Hafizah_Awang
- Reads 946
- Votes 24
- Parts 19
ADAM AFIQ MIKAEL seorang lelaki yang pendendam dan panas baran tetapi dia seorang yang romantik di dalam percintaan. Wajah tampannya yang sangat menawan itu banyak membuatkan para gadis terpesona.
Dia masih belajar, usianya 26 tahun. Mikael di lahirkan di tanah air Malaysia dan dibesarkan di negara asing. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga jutawan itu dan dia tidak rapat dengan ahli keluarga yang lain.
Sikap suka menyendiri itu bukan dirinya, tetapi dia seringkali di sisih kerana sifat barannya yang agak melampau.
26 tahun di negara jiran, Mikael akhirnya dibenarkan pulang ke Malaysia. Dia melanjutkan pelajaran di salah sebuah Universiti Malaysia dan di tempat itu Mikael jatuh cinta.
Sayangnya cinta Mikael tidak berbalas. Hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Terluka kerana di tolak, buatkan Mikael menyimpan dendam terhadap Aura.
Mikael membuat satu keputusan yang mengejutkan banyak hati, di mana dia memutuskan untuk berkahwin dengan sahabat Aura.
Mikael dan Sarah berbulan madu di Pulau Indah dengan menaiki bot peribadi milik Mikael bersama rakan-rakan yang lain.
Malam sebelum mereka tiba di Pulau Indah, sengaja Mikale membuat Aura cemburu dengan melakukan hubungan intim di hadapan Aura.
" Macam mana? Kau cemburu? " - Mikael.
" Buat apa aku nak cemburu, kita bukannya ada apa-apa pun. " - Aura.
" Mikael permainkan kau aje lah, Sarah. Dia buat semua tu sebab nak balas dendam dengan Aura je. " - Ijam.
Bila pagi menjelang mereka dikejutkan dengan berita kematian Sarah, isteri Mikael. Banyak persoalan perlahan tercipta mengenai kematian Sarah yang tiba-tiba.
Pihak Polis percaya, salah satu di antara mereka adalah pembunuhnya. Tetapi siapa?