snsyfqh's Reading List
4 stories
Hai Encik Lanun [C] by PuteriiKayangan
PuteriiKayangan
  • WpView
    Reads 1,306,224
  • WpVote
    Votes 95,426
  • WpPart
    Parts 61
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran Harraz Rizqi membuatkan lelaki itu rasa tercabar. Dia bertekad untuk mendapatkan tanah resort itu dengan apa cara sekalipun. Pulau Langkawi menjadi huru-hara gara-gara Harraz dan Sufiya. Setiap hari ada saja perkara yang ingin dibuat sebagai bahan bergaduh. Tanpa diduga perasaan benci mula bertukar menjadi cinta yang hadir dalam diri masing-masing. Hubungan kasih yang ingin dibina namun tidak berjaya kerana banyak halangan yang menyekat mereka berdua. "Apa masalah encik ya? Ke encik ni tak faham bahasa Melayu? Semalam saya dah bagitahu yang saya tak akan jual tanah resort ni. Itu pun tak boleh faham ke?" "Buat apa kau simpan lagi tanah resort ni Sufiya? Bukannya ada orang yang berkunjung pun ke sini. Lebih baik kau jualkan tanah ni pada aku dan kau akan dapat keuntungan yang lebih lumayan" "Tak kisahlah kalau saya rugi sekalipun, yang penting saya tak akan jual tanah ni. Jadi tolong jangan datang ke sini lagi kalau encik nak desak saya pasal benda ni. Buang masa saya je" "Degil betul kau ni Sufiya. Siapalah yang malang jadi suami kau nanti" "Suka hati saya lah! Nak degil ke apa ke! Daripada encik tu, miang macam daun keladi! Lepastu dingin! Macam ais batu!" All Right Reserve © PuteriiKayangan ⚠️Segala watak, jalan cerita dan seumpamanya adalah dari benak fikiran saya sendiri. Dilarang sama sekali menciplak mana-mana bahagian di dalam cerita saya ini⚠️ Start : 4 September 2021 End : 30 January 2022 Status : Complete ✨
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,108,188
  • WpVote
    Votes 354,444
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
Tokoh-Tokoh Islam Terbilang by hfzjsmi
hfzjsmi
  • WpView
    Reads 32,992
  • WpVote
    Votes 823
  • WpPart
    Parts 9
Di sini akan didedahkan tentang sejarah tokoh Islam yang sudah dikenali ramai ataupun yang belum dikenali ramai, kegemilangan yang dicapai oleh tokoh-tokoh Islam kepada dunia. Ada orang cakap "Dunia banyak berhutang dengan Islam", agak agak kenapa ? Kalau nak tahu lebih lanjut teruskan membaca karya ini.
Pimpin Aku Ke Syurga by Maya_Mohamed
Maya_Mohamed
  • WpView
    Reads 31,688
  • WpVote
    Votes 1,842
  • WpPart
    Parts 19
Syahzani Amar, lelaki yang mengamalkan gaya hidup songsang. Segala yang dilakukannya hanyalah demi nafsu dan keseronokan semata-mata. Hidupnya tiada peraturan dan bebas bergaul tanpa ada sekatan dosa dan haram. . "It's okay to be gay. And I think being gay is a blessing. And it's something I am thankful for every single day." - Syahzani Amar. . Namun, takdir sudah bergema. Pertemuan yang tak disangka antara dua jiwa, Ainnun Maryam terus mengubah hidup Syahzani Amar untuk selama-lamanya. Bagi Ainnun Maryam, dialah lelaki yang diimpikan selama ini. Manakala Syahzani Amar tidak mahu terus memberi harapan palsu kepada si gadis tersebut. Tatkala kasih mula berputik, cinta Ainnun Maryam ditolak mentah. Dia yang tidak mengenal erti putus asa tetap mengejar tanpa rasa penat. Dengan harapan, semoga cinta yang suci menjadi milik mereka. . "There is a million reason... pada diri awak yang tak menepati kehendak saya!" Jerkah Syahzani Amar apabila kesabarannya mula menipis. "Apa dia?" Ainnun Maryam bertanya dengan nada tenang walaupun hatinya bergelodak kencang. "Don't you get it? I am gay!" Jujur lelaki itu. Ditenung wajah bujur sireh wanita itu sedalam-dalamnya. Ainnun Maryam terpempam. Lidahnya terkaku seribu bahasa. Tanpa sedar, mutiara jernih itu perlahan menitis di lurah-lurah pipinya. Saat hati sudah terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki sebagai pemilik cinta dalam hidupnya, namun peluang itu terhempas bagai kaca yang berderaian. Ainnun Maryam redha dengan ketentuan Allah Swt. . Demi kasihnya, Ainnun Maryam dengan rasa tekad ingin mengubah Syahzani Amar menjadi manusia yang lebih baik. Menjalani hidup sebagai Hamba Allah yang diredhai. Baginya, cinta bukan beerti memiliki tetapi ianya tentang sebuah pengorbanan. Ainnur Maryam berkali-kali menagih the , namun ditolak tanpa simpati. Apakah yang dia perlu lakukan untuk menjadikan seribu kekurangan di mata Syahzani Amar itu bertukar menjadi seribu keistimewaan?