My Novel
7 stories
KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C] by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 532,184
  • WpVote
    Votes 20,296
  • WpPart
    Parts 52
Seri Dahlia, dia seperti gadis lain yang mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dengan orang yang dicintainya. Percintaan yang terjalin selama 3 tahun lamanya dengan Syed Fakrul, menjadikan Seri Dahlia seorang gadis yang dicemburui oleh ramai gadis lain kerana Syed Fakrul merupakan seorang model yang menjadi dambaan para gadis di luar sana. Namun siapa menduga, majlis pernikahan yang sudah siap di atur dengan lancar dan hampir saja lafaz akad termeterai, segalanya musnah sekelip mata bila hadirnya seseorang menghuru-harakan majlis pernikahan mereka. Seri Dahlia dituduh sudah meniduri lelaki lain. Syed Fakrul kecewa dan terus membatalkan majlis pernikahan mereka. Puan Hidayah pula tidak sanggup hendak menanggung malu lantas menghalau Seri Dahlia keluar dari rumah. Hati Seri Dahlia benar-benar terluka. Tiada sesiapa yang mahu mempercayainya bahawa semua itu adalah fitnah semata-mata. Dibuang oleh ibu sendiri, ditinggalkan oleh lelaki yang dicintainya, bagaimana dia kuat hendak menghadapi semua ini? Segala-galanya terus berubah bila Seri Dahlia telah menyaksikan sekumpulan mafia membunuh orang di pinggir hutan. Tidak tahu ke mana hala tuju, Seri Dahlia hanya berlari mengikut rentak kaki meredah hutan tebal kerana mahu lari dari di tangkap oleh kumpulan mafia itu. Dan dia telah diselamatkan oleh lelaki yang sudah dua kali menyelamatkannya pada hari yang sama. Siapa sangka, di kawasan hutan ini, ada sebuah mahligai yang tersergam indah di situ. Milik Raja Faiz Ethan, seorang lelaki yang memilih untuk hidup jauh dari kesibukan kota. Mahligai yang dikawal ketat oleh beberapa orang pengawal . Seri Dahlia pula terus tersekat di mahligai itu. Walaupun ada jalan keluar, tapi dia tidak tahu ke mana hala tuju jalan itu. Sudahnya dia mengambil keputusan untuk berkerja sebagai pembantu di mahligai itu disamping dia mahu lari untuk seketika dari kehidupan yang begitu banyak memberi kelukaan dihatinya.
THE POSSESSION OF ROSE🦄 ✔️ by RaziaFarhani
RaziaFarhani
  • WpView
    Reads 198,106
  • WpVote
    Votes 4,862
  • WpPart
    Parts 35
Mengisahkan seorang gadis yang terjatuh cinta dengan seorang lelaki pada pertemuan pertama mereka sebagai client. Si gadis yang sememangnya mempunyai sifat gila-gila, terus terusan menggoda lelaki itu bagi memastikan impian dia yang ingin memiliki lelaki itu tercapai. Namun, apabila akad sudah terucap tanda ikatan halal sudah dibina, si gadis pergi membawa diri tanpa sepatah kata... Ikuti kesudahannya dalam THE POSSESSION OF ROSE... by: RaziaFarhani
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔ by RaziaFarhani
RaziaFarhani
  • WpView
    Reads 254,759
  • WpVote
    Votes 6,555
  • WpPart
    Parts 31
Percintaan seorang doktor telah membawa kepada pertemuan cinta antara dua hati. Lafaz yang terucap telah menghalalkan hubungan yang terbina. Kebahagiaan yang dirasai diharapkan berkekalan. Namun rahsia silam telah menghakis sedikit demi sedikit kepercayaan yang diletakkan. Mungkinkan ikatan yang terbina akan putus disebabkan rahsia lampau? Atau mungkin juga rahsia tersebut tidak memberi apa-apa kesan kepada ikatan yang terjalin? ##Dia... Pengantin Lelakiku by Razia Farhani##
IMAN IMANI ✔ by RaziaFarhani
RaziaFarhani
  • WpView
    Reads 716,858
  • WpVote
    Votes 15,341
  • WpPart
    Parts 48
Anis Imani seorang gadis biasa terpaksa berkahwin kontrak dengan seorang pemuda berketurunan 'tengku' untuk mendapatkan pewaris keluarga lelaki tersebut. Perjanjian yang dibuat dijamin kesenangan hidup sepanjang hayat. Namun satu trajedi telah membuatkan kontrak yang terbina musnah dengan sekelip mata. #IMAN IMANI...by RaziaFarhani#
IKHLASKAN CINTAKU✔️ by RaziaFarhani
RaziaFarhani
  • WpView
    Reads 253,168
  • WpVote
    Votes 7,648
  • WpPart
    Parts 61
Kebebasan? Bercakap soal kebebasan, semua orang mahukannya. Bukan hanya berbuat apa sahaja dalam hidup, tetapi juga kebebasan untuk mencari peneman hidup sendiri. Tidak terkecuali Tengku Amanda. Namun, tiada kebebasan buatnya. Hidup yang dirasakan bagai dalam 'sangkar emas' telah membuatkan dirinya memberontak. Dendam Tengku Amanda pada ibunya tidak akan berpenghujung sehinggalah dia diberikan sedikit ruang bebas di dalam hidup. Sejak detik itu, dia keluar menggunakan tempoh waktu bebas sebaik mungkin sehingga dipertemukan dengan Tengku Mukhriz. Saban hari mereka semakin rapat, namun panas yang disangka sampai ke petang tidak kesampaian apabila hujan turun di tengah hari. Tengku Amanda terpaksa melupakan segala galanya. Dia balik ke 'sangkar emas' kerana terikat dengan janji keluarga. Sejak itu, segalanya berubah.... IKHLASKAN CINTAKU RAZIAFARHANI
Takdir Aisyah (Complete) by RaziaFarhani
RaziaFarhani
  • WpView
    Reads 79,067
  • WpVote
    Votes 2,002
  • WpPart
    Parts 18
Aisyah bermaksud kebebasan dan kebahagiaan. Namun, tak semua yang bernama Aisyah menemui kebebasan serta kebahagiaan yang diinginkan.
Kakak ipar paling RARE by RaziaFarhani
RaziaFarhani
  • WpView
    Reads 213,156
  • WpVote
    Votes 6,849
  • WpPart
    Parts 34
Berkahwin dengan seseorang bukan sahaja hanya berkahwin dengannya, malah perlu berkahwin dengan keluarganya juga. Idara Azalea Berkahwin dengan lelaki yang dia cintai bukanlah hanya menjadi isteri. Malahan, dia perlu menjadi kakak ipar kepada dua adik lelaki suaminya yang bermasalah. Bermacam-macam rintangan perlu dihadapi untuk memastikan perangai kedua adik iparnya berubah.