Novel
15 cerita
Ti Amo Sweetheart 100 Hari oleh liyanaafifahla
liyanaafifahla
  • WpView
    Bacaan 4,442
  • WpVote
    Undian 50
  • WpPart
    Bahagian 1
Ditinggalkan selama dua tahun tanpa sebab oleh suaminya membuatkan Malissa nekad ke Florence, Itali demi sebuah jawapan.Takdir seperti ingin memberikan mereka peluang kedua apabila Dina, anak Iskandar masih mengenali Malissa dan tidak boleh berjauhan dengan mama yang telah menjaganya semenjak hari pertama dia dilahirkan. Apabila Dina jatuh sakit gara-gara Iskandar memisahkan mereka, Iskandar membuat satu tawaran yang Malissa terpaksa akur untuk terima semata-mata kerana Dina. Hubungan mereka kemudiannya tak ubah seperti majikan Dan babysitter. Namun... saat kebenaran telah terbongkar, Iskandar nekad untuk memburu cinta Malissa semula."Fine you can just hate me Lisa. But please. Stay with me for one hundred days. Selepas itu, baru Lisa buat keputusan untuk bersama abang dan Dina atau tidak."Iskandar."Seratus hari tu takkan ubah apa-apa!"Malissa. Sehabis daya Iskandar cuba mendapatkan kembali kepercayaan dan cinta Malissa. Ego dan dendam membuatkan tidak mudah bagi Malissa memberikan peluang kedua untuk Iskandar. Sebelum tamat tempoh seratus hari itu, mereka terperangkap sekali lagi dalam cinta yang mengasyikkan. Janji ditemerai semula dan Kota Venice menjadi saksi mereka bersemi kembali namun, badai menimpa sebaik sahaja mereka pulang ke Malaysia. Mummy Iskandar, Datin Seri Ainon dengan agendanya. Hilman yang menagih kasih Malissa. Dapatkah mereka menangkis segala taufan yang mendatang atau gelora cinta mereka akan terhenti begitu sahaja?
VVIP Dihatiku oleh karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Bacaan 77,592
  • WpVote
    Undian 1,780
  • WpPart
    Bahagian 15
Perigi mencari timba? Ya, itulah yang dilakukan oleh Airin Nadia dalam menjalankan misi untuk mendapatkan lelaki idamannya. Dia tidak kesah untuk memikul gelaran itu kerana jodoh perlu dicari, tidak boleh duduk diam. Jika dia tidak mulakan, sampai bila-bila pun lelaki idamannya itu tidak akan tahu isi hatinya. “Fiq, boleh aku tunggu sampai kau balik?” – Airin Nadia “Tunggu aku? Untuk apa?” – Fiqri Aiman “Saja. Nak membazirkan masa.” – Airin Nadia "Tunggulah. Insya-Allah it will worth for us.” – Fiqri Aiman Namun, harapan dan penantian Airin Nadia musnah tatkala lelaki yang dicintainya itu kembali kepada kekasih lamanya, Syasya. Ketika itu pula, munculnya Tengku Haikal yang sangat menyayangi Airin Nadia. Dek rasa sedih dan kecewa dengan lelaki idamannya itu, Airin berusaha memberikan peluang kepada Tengku Haikal. “Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?” – Tengku Haikal Dua kali Tengku Haikal melamar Airin dan sebanyak kali itu jugalah hati Airin berbelah bahagi untuk menerima. Sehinggalah Airin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Melbourne, kota yang dihuni oleh cinta pertamanya. Dia tidak mampu membohongi diri sendiri dengan menciptakan alasan kedatangannya ke kota itu hanya untuk belajar, kerana hatinya itu masih bergetar walaupun hanya saat nama Fiqri Aiman disebut. Tajuk: VVIP Di Hatiku Penulis: Fatin Hassan Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-79-2 Harga: RM27(Semenanjung) // RM30(Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni
Wanita Bertudung Tundukkan Aku oleh athirahbella
athirahbella
  • WpView
    Bacaan 61,254
  • WpVote
    Undian 1,317
  • WpPart
    Bahagian 37
Nabil Idraaki. Seorang anak kepada salah seorang ahli korporat terkenal tanah air yang mempunyai ego yang sangat tinggi. Hidupnya yang sentiasa dibanjiri kemewahan membuatkan dia memandang rendah terhadap orang bawahannya. Adira Husna. Seorang remaja pelepasan universiti yang mempelajari bidang architecture ingin mencari kerja di mana-mana syarikat yang sanggup mengambilnya bekerja berdasarkan kelulusan yang ada padanya. Dari seorang secretary tiba-tiba bertukar menjadi seorang isteri akibat satu kes pada hari itu. Dirinya yang sentiasa mengikut arahan mengiyakan sahaja keputusan ibu bapanya. "Aku akan pastikan kau akan merana hidup dengan aku dan aku akan terus membenci kau sampai bila-bila." ~Nabil "Saya tahu saya tak layak berdampingan dengan awak. Saya tidak sempurna seperti girlfriend awak." ~Adira Adakah Nabil akan memegang kata-katanya apabila pintu hatinya telah terbuka untuk si isteri? Sanggupkah dia untuk membenci isterinya apabila cinta sudah mula berputik dengan kehadiran cahaya mata? "Abang hanya ungkapkan ayat ni dekat sayang je." "I love you"
Mr.tengku Vs Mrs.engku oleh _dyraa
_dyraa
  • WpView
    Bacaan 83,196
  • WpVote
    Undian 2,675
  • WpPart
    Bahagian 26
Kata orang jangan terlalu membenci kerana lama kelamaan akan terjatuh cinta dengan insan tersebut Adakah itu yang akan terjadi kepada mereka? Mungkin YA ataupun mungkin juga TIDAK Kerana masih ada pendengki dan penghancur cinta!
Psychiatrist in Love ((On Hold)) oleh eisyiaasyaa
eisyiaasyaa
  • WpView
    Bacaan 8,608
  • WpVote
    Undian 450
  • WpPart
    Bahagian 19
Hanna Hura binti Abdullah Lee - gadis berdarah kacukan Malaysia + Korea . wajah persis artis korea tapi berjiwa melayu . agak anti dengan makhluk yang bernama 'lelaki' . seorang psychiatrist . Tengku Aryan bin Tengku Umar - handsome tapi anti dengan perempuan . bukan gay okay . memiliki penyakit kecelaruan identiti . ataupun DID . Aiden - personaliti kedua Tengku Aryan . mempunyai perangai yang bertentangan dengan Tengku Aryan . akan update setiap hari selasa dgn ahad . itupun kalau author tak busy . kalau ada banyak lagi masa lapang author akan update tak ikut hari yang author tetapkan okay .
+6 lanjut
HINGGA AKHIR NAFASKU oleh AwaaHaris
AwaaHaris
  • WpView
    Bacaan 22,836
  • WpVote
    Undian 281
  • WpPart
    Bahagian 7
BLURB *** "Cinta pertama bagi setiap anak perempuan... Her daddy." Nurul Ain tidak tahu, cinta pertamanya itu seharusnya Awang Kader, ayah kandungnya yang menjadi punca kelahirannya di dunia ini, bukan Abdul Halim, ayah angkatnya. Di mata Awang Kader, Nurul Ain ialah Dayang Nur Aishah, bukti cinta dia dengan wanita paling dikasihinya. Atas satu insiden yang memilukan, Aishah dibawa pergi jauh daripadanya berpuluh tahun. "Saya dah jatuh cinta. Hati dah jatuh bergolek. Tak boleh nak bangun dah." - Irfan "Siapa?" - Nurul Ain "Rahsia." - Irfan "Nurul sedang belajar menerima satu perubahan. Cuba untuk mencintai papa, mama... And how about me? Cuba menyayangi saya juga?" - Tengku Hanif "Kenapa tidak? Kita satu keluarga, kan?" - Nurul Ain Tengku Hanif dan Irfan - Mereka berdua ditakdirkan untuk mencintai perempuan yang sama. Setelah terpaksa menelan pahitnya cinta tidak berbalas, Irfan nekad kali ini dia tidak akan tunduk mengalah. Demi menjaga sekeping hati yang sedia diketahui nyaris rabak, Tengku Hanif bersedia untuk mengundurkan diri. Apatah lagi mengenangkan status yang berkalung di pundak sendiri sekadar 'abang' semata. Maka sisa hidup yang kekal menganyam bunga cinta dipenuhi dengan usaha meletakkan Nurul Ain di takhta 'kerajaan' Awang Kader meski gadis itu keras menolak. Badri. Kehadirannya yang lebih awal dalam hidup seorang Nurul Ain membuatkan Irfan dan Tengku Hanif tergugat. Siapa Badri dalam kelongsong kehidupan Nurul Ain? "Badri anak yang baik. Beruntung pak cik ada anak macam dia." Hakikat rasa yang menghuni hati mana mungkin mampu dilihat oleh mata kasar. Laksana rahsia bagi setiap lapis jiwa manusia. Cinta, kasih sayang, dendam dan benci seumpama adunan yang menentukan ke mana hati itu pergi. "Aishah, kau sepatutnya ghaib ditelan perut bumi. Seharusnya kau tak ditakdirkan pulang kembali!" Apakah kemunculan Nurul Ain kembali pada tempat asalnya adalah suatu rahmat atau penamat kepada sebuah tragedi berdarah itu?
Seorang Athirah oleh amaliamasrom
amaliamasrom
  • WpView
    Bacaan 11,003
  • WpVote
    Undian 428
  • WpPart
    Bahagian 8
Kisah tentang Athirah.
The Past Between Us oleh _juliaayu
_juliaayu
  • WpView
    Bacaan 1,444
  • WpVote
    Undian 76
  • WpPart
    Bahagian 13
MULA-MULA Mr. Red block kereta Elena sampai Elena viral satu Malaysia. "Saya parking tak sampai lima minit. Takkan cik tak boleh tunggu sekejap?" Kali ke dua jumpa mamat tu, di syarikat kak long. Okey, ini salah Elena sebab dia pergi ambush pejabat kak long dan serang Emir Redza aka Mr. Red. "Semalam you tanya manners I, Sekarang I tanya you, mana manners you? Terjah ofis orang sesuka hati." Kali ketiga jumpa.. Elena 'dipaksa' naik BMW yang dia pernah sumpah seranah disebabkan Mini Coopernya boleh pula buat-buat sakit. Kan tak pasal-pasal kena teman Mr. Red makan. "El terima kasih teman I makan. You bolehlah tulis tarikh hari ini dalam diari you." "Tulis apa?" "First date kita." "Please lah!" ORANG cakap kalau dah tiga kali keluar bersama maknanya there's something going on tapi mana mungkin sebab dalam hati Elena sudah terpahat nama Muhamad. Tapi siapa sangka kali ke empat bertemu, Elena sendiri hulur tangan tanda sebuah persahabatan bermula. Tapi huluran tangan Elena dibalas dengan satu kejadian ngeri dalam hidup seorang Elena Sofea. "You... Pembunuh!" - Elena TIGA tahun berlalu, Elena Sofea masih simpan dendam biarpun Redza ada depan matanya kembali! "El sendiri yang cakap dengan Mak Wa yang El nak cari jawapan pada semua persoalan hati El tu." "Salah ke apa yang El buat?" "Tak salah selagi El tahu tanggungjawab El. El dah jadi isteri kepada Redza. El kena hormat dia. El tahu kan syurga El ada pada Redza?" Elena angguk kepala. Dia perangkap dirinya sendiri dalam sangkar Redza demi sebuah jawapan. MAMPUKAH dia menerima rahsia kisah lalu antara mereka?
Yang Sebenarnya Aku Tetap Sayang - eBook oleh Donbesad
Donbesad
  • WpView
    Bacaan 4,963
  • WpVote
    Undian 99
  • WpPart
    Bahagian 13
Azhan yang sukar menerima takdir keluarganya bila ayah menduakan ibunya di saat ibunya sedang bertarung nyawa. Hanya kerana itu, hubungan yang ada kian renggang dan cukup dingin. Pemergian arwah ayah dan ibu tirinya dalam satu kemalangan pula menambah duka di hati Azhan dengan kehadiran dua insan yang tidak berdosa, Aqif dan Sofia. Amanah yang perlu jaga tanpa kerelaan Azhan. Tapi kehadiran kedua-duanya sedikit pun tak mengubah keadaan. Malah hanya menambah kedinginan hubungan Azhan dan umminya yang sering membela Aqif dan Sofia. Azhan berterusan rasa tersisih walaupun dalam keluarga sendiri. Dia menjauh meskipun kebajikan amanah yang tergalas di bahunya tetap terjaga dengan baik. Hinggalah berlaku lagi insiden yang membuatkan kehidupannya berubah lagi tanpa dipinta. Takdir berterusan memilihnya. Kehadiran Aneera tepat pada waktunya dalam dia tak punya pilihan lain. Namun, mampukah Azhan kembali merasa bahagia dengan takdir yang tidak mampu ditolak?
why? oleh unknownrie
unknownrie
  • WpView
    Bacaan 11,611
  • WpVote
    Undian 332
  • WpPart
    Bahagian 10
cinta jarak jauh menyakitkan ke? adakah akan berkekalan? agak agak setia tak?