^-^
8 stories
WANITA KESAYANGAN TENGKU ( TERBIT) by syaff_eyka_21
syaff_eyka_21
  • WpView
    Reads 3,676,463
  • WpVote
    Votes 35,110
  • WpPart
    Parts 28
Farah Husna, dirinya seringkali digambarkan sebagai watak antogonist oleh orang yang tidak mengenali dirinya. Berbekalkan wajah yang rupawan, mudah sekali untuk dia mendapat lelaki yang dia mahu. Tidak kira muda ataupun tua, semua lelaki tertarik untuk mendekati dirinya. Kecuaian yang dilakukan oleh Farah Husna menyebabkan dirinya terikat dengan seorang Tengku yang sombong dan angkuh. "Kenapa kau senyum? Betulkan apa yang aku cakap? Perempuan sundal macam kau ni, sanggup lakukan apa saja untuk pikat lelaki kaya walaupun maruah diri terpaksa dicampak dalam loji najis." TENGKU ADAM. "Betullah tu, memang aku ni perempuan sundal, tapi untuk pengetahuan kau, aku tak bodoh yang bodoh tu kau. Tengok perempuan ni dapat siapa? Tengku. Tengku ni dapat siapa? Sundal." FARAH HUSNA. Sayangnya apabila mereka mula cuba untuk memahami satu sama lain, muncul Sheila Shaqilla yang nekad untuk merebut cinta hatinya semula. "Aku just nak bagi warning dekat kau, Am tu milik aku. Kau jangan fikir kau ada peluang nak ambik hak aku." SHEILA SHAQILLA. "Eh kalau kau nak kau ambil. Ambil sekarang! Kau ingat aku kisah? Pasal lelaki pun lebih-lebih." FARAH HUSNA. Kisah cinta bak cerita dongeng itu akhirnya hancur jua apabila fitnah dilemparkan dan kepercayaan yang mula goyah. Ketika kebenaran perlahan-lahan terungkai untuk mereka membetulkan semula keadaan, muncul pula jejaka-jejaka dari masa lampau yang ingin mengubati luka di hati Farah Husna. "Aku masih sayang kau Una." TENGKU ADAM. "Dengan izin Allah Una, saya tetap akan tunggu awak." MOHAMMAD IRFAN. "Kau doakan lah aku bahagia dengan Una." MEGAT FARID. Jadi siapakah yang akan Farah Husna pilih sebagai teman sehidup semati? Tengku Adam, bekas suaminya, Mohamad Irfan, teman baiknya sejak kecil atau Megat Farid yang merupakan pujaan hatinya sejak di Universiti.
The Deaf Girl by syahhnn
syahhnn
  • WpView
    Reads 879,823
  • WpVote
    Votes 45,289
  • WpPart
    Parts 45
Farhan tidak senang duduk selagi dendamnya belum dibalas. Dia harus menegakkan keadilan keatas kematian ibu saudaranya. Fikir dia akan berdiam diri melihat ibu saudaranya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan terseksa begitu? Semuanya berpunca dari dia! Farhan pasti akan menuntut bela kematian Sharifah Nadine "Far- Farhan... anak aun- auntie-... anak auntie..." - Nadine Setelah mencari dan menyiasat, akhirnya dia jumpa juga sepupu dia merangkap anak ibu saudaranya. Tidak sangka pembunuh Nadine itu merupakan seorang gadis. Tidak berfikir panjang lagi, dia mengambil keputusan untuk mengawini gadis itu. Hampir setiap hari dia menyeksa gadis itu. Dipukul, dicaci, dihina. Tapi dia jerit atau tengking sekalipun, hanyalah sia-sia. Kerana gadis itu mempunyai kekurangan untuk mendengar. Farhan tidak peduli. Asalkan gadis itu mendapat balasan yang setimpal. Satu per satu kebenaran terbongkar setelah beberapa tahun berlalu. Kebenaran yang Farhan sendiri tidak tahu mahu percayainya ataupun tidak. "Haiy! Sini jangan kacau uncle. Sini." "Siapa pula Tuan Nik ni?" "Aku... aku sebenarnya..." ------------------ @March2020 - @November2020
Sweet But Dangerous [EBOOK] by risyathequill
risyathequill
  • WpView
    Reads 853,024
  • WpVote
    Votes 28,432
  • WpPart
    Parts 53
Siapa sangka lelaki popular seperti Tengku Adam akan bergabung dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan sebuah projek akhir semesternya dengan seorang gadis kampung seperti Marissa Dania? Pertemuan tanpa rela hati dengan penuh rasa benci menyelebungi diri itu memang tidak dapat disangkal lagi. Namun disaat mereka mula mengenali diri antara satu sama lain, ada perasan halus mula mengetuk pintu hati kedua insan itu dalam diam. Sehingga Tengku Adam tekad untuk memperisterikan Marissa Dania ketika masih menimba ilmu di London. 4 tahun berlalu, Tengku Adam telah menjadi seorang CEO yang berjaya. Dia dikenali sebagai pemuda yang terkaya di Malaysia. Syarikat papanya yang kini sudah berubah milik semakin berkembang dengan pesat. Marissa Dania pula memulakan hidup yang baru bersama si celiknya. Dia sudah meninggalkan sejarah hitam dengan lelaki yang telah mempermainkan hidupnya. Ya. Suaminya itu hanya pergi dengan meninggalkan sepucuk surat. Surat yang begitu menyayatkan hati! Takdir menemukan mereka semula. Pelbagai rintangan yang dihadapi Dania kerana masih terikat dalam perkahwinan ini. Setiap satu persatu, dugaan dan ujian datang melanda dirinya tanpa henti. Sanggupkah dia mengorbankan nyawa anaknya hanya untuk bersama lelaki berbahaya seperti Tengku Adam? "You're sweet but so dangerous to be with."
SURATAN TAKDIR CINTA by TieyqaNua
TieyqaNua
  • WpView
    Reads 236,628
  • WpVote
    Votes 6,788
  • WpPart
    Parts 64
Betullah orang kata tanpa restu, kita takkan bahagia dalam kehidupan alam rumah tangga yang dibina. AIEKHA ELLINA. Dia seorang gadis yang ceria, baik hati dan sabar. Takala cinta akan terbinalah ikatan yang utuh bagi rumah tangga sampai ke Jannah. Tapi semuanya silap, takdir tuhan siapa yang tahu kan ?. Disaat Ell mengandungkan zuriat si suami pula main kayu tiga dibelakangnya. "Apa salah saya Dani ? tergamak awak buat saya macam ni !! apa dosa saya dekat awak ? Sanggup awak khianati saya? Khianati cinta kita?" AIEKHA ELLINA RAMADANI UZAINI. Cinta pertama buat Aiekha Ellina tapi tidak bagi Ramadani Uzaini, dia seorang yang setia tapi kemunculan bekas cinta pertama dia perasaan buat Aiekha Ellina menjadi ragu-ragu. Tambahan pula, cinta buat Amanda masih terpahat. " AIEKHA ELLINA BINTI HAJI MAHSOR BERSAKSIKAN AMANDA, AKU CERAIKAN ENGKAU DENGAN TALAK DUA, berambus engkau dari rumah aku nanti sekali dengan barang-barang kau. Kau ingat ehh perempuan jalang aku takkan sekali mengaku itu anak aku. Betullah apa mak aku kata engkau tu perempuan murahan je." RAMADANI UZAINI DR UNGKU EZHIL ISKANDAR. Dia seorang jejaka idaman Malaya. Walaupun ada pangkat Ungku tapi dia tidak minat menunjukkan kekayaan dia kepada orang ramai. Iskandar seorang doktor pakar bedah yang kacak. Beliau bekerja di Hospital Ismail Shah kepunyaan ayahnya. "Saya akan ada dengan awak sampai bila-bila coz I LOVE YOU my sweetheart. Don't cry I'm always be your side Ell. Biar maut memisahkan kita" DR UNGKU EZHIL ISKANDAR " Ramadhani hak aku. Aku takkan biarkan hidup kau bahagia." JASMIN AMANDA 'Kalau ini suratan takdir cinta yang tuhan menentukannya akan kutempuhi, aku terima seadanya. Insyallah, akan ada sinar bahagia di penghujung waktu' . AIEKHA ELLINA Start: 13 May 2020 End : 28 July 2020 WARNING!!!❌❌❌❌ My first story. Not cope paste, jika ciplak my story tindakan akan dikenakan. You cope you will die!!
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,268,292
  • WpVote
    Votes 170,368
  • WpPart
    Parts 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat
Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE] by jijahorkid
jijahorkid
  • WpView
    Reads 65,511
  • WpVote
    Votes 4,867
  • WpPart
    Parts 40
Beautiful and gorgeous cover by @peanurts😘😘 Aisyah seorang gadis yang baru keluar dari Sekolah Henry Gurney. Dilabel 'budak jahat' merupakan takdir yang perlu dia tempuhi. Tidak cukup dengan itu, dia dihalau oleh ibunya. 'Anak aku dah lama mati. Kau siapa? Pergi berambus dari sini.' - Mak Temah Akur dengan kehendak ibu tersayang, kakinya melangkah pergi. Pertemuan dengan Tengku Aminah yang tinggal bersama Rayyan dan si kecil, Adib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Namun, itu hanya sementara. 'Kau nak kemana? Ada aku suruh kau pergi? Nasi aku siapa nak letakkan? Kau nak makan gaji buta ke apa?' - Rayyan Demi membalas budi Tengku Aminah, dia kuatkan hati. Setiap cacian dan tomahan yang dilemparkan dia hadap. Tanpa dia sedar, hanya kerana satu ucapan terima kasih, dia jatuh hati pada Rayyan. Pelik tapi benar. Kehadiran Syafiq secara mengejut dengan niat untuk membantunya menjadi tanda tanya. 'Aku rasa aku patut berterus terang je dengan kau. Ada orang inform aku yang kau dalam bahaya. So, aku datang ni nak bagi kau warning siap-siap supaya lebih berhati-hati selepas ni.' -Syafiq Di sebalik bantuan itu rupanya tersimpan satu rahsia. Kerana dendam, pelbagai kemalangan menimpanya. 'Aisyah, Aisyah...Hidup lagi kan kau? Aku ingat lepas kemalangan tu, kau dah jumpa Dian kat sana. Tak sangka pulak orang macam kau ni liat betul kan nyawa kau! Mampukah dia terus bertahan? Siapa yang berdendam dengannya? Tatkala semuanya terbongkar, masih adakah bahagia buat dirinya? 🌹Bismillahirrahmanirrahim🌹
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 997,803
  • WpVote
    Votes 27,710
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
Princess School ✔ by Flower_03
Flower_03
  • WpView
    Reads 2,155,728
  • WpVote
    Votes 37,620
  • WpPart
    Parts 11
. [Re-edit] Book I | P R I N C E S S S C H O O L . ❋━━━━━━━━━❋━━━━━━━━━❋ Head boy + Perempuan kepala batu = Chaos! Itulah ibarat antara dua makhluk tuhan ini. Aryana dengan Naufal. First time jumpa okey je. Tapi tak tahu kenapa dua tiga kali jumpa rasa macam tengah berperang. Nakal + gatal + suka ambil kesempatan itulah Naufal. Baik + kasar + ada aku kesah itulah Aryana. Pelik tapi beginilah kisah mereka. Yang seorang Head Boy sekolah yang tak berapa nak berdisiplin yang seorang kalau cakap menyinis, memerli memanjang. Pelik! Pelik! Tapi unik. Ada rahsia yang disimpan tapi diam itu lebih baik bagi Aryana. Tapi tak sangka cara dia berdiam buat orang nak pijak-pijak dia. It's okay sis tabah itulah prinsipnya. Kalau dia cakap dia nak benda tu dia akan dapatkan juga macam mana sekalipun. Itu prinsip si Naufal pulak. Ahh sudah. Macam mana ni? ❋━━━━━━━━━❋━━━━━━━━━❋ Highest Ranking:- #1 in Teen Fiction © All rights reserved An illegal act will be punished!