongkarkan kes itu dengan jayanya. Profesor Dr. Qarizh Zahwan, itu hanya gelarannya di siang hari. Apabila malam menjelma, si profesor sejuk beku itu akan bertukar karakter dan gelaran. Dia... The King. "Hai Mr Sejuk Beku, nak kawan dengan awak boleh?" - Aralyn. "Get lost!" - Qarizh. Kerana satu kes pembunuhan tanpa tanda, Aralyn dan Qarizh terpaksa bersemuka walau dalam tak rela. Arahan daripada Ketua Polis Negara, masing-masing perlu akur. Si Aralyn Awliya gadis detektif cengeng dan Qarizh Zahwan si profesor sejuk beku, mampukah mereka berdua menyelesaikan kes misteri pembunuhan kejam tanpa jejak tersebut? [SIRI KEDUA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 29/07/2020 Tarikh akhir: - Cover: Zanieyzai PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 29/07/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺
FEI YANG by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 17,700
  • WpVote
    Votes 3,065
  • WpPart
    Parts 29
FAHIM ZARITH - Fei Yang, si white hat hacker dihantar ke lapangan fizikal untuk melindungi kliennya daripada ancaman Grey Wolf. Namun, misinya menemui jalan sukar apabila kliennya sendiri tidak berperikemanusiaan kepadanya. AKMAL HARITH - Namanya seakan sama dengan Fei Yang, namun dia bukanlah mempunyai pertalian darah dengan penggodam itu. Dia, si klien yang mesti dilindungi oleh Fei Yang itu sangatlah kejam demi melindungi pelindungnya sendiri. Fei Yang dan Akmal Harith, kedua-dua manusia itu semestinya tidak sekepala. Dalam dinginnya Fei Yang melindungi si klien, jiwanya sendiri turut digasak hebat apabila terpaksa berdepan dengan perangai kliennya. Demi memecahkan kod rahsia "Aii Jun", kedua-duanya terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan yang mencabar fizikal serta mental. Dalam keadaan ini, mereka berdua saling memerlukan! "Aku mesti melindungi kau, Akmal." - Fei Yang. "Bercerai kita mati, Fei." - Akmal Harith. Kehadiran mengejut si bunga merah ketika misinya sedang berjalan tiba-tiba menyentak keras jantung Fei Yang sehingga ke relung masa lalu. Keberadaan Red Beauty, cinta matinya di pihak Grey Wolf benar-benar menguji rasa hatinya sendiri. Kenapa Adra Diyana yang telah mati pada 10 tahun lepas berada bersama dengan Grey Wolf? Malangnya, skil penggodamannya belum berjaya merungkaikan misteri kehilangan gadis tersebut. "Kenapa kau berubah, Zarith?" - Red Beauty. "Kau sudah mati, Adra." - Fei Yang. Hidup jejaka senyap berhoodie hitam bernama Fahim Zarith di alam realiti sangatlah sunyi dan sepi. Namun, di alam maya dialah pembunuh profesional yang digeruni oleh musuh berkolar putih. Dia... Fei Yang. Tarikh mula: 4 January 2021 Tarikh akhir: - Genre: Thriller Action Cover: InfinityAuni IMPORTANT ⚠️⚠️⚠️ Person in the cover book is Xiao Yu Liang, a Chinese actor. The cover book not official. Picture used for illustration only. I'm his fan, actually. Love! ❤️
HEY, YOU MR. VET! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 39,701
  • WpVote
    Votes 5,335
  • WpPart
    Parts 26
Pertemuan mereka bukanlah indah seperti dalam drama tetapi bukanlah tidak manis seperti dalam cerita dongeng. Adwan Haffaz dan Kaysa Bussaina, kedua-dua manusia itu dipertemukan atas dasar tugas sulit bertanda '00-X'. Dalam meniti tugasan yang penuh mencabar, kedua-duanya saling memerlukan walaupun pada hakikatnya masing-masing tidak memerlukan. Kedengaran pelik bukan? Ya, aneh apabila si doktor veterinar Dr. Adwan Haffaz dan si pembantu peribadi Toh Puan Zainab itu sebenarnya tidak 'mesra alam' sesama mereka. "Aku sayang kucing tapi aku tak suka kau." - Dr. Adwan Haffaz. "Aku benci kucing tapi kau aku suka." - Kaysa Bussaina. Apalah yang menarik sangat pada Adwan si doktor veterinar itu sampaikan Kaysa sanggup berusaha menyayangi Sayang? Tetapi... apakah yang membuatkan Adwan sangat membenci Kaysa sehinggakan dia sanggup menjahamkan Kacak? [SIRI KETIGA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 19 September 2020 Tarikh akhir: Cover: @Nurhy_dayah PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 19/09/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺
Mrs. Ayden by nurasyaa_
nurasyaa_
  • WpView
    Reads 209,536
  • WpVote
    Votes 15,050
  • WpPart
    Parts 42
[KARYA KEDUA]♡ [ Action Romance + Comedy ] Kasih Airish. Nama tidak seindah hidupnya yang sering diuji dengan dugaan. Pelbagai ujian yang perlu dihadapinya. Ditambah pula, dia sudah tidak seperti dulu. Hari-harinya gelap-gelita tanpa warna-warni yang menyinari hidupnya. Ya. Dia buta. Buta disebabkan oleh satu kemalangan yang menimpanya. Pertemuan tanpa disangka dengan sang jejaka bernama Qashaf Ayden dua kali berturut-turut membuka tirai baru dalam hidupnya. Qashaf Ayden pula sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki Kasih Airish dikala hatinya terpaut dengan kepolosan Kasih Airish sehinggakan dia memaksa Kasih Airish menerima lamarannya. Namun, manusia itu tidak sempurna. Mereka pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga dengan Qashaf Ayden. Disebabkan ketulusan cintanya terhadap Kasih Airish, dia terpaksa menipu tentang pekerjaannya. Di saat cinta di antara mereka mula berputik dan kasih mula bersemi, satu persatu rahsianya terbongkar. Pekerjaannya bukan biasa-biasa malah sangat berbahaya. Dia akan selalu menjadi buruan. Nyawanya pula semakin hari, semakin terancam dek kerana musuh yang semakin bertambah. "Awak penipu, Ayden! Saya benci awak!"-Kasih Airish "I'm sorry, sayang..."-Qashaf Ayden Qashaf Ayden akur kesilapannya. Dia cuba memujuk dan merayu bidadarinya. Namun disaat Kasih Airish kembali memaafkannya, dia pergi begitu saja. "Abang... Baliklah. Airish rindu abang..."-Kasih Airish "Maafkan abang sayang..."-Qashaf Ayden Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka? Berjayakah mereka bersatu kembali? Cover by @xerlickmentos58
LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART by easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Reads 5,275,010
  • WpVote
    Votes 273,212
  • WpPart
    Parts 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka itu mendirikan syarikatnya sendiri membuatkan dirinya lebih terkenal dan dihormati ramai.Tidak kira tua atau muda, semua perkataan lelaki tersebut pasti akan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, disebalik bersinarnya lelaki itu dimata dunia, masih ada sisi lain yang disembunyikan.Tiada siapa yang tahu selain kawan rapatnya.Bahkan, keluarganya sendiri tidak tahu sisi tersebut! Dia kejam. Dia psiko. Dia gila. Apabila dirinya sudah bertukar ke sisi gelap itu, maka tiada siapa yang dapat menghentikannya.Segala kekejaman dan kesakitan yang diberikan olehnya bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Silap sedikit, lenyap! "Awak, jangan marah - marah lagi tau?" Bertemu dengan ARIN MIKAELA, umpama jejaka bermata hitam gelap itu telah menjumpai painkillers nya.Melihat saja wajah polos gadis itu, dirinya yang tidak terkawal dapat kembali normal.Dan.. Hanya Arin Mikaela saja yang dapat mengawal dirinya. *** [Action × romance] [Nashadrian × Arinmikaela] Start : 8 Sept 2021 Status : completed
BLD: HAIDAR [ON HOLD] ⚠️ by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 39,879
  • WpVote
    Votes 3,874
  • WpPart
    Parts 10
"I'M THE VILLAIN IN MY OWN LOVE STORY."-NH NAHAR HAIDAR, boleh dikatakan lelaki hero jelmaan novel tetapi bukanlah dambaan para gadis. Kerana sikapnya yang panas baran, dingin beku, suka bergaduh dan 'introvert' membuatkan dia digelar The Badboy di sekolah. "Kau nampak tak senior tu? Aku nak kau tegur dia sampai dia berminat untuk bercakap and mungkin berkawan dengan kau. Kalau kau berjaya, aku dengan kawan-kawan aku janji takkan buli kau lagi." DARA ALUNA, hidupnya biasa-biasa saja. Tidak kaya, tidak pula susah. Dia hidup bersederhana dengan ibunya. Ayah dia pula meninggal kerana serangan jantung pada beberapa tahun yang lepas. Kerana satu kejadian yang memilukan, dia terpaksa terjebak dalam kehidupan lelaki itu. Lelaki yang digelar sebagai The Badboy. "Kau dah buat aku tertarik kepada kau, and now kau nak ignore aku macam itu aje? Sekali kau masuk dalam dunia aku, jangan harap aku akan lepaskan kau." -NAHAR HAIDAR Kerana satu pertaruhan untuk menyelamatkan diri, DARA ALUNA terpaksa terjebak dalam dunia Haidar yang penuh misteri. Saat dia berlari, Haidar akan datang mengejar dari semua arah. Sehinggalah ada satu rahsia terbongkar membuatkan Haidar cuba menjauh untuk seketika. Selepas lima tahun mendiamkan diri, Haidar pulang semula untuk mengejar Dara kembali. Tetapi harapannya seolah-olah punah apabila Dara yang dia kejar dulu, sudah menjadi tunangan orang. Tunangan adik dia sendiri. "Dara dah jadi tunang aku, Haidar. Jangan ganggu Dara." -ENGKU RADEN MIKAEL. Haidar bukanlah hero dambaan gadis. Kerana Haidar, he is a villain. disguised as a protagonist. The real villain. "Aku akan dapatkan Dara walaupun aku terpaksa menentang keluarga aku sendiri. Mark my words!" -NAHAR HAIDAR Persoalannya, berjayakah Haidar merebut Dara semula atau dia akan berputih mata melihat Dara bahagia bersama adiknya sendiri? ⚠️Do not copy any part of this story 🕊Cover by AizackMesle
Tunku Aaron Henrique ( HOLD ) by _nashriqq
_nashriqq
  • WpView
    Reads 8,558
  • WpVote
    Votes 669
  • WpPart
    Parts 9
BOOK 1 📔 TUNKU AARON HENRIQUE Cover 🥳 by @viesluna Tunku Aaron Henrique & Nur Ayra Hanania | Nur Ayra Hanania | Dia tidak tahu kenapa semua orang tidak suka akan dirinya.Semua orang selalu menganggap dirinya malang dan pembawa sial atas sebab dirinya anak tidak sah taraf. "Ssaakiitt Mak cik ss..saakkit...tolong lepas...Ayra janji Ayra tak buat lagi macam tu" nangisnya sambil merayu agar dilepaskan dari diseksa oleh ibu angkatnya. "Ouhh...baru sekarang kau nak merayu pada aku ye tak guna...sepatutnya arwah suami aku tak patut bela kau laa anak haram..menyusahkan aku je" Hari-hari yang dilaluinya penuh dengan kata-kata kesat dan ketakutan akibat didera oleh ibu angkatnya. | Tunku Aaron Henrique | CEO bagi empayar syarikat milik keluarganya iaitu 'Ramson Empire'. Siapa saja yang tidak mengenali dirinya dalam dunia gelap.Lelaki berwajah dingin tetapi cukup membuatkan hati para wanita mencair melihat wajah kacukannya yang tampan itu.Dia tidak pernah terfikir untuk mempunyai kekasih apatah lagi bercinta.Baginya semua itu tiada faedah. Dia paling pantang jika orang yang di sayanginya di sentuh sesuka hati oleh musuhnya.Automatik dirinya menjadi seorang yang Heartless. "Stay away from my family and HER if you want life carefully with your bullshit life!!!! " Takdir yang menjadikan mereka berdua bertemu secara tidak langsung.Tingkah unik si gadis tersebut telah membuatkan Si Heartless ingin mengenali gadis yang mungkin bakal menjadi permaisurinya tak lama nanti. - Nantikann!!! ~♥~ -
THE DON (E-BOOK) by mecx-zack
mecx-zack
  • WpView
    Reads 190,277
  • WpVote
    Votes 4,789
  • WpPart
    Parts 11
"We're criminals. We've always been criminals, nothing changed." - Stephano. Pernah terfikir bila lelaki yang dilabel sebagai penjenayah paling dikehendaki tiba-tiba saja muncul menyerah diri? Susuk tubuh tinggi dan tegapnya membuatkan aura sinisnya jelas kepada mereka yang melihat. Ditambah pula dengan riak kosongnya yang sentiasa kaku tanpa sebarang emosi. Dia lelaki itu, lelaki yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan mereka yang membuat masalah dengannya. Lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Lelaki yang dahagakan kuasa dan kemewahan. Dia juga lelaki yang langsung tak memberi sebarang reaksi bila isterinya dibunuh dengan kejam. Can call him as the behavior of a narcissistic person? Dia dengan rela hatinya muncul dan menyerahkan diri pada pihak berkuasa dengan alasan mahukan keadilan. Untuk apa? Itu langsung tak diketahui, tapi yang jelas bukan tuntutan atas pembunuhan isterinya. Dan pada masa yang sama, muncul seorang perempuan yang tertarik untuk mengetahui dengan lebih dalam siapa lelaki itu. "I know you're a criminal. But, who you really are?" soalnya tenang dengan mata yang tajam menikam wajah tak beriak lelaki dihadapannya itu. "They call me, The Don." balasnya ringkas dan padat. Tak bernada. Senyuman lebar terukir dibibir tapi langsung tak mencecah matanya- melihat reaksi tergamam perempuan yang berani menyoalnya itu. Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, perempuan tersebut tidak sedar akan dirinya yang kini terjatuh dalam perangkap yang sedang menunggunya. Ianya mengundang rasa hairan bukan? Bila penjenayah yang paling dikehendaki turut mempunyai penyokong atas jenayah dan kesalahan yang dia lakukan. Between the criminal and the authorities. Semuanya bakal terungkap satu-persatu. Mengapa dia? Dan apakah tujuannya dalam semua kekeliruan dan bahaya yang sedang berlaku? If a man who also knowns as a criminal demands justice, Do you condemn him or do you praise him? ACTION| THRILLER| CRIME Start: 22/05/2020 End: 01/02/2021
Sayang Aku Rindu ✔ by shahirah93
shahirah93
  • WpView
    Reads 1,324,049
  • WpVote
    Votes 12,746
  • WpPart
    Parts 58
Cerita ini adalah rekaan sepenuhnya, tiada kaitan dengan yang hidup mahu pun yang sudah meninggal dunia. cerita mengandungi unsur-unsur keju , sila pastikan umur anda sesuai sebelum membaca kalau tak selesa . pandai - pandai lah scroll laju-laju yea. dah letak papan tanda tak akan tak nampak pulak kan hihi ( jangan kecam sis yea)