novel
3 stories
Encik Hot vs Abang Cool by ridwanyusoff
ridwanyusoff
  • WpView
    Reads 50,935
  • WpVote
    Votes 1,318
  • WpPart
    Parts 40
Nur Suraya menganggap dirinya seorang gadis biasa-biasa sahaja. Namun kerajinan yang dimiliki olehnya menjadikan Suraya kesayangan ketua-ketua dan pengurus di sebuah syarikat pengilangan, yang sudah lima tahun dia berkerja sebagai operator pengeluaran. Dalam diam-diam, dia meminati Agung Satrio Putra, juruteknik di kilang itu, walaupun tahu lelaki itu sudah mempunyai hubungan percintaan dan bakal menjejak kaki ke pelamin dengan bekas sahabatnya, Dewi Citra. Suraya menerima nasib yang sama ditolak mentah-mentah oleh Azril . Hati Suraya hancur lagi. Segalanya menjadi terbalik selepas Azril dan Agung menghadapi masalah mereka. Agung terpaksa berpatah kepada Suraya selepas cubaan memujuk Dewi gagal manakala desakan Encik Hanafi dan Puan Asilah supaya Azril berkahwin secepat mungkin membuatkan dia tertekan. Hati mereka semakin bertaut apabila melihat kecantikan luaran dan dalaman Suraya. Lebih membuatkan mereka terpikat adalah gadis itu dapat teruskan hidup tanpa setelah berjaya mengharungi detik sukar kesan daripada tindakan mereka sendiri. Untuk komen/cetusan idea.. tolong emel dkat mail2duan@gmail.com... Tq
HINGGA AKHIR NAFASKU by AwaaHaris
AwaaHaris
  • WpView
    Reads 22,828
  • WpVote
    Votes 281
  • WpPart
    Parts 7
BLURB *** "Cinta pertama bagi setiap anak perempuan... Her daddy." Nurul Ain tidak tahu, cinta pertamanya itu seharusnya Awang Kader, ayah kandungnya yang menjadi punca kelahirannya di dunia ini, bukan Abdul Halim, ayah angkatnya. Di mata Awang Kader, Nurul Ain ialah Dayang Nur Aishah, bukti cinta dia dengan wanita paling dikasihinya. Atas satu insiden yang memilukan, Aishah dibawa pergi jauh daripadanya berpuluh tahun. "Saya dah jatuh cinta. Hati dah jatuh bergolek. Tak boleh nak bangun dah." - Irfan "Siapa?" - Nurul Ain "Rahsia." - Irfan "Nurul sedang belajar menerima satu perubahan. Cuba untuk mencintai papa, mama... And how about me? Cuba menyayangi saya juga?" - Tengku Hanif "Kenapa tidak? Kita satu keluarga, kan?" - Nurul Ain Tengku Hanif dan Irfan - Mereka berdua ditakdirkan untuk mencintai perempuan yang sama. Setelah terpaksa menelan pahitnya cinta tidak berbalas, Irfan nekad kali ini dia tidak akan tunduk mengalah. Demi menjaga sekeping hati yang sedia diketahui nyaris rabak, Tengku Hanif bersedia untuk mengundurkan diri. Apatah lagi mengenangkan status yang berkalung di pundak sendiri sekadar 'abang' semata. Maka sisa hidup yang kekal menganyam bunga cinta dipenuhi dengan usaha meletakkan Nurul Ain di takhta 'kerajaan' Awang Kader meski gadis itu keras menolak. Badri. Kehadirannya yang lebih awal dalam hidup seorang Nurul Ain membuatkan Irfan dan Tengku Hanif tergugat. Siapa Badri dalam kelongsong kehidupan Nurul Ain? "Badri anak yang baik. Beruntung pak cik ada anak macam dia." Hakikat rasa yang menghuni hati mana mungkin mampu dilihat oleh mata kasar. Laksana rahsia bagi setiap lapis jiwa manusia. Cinta, kasih sayang, dendam dan benci seumpama adunan yang menentukan ke mana hati itu pergi. "Aishah, kau sepatutnya ghaib ditelan perut bumi. Seharusnya kau tak ditakdirkan pulang kembali!" Apakah kemunculan Nurul Ain kembali pada tempat asalnya adalah suatu rahmat atau penamat kepada sebuah tragedi berdarah itu?
Default Title - Write Your Own by dhiamaisarah1234
dhiamaisarah1234
  • WpView
    Reads 10,992
  • WpVote
    Votes 265
  • WpPart
    Parts 10