Cheritasis
- Reads 1,996
- Votes 287
- Parts 15
Tidak semua cinta bermula dengan pandang pertama.
Tidak juga dengan malam pertama.
Tambahan pula untuk Fareeq Hakam yang terpaksa berkahwin dengan Melati walaupun dia tak sudi.
Awalnya.
Hakam setuju untuk memperisterikan Melati kerana itu permintaan opah tersayang. Kerana wanita yang membesarkannya itulah akhirnya dia setuju juga berkahwin dengan Melati, si budak kampung yang dia pandang sebelah mata.
Melati itu sudahlah budak kampung, bergaya pun serupa budak kampung juga. Sudah itu, tak belajar tinggi mana dan ada hati pula mahu bekerja di syarikat Hakam. Sebab opah dah suruh dan paksa dia gajikan juga Melati di syarikatnya, dia pun turutkan saja.
Dan yang paling Hakam bengang, mulut banyak cakap Melati. Sudah serupa murai tercabut ekor saja. Semua benda nak cerita, semua benda nak kongsi. Hakam tak tanya pun, tak ingin tahu pun. Tapi tetaplah Melati nak kabo.
Melati sangka Hakam itu susah nak terima dia sebab mereka sama-sama tak pernah kenal sebelum jadi suami isteri. Jadi Melati terima saja perangai sejuk beku Hakam yang muncul sesekali. Mereka perlukan masa dan ruang makanya Melati okey saja. Tambahan pula Hakam tak pernah mengasari dia selaku isteri.
Namun bentakan Hakam di suatu masa menyedarkan Melati dia bukanlah isteri yang suaminya itu inginkan. Hakam bukan sekadar terpaksa sebaliknya dipaksa untuk menikahi dia. Nak terasa, tak boleh buat apa.
Melati mula faham mengapa Hakam tak pernah kenalkan dia sebagai isteri dengan staf-staf di pejabat.
Melati mula faham mengapa Hakam tak pernah endahkan dia sebagai staf di pejabat lelaki itu sendiri.
Hakam tak inginkan Melati sebagai isteri atau staf!
Melati saja yang sangka dia berpeluang!
Patutkah Melati yang sudah mula sedar diri mula undur diri?
Patutkah Hakam biar saja Melati undur diri lalu hilang diri?
Biar mereka tidak lagi menjadi suami dan isteri? Begitukah?