fantasy/action
24 stories
𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒 by Niemza
Niemza
  • WpView
    Reads 94,504
  • WpVote
    Votes 10,835
  • WpPart
    Parts 47
[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota Metropolitan Rionzess. Hanya itu! Namun, segalanya berubah dalam satu malam. Arash ternampak sebuah meteor membelah langit malam itu lalu menghentam bumi. Tanpa diduga, sebuah gelombang aneh melanggar tubuhnya dan dia pengsan di situ. Meteor itu mencetuskan kekecohan di Rionzess. Tetapi, dua beradik ini tidak peduli. Arash hanya mengetawakan yang huru-hara yang dicetuskan remaja termutasi berkuasa super. Baginya, itu mengarut! Sampailah dia sendiri memliki kuasa itu. Eizham ketakutan, sebab semua remaja termasuk adiknya akan ditangkap untuk mengesan siapa yang termutasi. Dia cuba menghalang, namun tentera kerajaan pusat tetap membawa adiknya pergi. Arash berdepan cabaran dan masalah yang tidak diduga. Kerajaan Daviex masuk campur dalam ujian saringan itu dengan memaksa semua remaja Rionzess yang ditangkap untuk bermain sebuah permainan di dunia 'Virtual reality'. Masalahnya, dalam permainan bunuh-membunuh itu, semua orang akan hidup pada akhirnya. Semua, kecuali para Meteoris iaitu mereka yang termutasi. Dan, Arash ialah seorang Meteoris. [Sloooooow Update.]
 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C) by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 147,429
  • WpVote
    Votes 14,832
  • WpPart
    Parts 112
Apa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahun selepas perginya insan tersayang,kosong dan tiada hala tuju walaupun ada puluhan ribu anak buah. Dia memilih hidup sendirian di sebuah dojo lama,peninggalan mendiang ayahnya. Satu hari kehidupan dia berubah apabila seorang dewi muncul di hadapannya,diburu oleh seseorang yang berpangkat dewa. Sanzo mengambil keputusan untuk melindungi dewi tersebut,Pheara The Goddes of Valkryie daripada ancaman dewa penghukum Igdes dan dewi licik Aena serta 7 Angel. Tidak lama muncul Brollmuthaz atau Tezuka,demon dan calon raja demon menumpang bersama di dojo. Muncul pula Elene si Valkryie yang berkhidmat di bawah Pheara,selepas itu dojo yang sunyi menjadi ceria dengan kehadiran ibu Tezuka iaitu Sophie dari dragon clan selepas diselamatkan oleh Sanzo. Adik-beradik Tezuka turut ikut duduk bersama,Amreadous dan Astia kemudian Aphys yang hampir mati diserang terjatuh ke bumi namun sempat Sanzo selamatkan. Yamasato Sanzo "Aku tak peduli jika kau dewa,tetapi jika kau lari jauh dari tugasan kau.. Aku akan betulkannya." Pheara The Goddes of Valkryie "Saya akan berjuang untuk keadilan,untuk dewa dewi dan juga manusia..." Brollmuthaz/Tezuka or Tez "Kau seorang dewa tetapi cara kau,buatkan darah aku mendidih!" Elene The Valkryie "Saya hanya berkhidmat untuk seorang sahaja,Pheara.." Aphys Goddes of Sky "Kenapa ibu bencikan saya? Kenapa? Beritahu saya!" Sophie The Dragon Maiden "Walau dewa sekalipun lakukan kesilapan? Ironinya.." Irish Goddes of Battle "Apa yang sudah aku lakukan? Apa yang berlaku selama ini?!" Igdes God of Extermination "Manusia hina? Berani kau melawan aku?!" Aena Goddes of Trick "Aku bencikan kesenangan kau Pheara.. Aku akan hancurkan kau!"
LEON: THE TIME CONTROLLER by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 114,364
  • WpVote
    Votes 9,847
  • WpPart
    Parts 107
Kuasa untuk mengawal masa. Cool isn't? Bagi aku kuasa ni tidak lain hanyalah sebuah sumpahan. Nama aku Leon A. Einsley. Aku mempunyai kuasa untuk mengawal masa. Sebuah kuasa yang agak unik dari salah satu Supreme Gods and Goddesses, iaitu Dewi Ashriel. Tidak lupa juga, aku hidup di mana dunia ini seringkali diserang oleh makhluk digelarkan sebagai Unknown. Kami, para pahlawan yang mempunyai pelbagai jenis kuasa ini tidak boleh melawan Unknown sendirian. Sebab itu kami mempunyai pasangan yang mempunyai kelebihan untuk berubah menjadi senjata. Digelarkan sebagai Human Weapon. Pasangan aku? Ada. Namanya Sarah J. Robert. Seorang gadis berambut merah yang agak ganas sikit dan pantang berputus asa. Walaupun aku mempunyai kelebihan untuk mengawal masa, aku tidak tahu apa yang terjadi pada masa hadapan. Adakah hidup aku berakhir dengan tirai kegembiraan atau tirai kesedihan?
The Last Great Magician [Completed] by Lais_Arsalan
Lais_Arsalan
  • WpView
    Reads 91,418
  • WpVote
    Votes 9,104
  • WpPart
    Parts 99
(BOOK 5 - Tempest Trilogy / Felidae Felis Catus) Sejak kecil, Asa terpaksa menjadi lebih matang dari usia sebenar disebabkan oleh situasi di sekelilingnya dan keluarga sendiri. Keluarga Asa merupakan tukang tilik yang terkenal. Perniagaan keluarga mereka adalah menjual barangan magik dan menilik nasib orang. Sejak kecil dia dan keluarganya diejek membuatkan Asa semakin lama semakin jauh dari manusia dan dia menutup pintu hatinya. Asa tak percayakan sesiapa. Asa cuma ada dirinya. Dunia Magik? Dia tak percayakan dongeng yang menjadi pilihan datuknya setiap malam untuk bercerita sebelum Asa tidur. "Hei." sehinggalah satu suara menegur. "Nama aku Lazarus." "Macam mana kau jumpa aku?" --- Asa. "Dalam diri kau mengalir darah keturunan The Great Magician, Alexander Laurence Remington." --- Lazarus. Asa menerima jemputan untuk ke Dunia Magik melalui keluarganya. Dia diterima masuk ke Akademi Magus, sebagai pelajar mewakili Dunia Manusia. Keluarganya dengan rela hati telah menghantar Asa ke Dunia Magik. Kini, dia duduk di atas katil sambil berhadapan dengan seekor kucing hitam. Sepasang mata bulat yang merenung ke dalam mata Asa itu kelihatan seperti basah dan bersinar. Anak mata itu berlainan warna, sungguh menakjubkan. Asa menekup wajah dengan sebelah tangan. Dia mengeluh. "Aaah~ kau boleh tinggal sini." dengan berat hati, dia akhirnya menjadi tuan kepada kucing tersebut. Sejak itu, pengembaraan Asa di Dunia Magik bermula. Hidupnya berubah 360°. "Asa, Asa~" --- Mao Mao. "Mao Mao, diam." --- Asa. Ini kisah pengembaraan The Last Great Magician bersama kucing tersayang dan Lazarus sebagai orang ketiga. "Cis..aku juga yang menyemak?" --- Lazarus. ************** ##Siri dunia magik. ##sambungan felidae felis catus dan tempest trilogy.
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend by MrSky03
MrSky03
  • WpView
    Reads 157,998
  • WpVote
    Votes 8,584
  • WpPart
    Parts 65
(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah apabila atuknya yang menjaga sejak dari kecil mati kerana berjuang Selepas sekian lama,Kakaknya pula pergi meninggalkannya seorang diri. Dia mula menghilangkan diri untuk mencari punca sebenar kematian kakaknya dan kembali muncul. Semua rakannya terkejut dan gembira.Kerana seorang kawan yang selalu susah senang bersama muncul kembali. Namun langit tidak selalunya cerah,Apabila dia memasuki Akademi dan berjumpa dengan seorang lelaki.Rahsia demi rahsia yang telah terbongkar,hatinya kembali perit. ******** "Eym,cantikkan bulan tu..." "Urmm,memang cantik..." "Awak tahu tak.Apabila kita merindui seseorang,kita lihat bulan.Mungkin rindu kita boleh berhubung melalui itu" "Tapi awan sentiasa menghalang kita dari melihat bulan.Seperti manusia juga,apabila kita sudah bahagia.Ramai yang ingin menghalang kita untuk menghancurkan kebahagiaan itu. "Ermmm.Jauh sangat tersasar ayat kau tu..." "Hihihi,awak senyap je lah.." ********** "Jangan pernah berserah.Berjuanglah selagi mampu.Kamu perlu kental menghadapi ujian ini.Ia sudah ditakdirkan untuk kamu" "Tapi kenapa saya!Saya sudah kehilangan semuanya.Kenapa saya yang perlu menjalaninya!" "Sebab kamu istimewa.."Ujarnya tersenyum #First Story
LEFT HAND OF GOD™ by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 23,645
  • WpVote
    Votes 2,709
  • WpPart
    Parts 56
Dendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan-rakannya dan insan tercinta. Zack Lewis,individu yang dianggap pengkhianat dan diburu oleh Hafez. Sepanjang pengembaraan Hafez,dia bertemu beberapa orang yang mengubah tujuan hidupnya. Erica Von Hildabrane,gadis naif yang ingin bebas tanpa kongkongan keluarga. Jeanne de'Arcane,wanita yang dipaksa menjadi boneka oleh ayahnya sendiri. Sakura Kirino,gadis yang dijual oleh puaknya sendiri. Tindakan Hafez menyelamatkan tiga gadis itu,mengubah tujuan hidupnya dari terus menuntut dendam kesumat. Apa yang menunggu mereka? Kegembiraan? Atau Mereka kekal dirantai nasib yang teruk?
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™ by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 114,938
  • WpVote
    Votes 9,541
  • WpPart
    Parts 105
SILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang saudara akan tetap berterusan. Farhan Tuzeman salah seorang dari Lima Elemen Naga,menyedari dan nekad untuk memberi keseimbangan setiap keamanan selagi dia boleh. Dia menyedari perkara selepas bertemu dengan Fara Darweez,salah seorang manusia yang diubahsuai ataupun lebih tepat Cpu-biologi. Farhan Tuzeman "Aku tak suka menyibuk hal orang,tapi kalau kalau mereka dalam kesusahan..aku tidak akan teragak-agak.." Fara Darweez "Saya mungkin dikatakan senjata hidup,tapi saya manusia..!" Taufeq Tuzeman "Lightning Knight,at your service!!" Haikal Al'Jazreen "Menjadi seorang pahlawan handal seperti master aku,bukan perkara mudah dan aku sedar tu.."
THE NEXT HEIR [Completed] by purple_rea
purple_rea
  • WpView
    Reads 316,641
  • WpVote
    Votes 25,023
  • WpPart
    Parts 126
Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu pewaris keturunan Dragna demi mendapatkan jiwa mereka. Dalam diam juga, seorang pemburu sudah berada di antara mereka. Selamatkan jiwa... Selamatkan generasi... Jangan biarkan mereka peroleh apa yang mereka mahukan. P/s:sambungan Iezzi:The Last Hope
Book 3: Aryan The First Prince [✓] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 175,304
  • WpVote
    Votes 17,025
  • WpPart
    Parts 58
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menjadi taruhan. Chronos masih dahagakan darah Angele. Will Aryan, The First Prince fullfill his destiny? **** Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince
KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS]  by KhaiShif
KhaiShif
  • WpView
    Reads 210,888
  • WpVote
    Votes 19,668
  • WpPart
    Parts 48
(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki, putera sulung kerajaan Esfahan. Namun pangkatnya sebagai putera sama tarafnya dengan seorang hamba. Diberi layanan seperti sampah tiap kali kakinya melangkah keluar daripada istana raja. Malah hampir seluruh rakyat kerajaan Esfahan membenci dirinya . Cerita ini bermula pada ketika dia berumur 5 tahun lagi , apabila sang peramal terhebat iaitu Irulan datang menjejak kaki ke istana kerajaan Esfahan. Hanya untuk memberitahu bahawa ' Ada yang terkuat daripada yang terkuat akan memerintah Dunia 'dalam kalangan keluarga diraja itu . Ramalan tersebut berjaya mengaburi mata raja dan permaisuri, kerana ketika itu permaisuri Daisy kebetulan mengandung anak kedua keluarga diraja kerajaan Esfahan. Malah mereka beranggapan bahawa 'yang terkuat' itu adalah anak yang berada dalam kandungan permaisuri Daisy kerana Kirito Sasaki adalah seorang yang 'cacat' . Dia langsung tidak memiliki kuasa seawal usia mudanya yang ketika itu berumur 5 tahun. Bukan seperti kanak - kanak yang lainnya, yang memiliki kuasa seawal usia mereka 3 tahun lagi. Tetapi tanpa mereka sedari, Kirito Sasaki memiliki daya IQ yang tinggi. Pemikirannya jauh lebih matang daripada orang dewasa di luar sana. Hal ini membolehkan dia mengetahui keadaannya yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri kerana tidak mampu membanggakan mereka dengan kuasa. Perkara ini tidak berlarutan lama apabila, ada yang sedang bangkit di dalam diri Kirito Sasaki secara perlahan-lahan. Malah bakal mengubah persepsi rakyat kerajaan Esfahan suatu hari nanti. || Pewaris sebenar underworld bakal bangkit ||