f a n t a s y b o o k s👻✨
29 stories
Irene: The Lost Witch 2 [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 165,786
  • WpVote
    Votes 22,807
  • WpPart
    Parts 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirnya datang kembali untuk membalas dendam yang tersimpan di hatinya. Semua yang telah dia lalui di kehidupan ini dan masa lalu telah membuat dirinya kuat untuk menahan segala kesakitan yang menimpa. Dan disebabkan itu, dia bertekad akan membalas dendam atas apa yang berlaku walaupun dia terpaksa membayar dengan nyawanya sendiri. Satu persatu rancangan membalas dendam Irene berjaya dilakukan malah dia sendiri telah membuat negara Verish ke arah peperangan. Memang itu rancangan dia selama dan itu berjalan dengan lancar. Namun tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Dia sekali lagi telah melihat pengorbanan yang tidak sanggup dia hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga tersedar bahawa dirinya kini telah menghadapi satu takdir yang diberi nama.. Takdir penyihir kegelapan. Dia tidak dapat lari dari takdir itu namun dia tidak mahu takdir itu menamatkan dendam yang belum dia lunaskan. Oleh itu, dia bertekad untuk melakukan apa sahaja demi dendamnya. Adakah Irene berjaya akan membalas dendam tersebut? Adakah pengorbanan yang berlaku membuat Irene hilang arah lagi? Atau adakah sejarahnya masa lalunya akan berulang lagi? Ikuti kisah ini untuk mengetahui pengakhiran Irene dan rahsia yang berlaku dibalik kehidupannya itu. Start: 8.1.2022 End: 3.7.2022
LEON: THE TIME CONTROLLER by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 114,292
  • WpVote
    Votes 9,848
  • WpPart
    Parts 107
Kuasa untuk mengawal masa. Cool isn't? Bagi aku kuasa ni tidak lain hanyalah sebuah sumpahan. Nama aku Leon A. Einsley. Aku mempunyai kuasa untuk mengawal masa. Sebuah kuasa yang agak unik dari salah satu Supreme Gods and Goddesses, iaitu Dewi Ashriel. Tidak lupa juga, aku hidup di mana dunia ini seringkali diserang oleh makhluk digelarkan sebagai Unknown. Kami, para pahlawan yang mempunyai pelbagai jenis kuasa ini tidak boleh melawan Unknown sendirian. Sebab itu kami mempunyai pasangan yang mempunyai kelebihan untuk berubah menjadi senjata. Digelarkan sebagai Human Weapon. Pasangan aku? Ada. Namanya Sarah J. Robert. Seorang gadis berambut merah yang agak ganas sikit dan pantang berputus asa. Walaupun aku mempunyai kelebihan untuk mengawal masa, aku tidak tahu apa yang terjadi pada masa hadapan. Adakah hidup aku berakhir dengan tirai kegembiraan atau tirai kesedihan?
The Greatest Angel √ | COMPLETED by Dinnaz_
Dinnaz_
  • WpView
    Reads 84,296
  • WpVote
    Votes 7,134
  • WpPart
    Parts 44
[Fantasy + Humor] ✔3𝔯𝔡 𝔭𝔩𝔞𝔠𝔢 𝔬𝔫 𝔣𝔞𝔫𝔱𝔞𝔰𝔶 𝔰𝔱𝔞𝔯, ℜ𝔢𝔞𝔩 𝔖𝔱𝔞𝔯 𝔄𝔴𝔞𝔯𝔡 2020🎖️ Magical war pertama yang berlaku pada 500 tahun dahulu telah membuatkan kesemua penduduk Live Country iaitu country yang mempunyai kuasa mengawal alam, pergi pada tragedi hari itu. Kehadiran seorang remaja bermata hitam, Kiran menjadi pertanyaan dan cacian orang ramai. Menjadi pertanyaan kerana matanya berwarna hitam seperti penduduk Live Country yang tidak tersisa lagi di dunia disebabkan peperangan yang berlaku. Namun, saat melihat warna kulitnya yang bukanlah putih pucat, hinaan mampir seiring dengan kata kejian kerana bagi penduduk Eyes Country, mata berwarna hitam itu dianggap malang. Dia hanya akan membawa malapetaka sahaja kepada mereka. Meskipun begitu, dengan adanya Jack, si jejaka bermata biru, tidak ramai yang berani mengganggu Kiran. Pelbagai tragedi menggoyahkan semangat Kiran untuk terus hidup namun disebabkan Jack yang setia berada di sisi, dia terus tabah. Ramalan yang telah dilakukan oleh kesemua peramal Star Country membuktikan bahawa sang raja kegelapan sedang berusaha membangkitkan kembali perang Magical. Sehinggalah... Ianya benar-benar tercapai mengikut kehendaknya. Apakah yang akan berlaku kepada Magical Kingdom? Adakah akan adanya pertumpahan darah yang lebih dahsyat bagi perang kali ini? © Karya pertama Dinnaz_ Mula : 9 Februari 2019 Tamat : 16 Mei 2021 Suntingan Mula : 18 Jun 2021 Tamat : 3 Jun 2024 Kulit buku disunting oleh : @Dinnaz_
Irene: The Lost Witch [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 477,451
  • WpVote
    Votes 65,965
  • WpPart
    Parts 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka semua ini akan terjadi tetapi aku tidak menjangka bahawa aku akan kembali semula pada umur aku 17 tahun. Apa yang sudah terjadi? Masa sudah diputarkan. Siapa yang lakukan? Aku mahu mencari siapa orang itu namun aku juga ingin membalas dendam. Membalas dendam atas kematian aku. Sikit demi sedikit aku cuba membalas dendam dan disebabkan dendam aku itu aku mengetahui sesuatu yang disorokkan oleh ayah aku selama ini. Aku tersedar bahawa aku adalah... Start: 1.7.2021 End: 31.12.2021
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed] by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 176,189
  • WpVote
    Votes 15,606
  • WpPart
    Parts 122
Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh keluarga nya sendiri kecuali ibu & abangnya. Hadi gembira sangat yang ibu & abangnya masih sayangkan dia. Tapi hidupnya mulai berubah sedikit demi sedikit. walaupun perit dia tetap perlu mengharungi cabaran itu. Kehidupan nya juga tidak semudah yang dia sangkakan, terutamanya pada waktu persekolahan nya. Ramai yang memandang rendah pada nya sehingga dia kerap dibuli. pelbagai perkara & peristiwa yang perit harus dia tempuhi. Daripada kehilangan segalanya kepada mempunyai sesuatu yang berharga. mampukah Hadi mengharungi cabaran itu? apakah yang sebenarnya terjadi sehingga buatkan keluarga nya membenci diri Hadi? ikuti kisah Hadi Haikal, budak bersayap hitam.
Ericsson: Si Penyihir Immortal by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 32,367
  • WpVote
    Votes 3,507
  • WpPart
    Parts 37
Ericsson merupakan seorang budak remaja yang tinggal bersendirian di sebuah kawasan Hutan Evergreen yang tidak dapat ditemui oleh sesiapa. Kerana kesepian, dia mempelajari banyak perkara tentang magis termasuklah mempraktikkan magis purba yang sudah tidak digunakan pada masa kini. Dia juga belajar mencipta & menghasilkan boneka magis yang mirip seperti manusia & memiliki pemikiran malah emosi yang tersendiri. Apa yang lebih menarik, dia juga memiliki kelebihan untuk berkomunikasi dengan haiwan malah menjadi sahabat dengan mereka. Bukan itu sahaja, Eric mampu menghasilkan ubatan herba malah Potion/serum yang tidak dapat dihasilkan oleh orang lain. Walaupun begitu, kehidupannya berubah sebaik saja seorang pemuda telah menemuinya ketika dia sedang memburu di hutan. Sehingga tanpa dia sangkakan, akan menerima sebuah tawaran untuk ke sebuah akademi magis yang sangat luar biasa. Walaupun begitu, dia pada mulanya menolak tetapi atas beberapa alasan, akhirnya dia menerima tawaran itu. Tapi banyak perkara yang dia tidak tahu berkaitan dunia luar. Begitu juga dengan perubahan peredaran zaman sejak di berada di dalam hutan itu. Eric bukan saja mahu memasuki akademi itu malah dia juga mahu mencari kedua-dua ibubapanya yang hilang tanpa jejak. Membesar bersama puak raksasa mistik yang ditakuti oleh manusia bukanlah sesuatu yang sangat menyenangkan bagi orang lain tapi tidak pada sang remaja itu. Mampukah Eric menemui kedua ibubapanya yang hilang tanpa jejak itu? Siapakah puak raksasa mistik yang menjaga Eric itu? Ikuti kisah Ericsson Walker dalam pengembaraannya untuk mencari identiti dirinya itu...
Zariel:Budak Berhood Putih by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 162,959
  • WpVote
    Votes 18,043
  • WpPart
    Parts 96
Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada malam yang dingin itu. Nasibnya mulai berubah sebaik saja dia ditemui oleh seorang lelaki yang sedang memburu di hutan yang sama. Akibat kasihan akan nasib Zariel yang masih bayi itu, dia terus saja mengambil keputusan untuk membesarkannya. Setelah beberapa tahun, dia membesar menjadi seorang remaja & harus mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya termasuklah di sekolahnya. Bukan senang untuk menyembunyikan rahsianya itu. Walaupun begitu, dia seorang yang kuat & tabah menghadapi setiap cabarannya itu. Tapi semuanya berubah sebaik saja dia didapati memiliki kuasa yang sangat overpowered sehingga menarik minat para gurdian yang menjaga kerajaan itu. Bermula dari situ, dia telah dipilih untuk menerima tawaran ke sebuah akademi istimewa yang melatih orang sepertinya untuk membunuh para raksasa yang digelar sebagai Demoniac. Dia turut digelar dengan nama Budak Berhood Putih. Mampukah dia terus mengharungi segala cabaran itu & mengapa dia digelar dengan gelaran Budak Berhood Putih? Ikuti kisah Zariel dalam pengembaraannya untuk menghadapi setiap cabarannya itu.
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete] by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 139,133
  • WpVote
    Votes 12,998
  • WpPart
    Parts 93
Yuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kerajaan kerana sebuah kejadian sehingga bangsa ini pupus melainkan Yuki yang kini merupakan bangsa yang terakhir. Disebabkan dia berbeza dari yang lain, dia di pulaukan oleh budak-budak yang seumur,lebih tua darinya atau lebih muda darinya kerana itu dia tidak mempunyai sahabat walaupun disayangi oleh penduduk di kampungnya atas jasa kebaikan yang dia buat. Tetapi dia tidak kisah, dia tetap bahagia kerana masih ada orang yang menyayangi nya. Apakah perkara yang akan Yuki hadapi selepas ini?Adakah hidupnya akan berubah? Adakah dia akan bertemu sahabat yang sudi bersamanya? Ikuti Kisah Hidup Yuki dalam meneruskan kehidupannya Tanpa Orang yang tercinta malah tanpa suaranya.
Rayyan:Budak Serigala Hybrid by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 4,408
  • WpVote
    Votes 567
  • WpPart
    Parts 13
Rayyan merupakan seorang remaja muda yang telah menjadi manusia Serigala Hybrid yang hasilnya daripada menjalani pelbagai eksperimen gila yang sangat menakutkan. Walaupun begitu, hidupnya mulai berubah setelah bertahun-tahun menderita sebagai spesimen ujikaji manusia yang kejam & tidak berhati perut. Kini, dia mulai menjalani hidup normal bersama keluarga angkatnya. Senormal mana pun kehidupan Rayyan, pasti akan ada cabaran yang dia harus hadapi sebagai Manusia Serigala Hybrid walaupun dia hidup di dunia fantasi yang memiliki pelbagai bangsa berbeza seperti bangsa manusia atau bangsa beast. Apa yang lebih menyedihkan, dia juga harus menderita dengan kesan sampingan yang terjadi akibat hasil daripada eksperimen merbahaya yang pernah mengancam nyawanya dulu. Akan tetapi, kes yang sama seperti Rayyan itu mulai berulang lagi sebaik saja sebuah organisasi gelap mulai muncul & menculik manusia lain untuk dijadikan bahan eksperimen gila malah raksasa yang sangat agresif turut dicipta & dilepaskan untuk membunuh malah menyerang manusia-manusia lain yang tidak berdosa. Apakah yang telah Rayyan lalui selama dia menjadi spesimen ujikaji? Siapakah orang yang telah menyelamatkan dirinya?? Apakah derita yang harus dia hadapi akibat daripada eksperimen itu? Organisasi gelap apakah itu? IKUTI KISAH RAYYAN, BUDAK SERIGALA HYBRID DALAM MISI MENUMPASKAN ORGANISASI GELAP YANG TELAH MELAKUKAN KESEMUA PERKARA KEJI ITU...
Book 2: Aydan the Angele [✓] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 933,777
  • WpVote
    Votes 66,972
  • WpPart
    Parts 86
BOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula kini. Dia perlu menghalang Keres dan Nemesis. Lelaki bersayap yang selalu muncul dalam mimpinya kekal misteri. "You have a great power of light. With the power, you can surpass your ancestors. I will lock your power untill the time being, O Descendant of the Light," - Pierce, The Unsleeping Dragon.