Sweet ❤💍
3 stories
PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD) by Blqs_Rose
PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD)
Blqs_Rose
  • Reads 386,263
  • Votes 31,332
  • Parts 38
# 1st Kingdom Chronicles | 𝕴𝖓𝖉𝖊𝖗𝖆𝖑𝖔𝖐𝖆 -﷽- Aku memang seorang puteri. Nama diberi Puteri Sarahana Sayang Binti Putera Riayatun Shah. Aku puteri yang dambakan sebuah kesederhanaan. Aya kata aku unik. Aku nak jadi cinderella. Tapi aku tak ada ibu dan kakak tiri untuk melengkapkan cerita. Aku nak jadi Snow white. Tapi aku tiada ibu tiri yang perangai macam penyihir. Aku nak jadi macam... Eh kau. Bersyukurlah Puteri Sarahana oii! Ada umi yang baik hati walaupun suka membebel. Ada baba yang sporting walaupun tegas. Dan ada abang-abang dan adik-adik lelaki yang ramai walaupun hampeh. Di luar istana, nama aku Sarahana. Orangnya baik. Lemah lembut? Sopan santun? Boleh tahanlah. Tapi dalam istana, aku adalah seorang Puteri. Yang suka memberontak. Degil. Langgar peraturan. Langgar curfew. Well that's normal. Semua penghuni istana dah masak dah dengan perangai aku. Dan dengan penuh rasa terpaksa, aku kena praktikal di Istana Besar. Tak menarik pun kisah istana ni. Bagi akulah. "Maaf tapi awak seorang sahaja yang kena tarik masuk bahagian protokol pemakaian diraja." Serius lah? Ah sudah. Pandai betul praktikal ni bergurau dengan aku. "Beta tak mahu panggil awak babygirl. Bukan tesoro. Bukan juga honey. But i shall call you my espresso." Tak sweet betul Putera Mahkota ni. Apa barang panggil aku espresso? "Tapi kenapa espresso Tuanku?" "Espresso is my favorite. And so are you." Apakah? Aku tak tahu sama ada aku patut... A) Jatuh cinta? B) Berdiri macam patung? Atau... C) Gelak terguling? Putera Mahkota saja nak berlawak dengan aku agaknya. "I've fallen for you." Tapi Putera Mahkota itu jatuh cinta dengan aku yang 'di luar istana'. Dia belum tahu lagi macam mana perangai aku di dalam istana. Kalau dia tahu, dia tetap akan suka aku ke. "Raja tak lengkap tanpa permaisuri. Oleh sebab itu bonda dan ayahanda beta datang merisik Tuan Puteri Sarahana Sayang. Untuk menjadi isteri beta." Start: 3 May 2020 End:--
Aku Suami Kau Isteri ✅ by anissyaaa
Aku Suami Kau Isteri ✅
anissyaaa
  • Reads 3,954,718
  • Votes 85,136
  • Parts 66
"Mana kau tahu aku tak ada perasaan?" tingkah Danish. "Yalah, awak tu nak senyum pun susah," "Habis tu kau nak aku senyum macam orang gila kat tepi jalan baru ada perasaan?" ujar Danish. "Tak payah! Sebab awak tu memang dah tak betul!" Qira membalas geram disertai jelingan tajam. Hari demi hari Qira dan Danish bertikam lidah. Danish dengan sikapnya yang dingin dan sukar mengalah sentiasa menjengkelkan Qira. Namun begitu, ada sesuatu mengenai diri Danish yang membuatkan gadis bernama Qira ini menjadi istimewa dalam hidupnya. Danish tak pernah mengenal erti cinta sebenar jadi sebagai isteri ianya menjadi tanggungjawab Qira untuk menjagar suaminya erti cinta. "Wei mak nenek, kau kena ingat aku ni suami kau tu isteri," "Tahulah!" Semakin hari, Qira semakin mengenali Danish. Walaupun Danish sentiasa dingin namun lelaki itu sentiasa berada di samping Qira di saat gadis itu memerlukan seseorang. Sikap Danish berbeza apabila dia bersama Qira. Tanpa Danish sedari hatinya sudah mula menyayangi sang isteri. "Aku takkan lepaskan Qira walau apapun yang berlaku. Dia isteri aku, aku akan jaga dia sehingga nafas terakhir aku," " Danish?" "I said call me abang," pinta Danish tegas. Qira sekadar tersengih. ***** P/s : This is the ideas that has been written only for draft . So, there will be many grammatical error, and typo. Give my story a chance and don't forget to vote my story and leave comment. Enjoy reading...
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
Tuan Zarief Khairil (Completed)
AinaNabilaAzman
  • Reads 1,765,498
  • Votes 73,675
  • Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL