WattpadMalaysia_2
47 stories
I LOVE YOU STUPID  by sweetnight_nb
sweetnight_nb
  • WpView
    Reads 7,266
  • WpVote
    Votes 153
  • WpPart
    Parts 12
✒Koleksi kata-kata, fakta dan maklumat dari sebuah novel yang bertajuk 'I LOVE YOU STUPID' & 'MY PRECIOUS IRIS'. Hasil karya daripada Melur Jelita. [SPOILER ALERT!] IF WANT FULL VERSION CAN BUY THE NOVEL BY YOURSELF OK... NOT ASK ME FOR IT. I'M WRITING THIS JUST FOR FUN AND FOR MYSELF. I LOVE YOU STUPID ; Kisah kemanusiaan yang penuh dengan kasih sayang. Cukuplah Allah ada dan DIA ada untukku. Sebuah novel tarbiah kembara aksi cinta. I LOVE YOU STUPID 2 ; Pengembaraan misi kemanusiaan di bumi kemboja semakin panas. Kemboja mengajarku melunturkan ego yang setinggi gunung sebelumnya, memasak diriku dengan pegangan agama yang kukuh, menghidupkan jiwaku yang mati dengan ikhlas dan ihsan yang lebih penting, tanpa sedar Firman telah menemukan seorang Iris Nur dalam jiwaku yang sunyi. MY PRECIOUS IRIS ; Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang berlayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Sesungguhnya penulis menulis buku ini bertujuan sebagai 'sebuah catatan sejarah' yang dapat dibaca pada masa lapang disamping boleh dibaca semula menemani hari-hari tua penulis sebagai karya yang paling dekat di hati penulis.
My Preciuos Iris by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 12,797
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 1
Rindu Tanpa Noktah by syasyailya
syasyailya
  • WpView
    Reads 626
  • WpVote
    Votes 44
  • WpPart
    Parts 28
Zurhaiz. Seorang pemuda yang sentiasa ceria, membawa cahaya ke mana sahaja dia melangkah. Mereka yang berada di sekelilingnya pasti merasakan tempias positif yang menghangatkan jiwa. Namun, takdir tidak pernah membiarkannya benar-benar bebas. Sejak kecil, penyakit jantung yang dihidapinya menjadi tembok yang menghalang langkahnya. Dia memahami ketakutan ibunya, Juliana. Seorang wanita yang telah banyak melalui detik hampir kehilangan anaknya berkali-kali. Trauma itu membelenggu Juliana, membuatkan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya sentiasa berada dalam dakapan selamat. Namun, anak muda mana yang tidak mempunyai keinginan. Cintanya pada muzik adalah nyawa kedua yang tidak mampu dirampas darinya, meskipun dihalang keras oleh ibu. Ada rahsia dalam hati Juliana. Kisah silam yang membuatkan dia membenci dunia muzik. Baginya, seni yang sepatutnya menghiburkan itu telah menghancurkan impian yang pernah diharapkannya menjadi mahligai bahagia. Dalam perjalanannya, Zurhaiz bertemu dengan K. Seorang lelaki dingin yang telah lama menjauhkan diri daripada dunia. Namun, perlahan-lahan, kehadiran Zurhaiz mengubah segalanya. Bersama pemuda itu, K belajar untuk tersenyum dan lebih jujur dengan diri sendiri. Meskipun cuba menyembunyikannya di sebalik raut wajah yang kaku, kehangatan yang dibawa Zurhaiz terlalu sukar untuk dinafikan. Ketika Zurhaiz merasakan kehidupannya akhirnya berwarna... ketika dia melihat secercah sinar di hujung terowong yang selama ini gelap... takdir tetap mengejarnya kembali. Sejauh mana pun dia cuba melangkah, dia tidak pernah punya kuasa untuk lari dari apa yang telah tertulis oleh Yang Maha Esa.
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETE] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,296,553
  • WpVote
    Votes 100,522
  • WpPart
    Parts 55
𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka saling terikat. Daripada perkenalan yang singkat itu mulai hadir bunga-bunga cinta di dalam hati Hawa dan Muhammad tanpa mereka sedari. Adam. Dia... Lelaki yang amat tergila-gilakan gadis itu sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Itu sahaja cara yang mampu untuk dia mengikat Hawa dengannya. Kerana, tiada lelaki lain yang mampu menerima Hawa seadanya, melainkan dirinya sahaja. "Adam hanya tercipta untuk Hawa." Hanya kerana satu malam... Mengubah jalan cerita ini kepada Kekasih Bayangan. . . . "Bidadariku, Hawa Arlani..." "Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu." start : 13 October 2020 end : 17 June 2021
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz by nu_haina
nu_haina
  • WpView
    Reads 1,363,176
  • WpVote
    Votes 49,586
  • WpPart
    Parts 74
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan permintaan dari Dhiya. Hatinya hancur. Sampai hati Dhiya, sahabat baiknya sendiri. "Saya takkan boleh buat awak gembira. Perkahwinan ni hanya angan-angan awak sendiri." - Kasyaf "Saya tahu." "Kalau awak tahu kenapa awak nak kahwin dengan saya?" "Saja." - Dhiya Peritnya hanya Dhiya yang tahu, sakitnya hanya Dhiya yang tahu. Dia cuma ingin sedikit kasih dan sayang dari lelaki itu. cc: cover by tsweetestrain-
Isteri Teristimewa by DyannRose
DyannRose
  • WpView
    Reads 356,291
  • WpVote
    Votes 21,945
  • WpPart
    Parts 61
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah Daneen." "Kepala otak kau. Sejak bila aku jadi ayah kau. Aku kahwin pun belum. Jangan jadi cacat akal sangat." Dia berjalan saja Daneen memeluk kakinya, dia tidur Daneen melompat tidur disebelahnya. Paling membuatkan dia tertekan adalah apabila Daneen mahu dia mandikan. "Ayah, mandikanlah Daneen. Daneen dah busuk." "Kau dah gila ke?" Seram. Itu yang dirasakannya. Semakin hari dia merasakan Daneen seolah menggodanya. "Aku pangkat suami kau tau bukan ayah kau. Aku baru 30 bukannya 60." "Kalau macam tu jadilah suami Daneen. Abang, sayang sayang abang!" Pitam Aidan. Naik gila dibuatnya. "Daripada berterusan gila kau ni lebih baik aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." "Kenapa Tanjung Rambutan? Kan abang boleh hantar Daneen terus ke dalam hati abang?" Dasar gila. Dia kusut memikirkan cara untuk menghentikan omelan mamanya yang sudah tahu akan kewujudan Daneen di dalam rumahnya. "Daneen bakal isteri Aidan." Senang! Tapi bagaikan malapetaka yang menimpa apabila Daneen mendengarnya. "Yeay kita kahwin! Abang jangan goda sayang tau, tunggu kita kahwin biar sayang goda abang!" Daneen mengenyit mata nakal. "Ya Allah... ujian apakah yang Engkau telah turunkan kepadaku ini?" Cinta mula memekar di hati. Sayangnya pada Daneen, cintanya pada Daneen. Daneen nafas, Daneen nyawa, Daneen bidadari. Namun, Daneen kemalangan. Kemalangan telah meragut segala ingatannya. Dia lumpuh. "Depan mata abang, hanya Daneen isteri abang. Biarlah Daneen lupa abang ataupun lumpuh sekalipun, abang hanya mencintai Daneen seorang." "Lepaskan saya dan carilah kebahagiaan baru. Lagipun saya tak cintakan abang." Daneen pergi. "Jangan pergi sayang! Cinta abang hanya untuk Daneen!" Pemergian ini kerana cinta. Maafkan Daneen, abang.
Ketua Pengawas Vs Tunang by sis4na
sis4na
  • WpView
    Reads 7,428,284
  • WpVote
    Votes 131,571
  • WpPart
    Parts 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya,Masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni. Tension!"-MAIRA. "Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap. Pangkal lengan! " -HADZRIQ. "Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I " - AMMY ________________________________ BEST ACHIVEMENT #1inromance@❤15/8/16❤10/9/16❤ 14/9/16 ________________________________ e-novel [ Contengangadisbiasa.blogspot] Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan memetik atau mencetak mana-mana bahagian isi buku ini dalam bentuk apa jua dengan cara apa pun baik secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau yang lain-lain sebelum mendapat izin penulis. @MissCs .
MASIH MENANTI ✓ by f4r33n
f4r33n
  • WpView
    Reads 22,795
  • WpVote
    Votes 2,183
  • WpPart
    Parts 55
TEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama 'Bryan' itu buatkan Eryna tidak sangka yang jejaka itu rupanya orang berbangsa Cina. "Tak nampak macam cina pun?" - Eryna Safiya "Habis, nak suruh aku lekat bak kut teh dekat muka baru nampak macam cina?" - Daniel Bryan Akan tetapi, dalam mereka elok berkawan, pasti akan adanya pendengki yang tidak senang melihat mereka bersama. Dan yang paling Eryna tidak sangka, pendengki itu ialah kawannya sendiri. "Bagi aku, kau cuma orang ketiga yang dah rosakkan hubungan kita orang." - Fasha Hani Kawan punya kawan, hari semakin berlalu. Tiba masa Eryna luahkan apa yang dirasakan selama ini. Tapi, dia tahu. Tak semua yang kita suka, akan kita miliki. "Pagi sekolah, petang kerja, malam penat. Mana sempat aku fikirkan benda ni." - Daniel Bryan SPM hampir tiba. Namun, Danial pergi tanpa berita. Eryna buntu awalnya. Tapi, jika ditakdirkan tiada jodoh, tiadalah. Akhirnya, dia merelakan. Tujuh tahun berlalu. Tanpa khabar dan tidak bersua. Eryna sudah hampir dua tahun menjadi tunangan orang. Sebulan lagi pernikahannya berlangsung. Faiq Ashraf, sedikit sebanyak telah mengubat rindunya pada Daniel. "Aku tak minta kau balas cinta aku sekarang, sebab aku yakin yang cinta tu akan datang lepas kita jadi pasangan halal." - Faiq Ashraf Justeru, Eryna masih mengharapkan Daniel kembali. Tapi jika Daniel kembali, akankah mereka bersama seperti dulu? Jika bersama semula, bagaimana dengan majlis kahwinnya yang akan berlangsung sebulan lagi? Bagaimana pula dengan Faiq Ashraf yang mula mengharapkan cintanya berbalas? "Ada perpisahan yang akan kembali. Ada juga yang takkan kembali. Dan perpisahan yang kembali itu ialah perpisahan sementara. Manakala perpisahan yang takkan kembali itu ialah sebaliknya." COMPLETED ✅
Zharil Darriz by meqayla
meqayla
  • WpView
    Reads 597,456
  • WpVote
    Votes 18,172
  • WpPart
    Parts 34
Orang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi seorang lelaki yang dipukulnya tanpa sengaja. "Abang? Next time tengok dulu sekeliling before bertindak. Jangan nak buat sesuka hati aja. Witch." -Zharil Pertemuan kedua antara mereka juga bukanlah perkara yang baik, malah semakin bertambah buruk apabila Zharil langsung tidak meminta maaf pada Aish dan menyalahkan perempuan itu. "Heleh! Ingat dia tu baik ke? Dah lah mulut macam puaka! Dasar orang tua!" -Aish Ketika cinta mulai berputik, kehadiran bekas kekasih Zharil telah memecahkan hubungan antara mereka. "Laki mana hantar tadi? Kenapa senyap? Dah bisu?" -Zharil "Kenapa abang buat Aish macam ni? Hati Aish sakit...sakit sangat. Kalau abang dah bosan dengan Aish, kenapa mesti buat hati Aish terluka tanpa berdarah macam ni?" -Aish Nak tahu apa yang berlaku, kenalah baca dari mula. Hanya rekaan semata-mata. Tidak mengambil cerita dari mana-mana pihak.
DIA PEMILIK HATI [C] by LeannaRose_
LeannaRose_
  • WpView
    Reads 5,645,913
  • WpVote
    Votes 205,750
  • WpPart
    Parts 70
[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan Germany yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang berada. Memiliki rupa paras yang cantik yang mampu memikat hati semua lelaki. HARRAZ DANIAL. Sesiapa yang terpandangkan raut wajahnya akan toleh untuk kedua kalinya. Handsome sangat! Jawatan CEO yang digalasnya membuatkan dia digilai ramai gadis, tapi bukan bagi Aulia. Setiap kali mereka berjumpa ada je pertengkaran. Masing-masing tak nak kalah. Dah macam anjing dengan kucing! "Eh you ni buta ke sampai orang kat depan mata you pun tak nampak ? Mata letak kat mana? Lutut hah?" - HARRAZ DANIAL "Siapa yang buta sekarang ni awak ke saya? Dia yang keluar lift tak tengok kiri kanan nak salahkan orang pulak." - AULIA SAFINNA Akankah mereka akan terus bertikam lidah bila peristiwa pahit telah menimpa Aulia sehinggakan Harraz membuat keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu untuk selamatkan maruah yang dah dinodai. Dan siapa sangka budak lelaki yang pernah selamatkan nyawa dia dulu adalah suaminya sendiri. "It's you abang, my little angel hero. Finally i found you back after 18 years." - AULIA SAFINNA Dan adakah mereka akan terus mengecapi kebahagiaan bila cinta sudah hadir dalam diri mereka bila munculnya orang ketiga dan orang keempat. "I tak akan lepaskan you Harraz. I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you balik! Itu janji i." - NATASYA "Dari dulu you hanya milik i Aulia. Kalau i tak dapat you, i akan pastikan sesiapa pun tak akan dapat you walaupun i kena bunuh sepupu i sendiri." - RAZIF ⚠️ No plagiat ⚠️ 💯 idea dari Leanna Rose