Sheramm
Истории 6
PROJEK SERAM RESTROOM - SERIAU на dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Прочтений 431
  • WpVote
    Голосов 11
  • WpPart
    Частей 6
"Jangan biar ia menguasai diri." Mak Andak tidak disenangi penduduk Kampung Serumpun sejak dulu lagi kerana mengamalkan ilmu hitam. Tiada siapa yang mampu menghalau Mak Andak dari kampung itu. Sehingga terjadi satu kemalangan yang menyebabkan Sarah terpaksa pulang ke kampung itu dan membawa Salina bersamanya. Sarjan Khalil yang mendapat laporan mengenaidengan kehilangan binatang ternakan di Kampung Serumpun menjadi hairan apabila semakin dia membuat siasatan, semakin dia merungkai misteri kisah Mak Andak.
Projek Seram Restroom - Jalan Kematian на dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Прочтений 13,725
  • WpVote
    Голосов 269
  • WpPart
    Частей 7
"Pilihlah...aku beri kau dua pilihan..." Satu demi satu ahli Geng Berlima ditemui mati di dalam tandas di Kem Serikandi. Semuanya terjadi apabila mereka menyumbat salah seorang serikandi di dalam tandas di kawasan larangan kem itu. Apa kaitannya kematian ahli Geng Berlima dengan serikandi yang menjadi mangsa kenakalan mereka? Mengapa kematiannya mesti berlaku di tandas?
Projek Seram Airport - Destinasi Terakhir на dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Прочтений 2,867
  • WpVote
    Голосов 82
  • WpPart
    Частей 7
"Buat jahat dibalas jahat!" Mengisahkan Hazrin seorang anak keluarga berada yang sangat sayangkan kekasihnya Nora. Pada suatu hari, Nora ditugaskan untuk bertugas di Indonesia dan sesuatu yang aneh telah berlaku kepada Nora yang menyebabkan mereka berpisah. Kapal terbang yang dinaiki Nora hampir terhempas. Kehadiran Fara seorang pramugari cantik menyebabkan Hazrin leka dengan cintanya. Berjayakan Nora berjumpa dengan kekasihnya semula dan siapakah yang bertanggungjawab di atas semua kejadian ini?
Projek Seram Terowong на SyasyaDeLuna
SyasyaDeLuna
  • WpView
    Прочтений 444
  • WpVote
    Голосов 7
  • WpPart
    Частей 1
SINOPSIS / TEROWONG LRT - A. DARWISY ~luar nampak manusia, tidak semestinya dia manusia~ Azlan, dalam perjalanan balik menggunakan LRT terkandas di terowong bawah tanah bersama sekumpulan penumpang yang lain. Mereka berusaha untuk keluar dan menyelamatkan diri di stesen paling berhampiran. Tetapi mereka tidak sedar di sepanjang terowong itu adalah tempat laluan lintasan makhluk halus yang turut berasimilasi dengan peredaran zaman. Berjayakah Azlan dan lain-lain mengharungi malam yang penuh kegilaan itu? Apakah mungkin pembinaan stesen sekitar tahun 90-an itu menyimpan sejarahnya tersendiri? TUMBAL TEROWONGAN TERAWANGAN - SYASYA BELLYNA ~kau ghaib pendamping berganti~ Selari dengan waktu peristiwa kontrak selang 20 tahun sekali, ia telah membuka episod baru tentang Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut. Terowong alam ghaib yang terbuka itu menghantui enam manusia yang telah ditanda pemilikan oleh qarin masing-masing. Campur tangan para pelajar sekolah agama dari Kalimantan yang dihantar oleh seseorang, membuka tabir rahsia perjanjian dua demensi. Mampukah perhubungan antara penguasa, si raja hitam dengan pewaris pesugihan dihentikan? GHAIB - ZAIFUZAMAN AHMAD ~kebenaran yang kau cari ada di sini~ Detektif Riza diminta untuk menyiasat tentang kehilangan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah lama dan elit. Bagaimanapun dia enggan untuk mempercayai yang sekolah itu berpuaka biarpun cerita itu tersebar luas. Melalui siasatannya dia berasa keliru kerana dihimpit dengan kehilangan misteri yang tidak meninggalkan jejak. Bertambah lagi apabila Jessica, teman rapat Mimie turut hilang. Bagaimanakah Detektif Riza berjaya menyelongkar rahsia di sebalik kejadian ini?
Projek Seram Cermin - Rasukan Ayunindya на dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Прочтений 123
  • WpVote
    Голосов 2
  • WpPart
    Частей 1
"Ku bawa kau dalam matiku!" Teruja untuk mengetahui apa yang terselindung di sebalik sehelai kain batik, Suraiya telah membebaskan sesuatu yang telah dipasung berpuluh tahun dahulu. Gangguan mula menghimpit. Nyawa Isya menjadi taruhan. Ayunindya bangkit untuk menunaikan sumpah. Siapakah Ayunindya? Apa kaitan antara puaka itu dengan Isya? Apakah yang dituntut daripada Isya? Adakah Isya menjadi korban Ayunindya?
Projek Seram Tren - Ghaib на dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Прочтений 2,578
  • WpVote
    Голосов 111
  • WpPart
    Частей 6
"Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! " Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila ketiga-tiganya hilang tanpa dikesan di Stesen Keretapi Lama secara tiba-tiba. Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah ada yang terkorban akibat kemarahan roh tidak tenteram yang mengganggu tiga perompak itu?