Favorites
7 stories
Romeo and Juliet || Carlos Sainz by onlypovss
onlypovss
  • WpView
    Reads 1,040,401
  • WpVote
    Votes 20,469
  • WpPart
    Parts 60
What can happen if a F1 driver for Scuderia Ferrari falls in love with Christian Horners's daughter and that works for Red Bull? A story of jelousy and rivalry that will let you dream. Cover by: Kiara Curiel (@h-hehasgreeneyes) Smut parts
Bukan Kerana Aku Tak Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 15,424
  • WpVote
    Votes 265
  • WpPart
    Parts 1
Penulis : E-Man Sufi Product: Bukan Kerana Aku Tak Cinta Semenanjung : RM24 Sabah/Sarawak : RM27 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni --- “Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?” “Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!” “Mastura!!!!!!!” JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast. “Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?” “Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.” Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
CIKLET: Telah Ku Janji Selamanya by ziyanaiaqilla
ziyanaiaqilla
  • WpView
    Reads 11,854
  • WpVote
    Votes 323
  • WpPart
    Parts 43
Tanggungjawabnya kepada keluarga dijadikan asas kepada setiap keputusan yang dibuat Ilana Saramaia dalam hidupnya sejak dia berumur 8 tahun lagi. Semuanya dilakukan demi meneruskan legasi keluarga yang dibanggakan selama ini. Namun segalanya berubah saat dia mengetahui rancangan orang tuanya untuk menjodohkan dia dengan Awangku Emran Emir. Sikap Awangku Emran Emir yang jauh berbeza dengan prinsipnya membuatkan Ilana Saramaia membuat keputusan drastik untuk lari beberapa hari sebelum majlis pertunangannya. Keputusan yang membuatkan Ilana Saramaia dibuang keluarganya sendiri. Bertahun Ilana Saramaia di perantauan, lari membawa diri, mengubat hati yang lara. Dia mahu bina hidup yang baru, walaupun itu bermakna dia tidak akan lagi punya keluarga. Sehinggalah dia berjumpa dengan Ghazi Hardani Strauss. Lelaki yang menjadi sandaran, tempat menumpang kasih sayang yang selama ini hilang. Ghazi Hardani Strauss punya satu janji, untuk selamanya bersama Ilana. Tetapi, hidup tidak akan sentiasa indah. Akan ada sahaja aral yang melintang, menjadi penghalang kepada sebuah kisah cinta. Di saat kebahagiaan menjadi pertaruhan, antara cinta dan tanggungjawab, yang mana satu menjadi pilihan Ilana? Akan kekalkah janji untuk selamanya? Hak Cipta Terpelihara. Watak-watak dan cerita hanya rekaan semata-mata. Disarankan sesuai untuk bacaan 16 tahun ke atas.
After by imaginator1D
imaginator1D
  • WpView
    Reads 726,047,805
  • WpVote
    Votes 11,504,573
  • WpPart
    Parts 114
Tessa Young is an 18 year old college student with a simple life, excellent grades, and a sweet boyfriend. She always has things planned out ahead of time, until she meets a rude boy named Hardin, with too many tattoos and piercings who shatters her plans.
CIKLET: Jika Kau Mahu by ziyanaiaqilla
ziyanaiaqilla
  • WpView
    Reads 16,135
  • WpVote
    Votes 276
  • WpPart
    Parts 53
Sejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan memikat itu. Tidakkah gadis itu dapat merasa betapa hebatnya Aiden Raziq sedangkan wajah gadis itu telah mengalihkan dunia Aiden Raziq menjadi tunggang terbalik? Takdir akhirnya menyingkap siapa gerangan gadis yang dikejar selama ini. Di saat itu Aiden Raziq sendiri rasa yang buku telah bertemu ruas. Aurora Irina nama yang diberi rupa-rupanya bukan seperti gadis lain yang dia pernah dampingi. Oh betapa sukarnya untuk menjinakkan seorang Aurora Irina yang tahu semua permainan cintanya. Aurora Irina, bukanlah seorang gadis yang mampu ditambat semudah itu. Kalau Aiden Raziq seorang bad boy, dia pula seorang bad girl. Aiden Raziq silap kalau Aurora Irina boleh dimiliki seratus peratus tanpa permainan dan percaturan yang hebat. Sehinggalah suatu hari........... Selama ini si dia bersembunyi di sebalik perasaan yang tidak sepatutnya ada. Rahsia tentang perasaan disimpan sekian lama, akhirnya terbongkar jua. Sampai bila perlu disembunyikan cinta ini sedangkan mahu sahaja diberitahu kepada semua? Aku cinta kau. Akulah pemuja rahsia. Mencintaimu, mengkagumi dirimu yang indah dari jauh. Hak Cipta Terpelihara Disarankan sesuai untuk bacaan 16 tahun ke atas.
CIKLET: Bila Aku Masih Milikmu by ziyanaiaqilla
ziyanaiaqilla
  • WpView
    Reads 49,458
  • WpVote
    Votes 614
  • WpPart
    Parts 37
Perkahwinan yang dibina atas nama cinta yang terukir bertahun lamanya harus berakhir bahagia bukan? Perkahwinan itu seharusnya kekal hingga ke hujung nyawa. Tetapi, kenapa semua ini harus terjadi kepada dia? Ilee Sahara tidak menyangka yang dia akan dikhianati sebegini. Terlukanya hatinya, sampai hati dia diperlakukan sebegitu sekali oleh Fahmi, lelaki yang dicintainya selama ini. Lalu, apa pilihan yang Ilee ada? Haruskah dia pergi walaupun terseksa? Namun Fahmi Ilham enggan jua melepaskannya atas dasar sayang. Jadi kalau sayang, kenapa harus begini? Cintailah aku, bila aku masih milikmu. Hak Cipta Terpelihara Terbitan ini dicadangkan sesuai untuk pembaca berumur 16 tahun ke atas.
CIKLET: Jadi Milikku by ziyanaiaqilla
ziyanaiaqilla
  • WpView
    Reads 7,175
  • WpVote
    Votes 105
  • WpPart
    Parts 32
Aku sedang menanti dirimu untuk memeluk diriku bila kau merasakan kau perlukan diriku. Aku mahu menjadi destinasimu bila kau tidak tahu arah tujumu. Aku rasakan seperti kau terlalu hampir denganku, tetapi aku masih belum menjumpaimu, belum tahu namamu. Mungkin inilah cinta, tanpa kita tahu bila kita perlukannya. Tanpa kita tahu bila ia akan datang pada kira. Jadi, jika benar ini cinta, mengapa kita masih menunggu di sini? Sedangkan aku sudah bersedia untuk menjadikan dirimu sebagai milikku? ~~ Hak Cipta Terpelihara Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Terbitan ini dicadangkan sesuai untuk pembaca berumur 16 tahun ke atas.