BAYANGAN SYURGA
2 stories
Selangkah Ke Syurga by MawarBesi
MawarBesi
  • WpView
    Reads 7,897
  • WpVote
    Votes 156
  • WpPart
    Parts 3
Sofea Auni, seorang gadis kacukan Australia-Malaysia boleh dikatakan sebagai sempurna, mempunyai segala yang diidamkan oleh gadis-gadis seusianya. Cuma satu kekurangan, iaitu didikan agama. Didikan agama yang kurang dari ibu bapanya menyebabkan Sofea Auni semakin jauh tersasar dari landasan agama islam. Gadis itu tidak pernah diajar untuk solat, membaca Al-Quran dan tidak didedahkan kepadanya siapa Tuhannya. Satu hari, jiwa Sofea Auni terasa kosong setelah hatinya hancur disebabkan seorang lelaki yang sangat dia cintai. Sofea Auni tercari-cari ketenangan untuk disandarkan hatinya yang telah remuk. "Kenapa Tuhan buat aku macam ni?! Kenapa Tuhan tu kejam sangat?! Kalau Tuhan tu baik, kenapa dia hantar aku kat dunia ni semata-mata nak hadap kesusahan ni?" -Sofea Auni "Tuhan tu tak kejam Sofea. Kita yang kejam. Tak pernah berterima kasih dengan nikmat yang Dia bagi. Selama ni macam-macam nikmat kita dapat, kita tak pernah bersyukur. Tapi bila kita ditimpa musibah, kenapa kita harus salahkan Pencipta kita Yang Maha Penyayang? Ingat Sofea, Dia yang menguji, sudah tentu Dia tahu apa yang terbaik buat awak." Kata-kata dari insan yang tak dikenalinya itu telah memberi panahan buat dirinya. Sofea dapat merasakan ada sesuatu yang perlu dia cari. Ya! Dia perlukan ketenangan. Dia perlukan redha dan rahmat Allah. Hanya dengan redha Allah, jiwanya akan tenang. Mampukah Sofea Auni menemui jawapan untuk menjahit hatinya yang telah koyak? Adakah dengan kehadiran Firdaus Hanafi dapat membantu mengisi kekosongan di jiwa Sofea Auni? "Carilah cinta Allah dan cinta rasulullah. Dengan cinta itu, hati kamu tak akan pernah kecewa kerana itulah cinta paling agung." -Firdaus Hanafi-
Milik Siapakah Hati Ini? by TheCahayaFarah
TheCahayaFarah
  • WpView
    Reads 179,272
  • WpVote
    Votes 3,420
  • WpPart
    Parts 25
Tak. Aku tak pernah cintakan kau. Esok genap 6 bulan dan tanggungjawab aku selesai sebagai isteri kau. Tandatangan surat dari mahkamah dan kita cerai. Lupakan tentang aku dan semuanya. Anggaplah aku tak pernah hadir dalam kamus hidup kau, Fariz. -Farah Elyana Farah, saya akan tuntut cinta kita yang awak lepaskan dulu. Saya tak anggap awak isteri sesiapa. Di mata saya, awak akan jadi milik saya.- Nazim Mama.. esok perkahwinan Arissa dengan Fariz. Mama jangan nak malukan Arissa pulak! - Arissa Sandha Tolonglah, ingat semula kenangan yang pernah kita lalui bersama. Sayang sanggup tinggalkan semua tu? - Fariz El-nino "Masalahnya, perancangan tetap perancangan. Salahkan diri kau sebab kau yang rancang semua tu!