Novel Terbitan Lucyana
5 dzieł
ᴄʀᴜꜱʜ, ɴᴇxᴛ ᴅᴏᴏʀ! autorstwa iamlucyanaf
ᴄʀᴜꜱʜ, ɴᴇxᴛ ᴅᴏᴏʀ!
iamlucyanaf
  • Odsłon 34
  • Głosy 9
  • Części 4
Bercakap tentang crush, sudah pastilah ramai di kalangan kita semua ada dan pernah crushkan seseorang bukan? Begitu juga dengan Liyana Syakil. Seorang gadis yang baru saja tamat pengajian sarjana muda di Malaysia dan terbang jauh ke Korea Selatan hanya untuk bercuti di rumah ibu saudara. Siapa sangka kehadiran Liyana di kejiranan sebuah apartmen mewah pada hari pertama dia jejakkan kaki di Korea telah membawa kepada huru-hara yang amat dahsyat! "Apa ni? Lepaskan sayalah... Awak ni siapa, ha? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba main tarik tangan saya?" - Liyana Syakil. Pertama kali bertemu, Liyana dikejar wartawan gara-gara tertangkap dia sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki yang dia langsung tak kenal siapa. "Aku perlukan kau untuk jadi kekasih aku sementara waktu. Kau nak aku bayar berapa? Bagi tahu saja, nanti manager aku akan uruskan semuanya." - Kim Hanbin. Semua percaturan itu kerja gila! Dia ke sana untuk bercuti, bukannya untuk menjadi kekasih kepada lelaki yang dia sendiri tak kenal siapa gerangannya. Namun begitu, kejadian dikejar wartawan setiap hari buat Liyana tidak keruan. Daripada musuh, bertukar menjadi crush! Mampukah Liyana bertahan sepanjang tempoh dia menjadi kekasih palsu Kim Hanbin?
𝐂𝐎𝐋𝐃 𝐒𝐔𝐌𝐌𝐄𝐑: 𝐔𝐧𝐜��𝐨𝐧𝐝𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐋𝐨𝐯𝐞 [𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐔𝐊𝐀𝐍] autorstwa xxnrubyxx
𝐂𝐎𝐋𝐃 𝐒𝐔𝐌𝐌𝐄𝐑: 𝐔𝐧𝐜𝐨𝐧𝐝𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐋𝐨𝐯𝐞 [𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐔𝐊𝐀𝐍]
xxnrubyxx
  • Odsłon 1,161
  • Głosy 81
  • Części 5
TERBITAN LUCYANA PUBLCATION BLURB MINA, seorang gadis yang menuntut di sebuah universiti tempatan di samping memiliki perwatakan kasar. Pantang jika ada yang mengusik atau memperlekehkan sahabat baiknya sendiri. JAE, merupakan seorang sahabat baik kepada Mina. Meskipun dia seorang lelaki, tetapi perangai lemah gemalainya seringkali disalah ertikan seterusnya menjadi bahan ejekan orang sekeliling. Adanya Mina di sisi, membuatkan dirinya terasa selamat kerana sentiasa dilindungi. Malang tidak berbau, Mina terpaksa meninggalkan segala impian mengejar cita-cita dan persabahatan dek musibah yang menimpa keluarga. Jae ditinggalkan terkapai-kapai bertemankan harapan agar Mina kembali. Lima tahun berlalu begitu pantas. Kemunculan Mina bersama seorang kanak-kanak bernama Changbin cukup membuatkan Jae tergamam. Mina telah bergelar seorang ibu! Kedatangannya ke Seoul hanyalah satu, yakni mencari semula bapa kepada anaknya. Atas dasar persabahatan, Jae sedaya upaya membantu Mina tidak kira apa jua halangan yang mendatang dan mencengkam keadaan. Tanpa Jae sedari, hubungan persahabatan perlahan-lahan bercambah menjadi cinta. Bagaimanakah caranya Jae menakluki hati Mina di saat dia menggenggam sebuah lipatan rahsia daripada sahabat sendiri? "Kau boleh terus jaga hati Changbin... tapi siapa nak jaga hati kau kalau kau tahan tangisan tu, Mina?" - Im Jaebum "Kau tahu, Jae. Sejak Changbin hadir dalam hidup aku, banyak benda dah berubah..." -Yoon Mina. ❤️COLD SUMMER: UNCONDITIONAL LOVE ❤️PENULIS: RUBY.N ❤️GENRE: ROMANCE + KOMEDI ❤️414 MUKA SURAT TERMASUK KULIT BUKU ❤️UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI: 011-18545793
sʜᴇ's ᴍʏ ɢɪʀʟ  [ Terbit ] autorstwa iamlucyanaf
sʜᴇ's ᴍʏ ɢɪʀʟ [ Terbit ]
iamlucyanaf
  • Odsłon 16,028
  • Głosy 459
  • Części 12
👉 Boleh baca versi terbitan di main account penerbit @LYPUB-OFFICIAL Kim Hyo Jin merupakan seorang gadis yang ceria dan kasar. Dia tinggal bersama ibu saudaranya setelah kematian orang tuanya. Kemunculan keluarga Byun dalam situasi yang sangat memerlukan telah mengubah seluruh kehidupannya. Namun, kehadiran Hyo Jin telah menimbulkan prasangka buruk dalam mata seluruh keluarga barunya ini. Mereka mengganggap dirinya sebagai mata duitan. Tiada sesiapa yang menyenangi kemunculannya. Terutama sekali anak kedua keluarga Byun yang sering memandang Hyo Jin dengan kesinisan. "Tunggulah aku kaya dulu, baru aku keluar dari sini." - Kim Hyo Jin. Byun Baekhyun pula seorang remaja lelaki yang sukakan kehidupan bebas selepas kehilangan adik perempuannya. Anak kedua keluarga Byun ini turut mempunyai satu misi, yakni ingin mengusir si 'musuh ketat' agar keluar dari rumahnya. Siapa lagi kalau bukan Hyo Jin? Melihat wajah gadis itu setiap hari sering membuat nafas Byun Baekhyun terasa sesak! "Selagi kau ada dekat dalam rumah ni, selagi tu hidup aku tak akan aman!" - Byun Baekhyun. Mereka berdua bagaikan langit dan bumi. Bertemu di bawah awan bertemankan langit sunyi. Pertengkaran sentiasa berlaku, membuatkan masing-masing semakin ego untuk mengaku. Di mana ada hati yang telah terusik, dan tanpa sedar mula berharap untuk menyatu. Mampukah dua orang insan ini tinggal bersama dalam tempoh yang lama? Jika mampu, adakah ada peluang untuk mereka meluahkan rasa yang terpendam di dada? ✏ START : 13 SEPTEMBER 2019 ✏ END : 25 DECEMBER 2019 🎖LA MEILLEURE FANFICTION - RAMADHAN AWARD 2020. 🎖THE BEST OF FANFICTION - TBS AWARD 2020. 🎖 TOP 2 FANFICTION 2020 - BRONZE AWARD 🎖THE BEST FANFICTION 2020 - PATAHAN RANTING AWARDS 2020 🎖 THE BEST FANFICTION THIRD PLACE - CREATIVE AWARD 2020