aidrina's Reading List
9 stories
Shh.. Dia Datang [C] by teh_madu
teh_madu
  • WpView
    Reads 2,109
  • WpVote
    Votes 135
  • WpPart
    Parts 17
Janna, Karla dan Syaliah adalah tiga sekawan yang berpindah keluar dari rumah keluarga lalu menyewa rumah sendiri di sebuah flat Ingin berdikarilah katakan Tapi siapa sangka rumah yang mereka sewa menyimpan sebuah rahsia kelam yang memakan jiwa Lagipula, harga rumah itu hampir sama dengan rumah lain.Mahal masyaallah! Rumah itu pula ditinggalkan kosong hampir 5 bulan lebih Pada mulanya, mereka menganggap gangguan yang diterima masih normal.Biasalah rumah dibiarkan kosong lama.Tapi sangkaan mereka melesit apabila saban hari gangguan makin menggila Bertambah kacau dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang.Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya! Apakah yang terjadi pada mereka? Mampukah mereka menghentikan gangguan yang melanda? atau ada pengorbanan jiwa diantara mereka? Semua jawapan ada didalam Shh..Dia datang
RANGGA DURJANA BAWA BENCANA by kukilkufiq
kukilkufiq
  • WpView
    Reads 4,577
  • WpVote
    Votes 289
  • WpPart
    Parts 6
Tajuk Lama Buku : Rumah Pusaka #NovaestarHorrorChallenge "AKU BERSUMPAH KETURUNANMU TAKKAN TENANG...AKU TAKKAN BERHENTI MEMBURU SETIAP KETURUNANMU...EMPAYARMU AKAN BINASA.. AKU AKAN MEMBUNUH MEREKA SEMUA, INI SUMPAHKU, SUMPAH SERI RANGGA PENARI ISTANA......!" Sumpah Diucap pemula bicara, Membuat Ketar di hatinya, Si pemegang Takhta, Mendengar sumpah laknat yang Teraniaya. Sinopsis : Mengisahkan dendam Seri Rangga terhadap keturunan Sultan Aman Shah , hingga sampai ke keturunannya yang terakhir Seri Indah , wanita biasa yang tidak mengetahui susur galur keturunannya dan Suaminya Shafiuddin , SUMPAH LAKNAT wanita puaka yang akan membinasakan seluruh keturunan akhir Sultan Aman Shah, namun terperangkap dalam jerat nya sendiri kerana permainan cinta nya terhadap Shafiuddin, amarah , cemburu dan dendam yang membinasakan akhirnya menjerat Rangga, Safiuddin dan Indah, Kisah Seram antara cinta dua alam yang berbeza. Disarankan untuk membaca karya RUMAH PUSAKA di awalan cerita untuk memahami jalan cerita ini.
Sahabatku Seorang Hantu!!! by -MiniLovely-
-MiniLovely-
  • WpView
    Reads 8,998
  • WpVote
    Votes 292
  • WpPart
    Parts 21
Nur Erina Syafiqah adalah merupakan seorang murid tingkatan 4A.Akan tetapi,dia sering mengalami tekanan perasaan daripada keluarganya.Sahabatnya iaitu Hidayah sering mencuba dalam mengembirakannya dan hasilnya Erina berasa terhibur dengannya.Apakah akan terjadi sekiranya Hidayah itu adalah seorang hantu??Bolehkah Erina menerimanya sebagai kenyataan??Jika ingin tau kisahnya cubalah baca!!! Selamat membaca!!! Semoga korang enjoy dan maaf kalau cerita ni tak menarik^_^ Watak Erina Hidayah Irwan Cikgu Humaira Puan Alina Tuan Hashim Zahira Syuhada
RUMAH TERAKHIR by lerrrrrrrrrrrrrrrrr
lerrrrrrrrrrrrrrrrr
  • WpView
    Reads 340
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 18
Zack dan Jem, dua sahabat baik yang gemar mencari pengalaman seram, memutuskan untuk meneroka sebuah rumah usang yang digelar 'Rumah Terakhir'. Menurut cerita penduduk tempatan, sesiapa yang berani masuk ke dalam rumah itu tidak akan keluar dalam keadaan yang sama. Namun, anggapan mereka tentang cerita tahyul itu mula berubah apabila malam yang sepatutnya sekadar satu gurauan berubah menjadi mimpi ngeri. Di dalam rumah tersebut, Zack dan Jem menghadapi pengalaman yang menakutkan-bayangan gelap, suara bisikan yang misteri, dan kehadiran seorang budak perempuan dengan mata merah yang menyeramkan. Perlahan-lahan, Zack sedar bahawa rumah ini bukan sekadar bangunan kosong. Ia hidup, dan lebih dahsyat lagi, rumah itu telah memilih mereka untuk tujuan yang gelap dan menakutkan. Semakin lama mereka berada di situ, semakin sukar untuk melarikan diri. Penghuni yang tidak kelihatan mula mempermainkan minda mereka, menyebabkan mereka terperangkap dalam dimensi yang tidak dapat dijelaskan. Zack dan Jem perlu mencari jalan keluar sebelum Rumah Terakhir itu mengurung mereka selamanya dalam kegelapan yang tidak berpenghujung. Namun, persoalannya: Adakah mereka benar-benar dapat lari, atau adakah rumah itu akan menelan mereka satu persatu?
Karma by AdhaMurad
AdhaMurad
  • WpView
    Reads 2,029
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Parts 11
Kerana dendam lampau, dia kembali hidup. //// Cover "The Trail of Red" oleh Nicole Burton diperoleh daripada http://www.darkbeautymag.com/wp-content/uploads/2014/11/Nicole-Burton-Parvana-Photography-Houieda-Chaymouni-The-Trail-of-Red.jpg
TERPERANGKAP DALAM BAYANGAN [C] by xavieriazoey
xavieriazoey
  • WpView
    Reads 23,943
  • WpVote
    Votes 2,097
  • WpPart
    Parts 74
AIMIN HUMAIRA, seorang gadis kecil berusia 6 tahun memiliki mata yang amat luar biasa. Kelebihan ini membolehkan Aimin melihat makhluk halus dan mengakses dunia ghaib yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Suatu hari, dia secara tidak sengaja bertemu dengan makhluk hitam yang dikenali sebagai penjaga hutan dalam dunia ghaib yang menyimpan banyak rahsia misteri. Namun ketika Aimin berusia 10 tahun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dia hilang ingatan dan mata uniknya berubah menjadi hitam seakan-akan segala keajaiban yang dimiliki lenyap begitu saja. Tahun demi tahun berlalu, Aimin membesar tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada dirinya. Pada usia 20 tahun, ketika dia tersesat di suatu tempat yang tidak dikenali, Aimin kembali bertemu dengan makhluk hitam tersebut. Malah, makhluk itu juga tidak mengenali Aimin dan membantu Aimin keluar dari dunia ghaib. Namun, pertemuan kali ini membawa bahaya yang lebih besar apabila Aimin menyedari bahawa perjanjian lama yang melibatkan dirinya dan mata uniknya mempunyai kaitan dengan nasib dunia ghaib dan manusia. Mata Aimin yang berubah merupakan kunci kepada suatu rahsia gelap yang melibatkan pertempuran antara dunia nyata dan dunia ghaib. Kini, Aimin harus berdepan dengan takdirnya yang penuh misteri, serta ancaman yang lebih besar daripada apa yang pernah dia bayangkan. START : 9/1/2025 END : 2/2/2025
Sumpahan untuk Si Puteri by HJRSC92
HJRSC92
  • WpView
    Reads 31,778
  • WpVote
    Votes 1,665
  • WpPart
    Parts 15
"Jika aku tak boleh mati, maka sumpahlah aku. Biar aku hidup beribu tahun untuk mencari kembali cinta hatiku"
Irene: The Lost Witch 2 [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 167,278
  • WpVote
    Votes 22,810
  • WpPart
    Parts 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirnya datang kembali untuk membalas dendam yang tersimpan di hatinya. Semua yang telah dia lalui di kehidupan ini dan masa lalu telah membuat dirinya kuat untuk menahan segala kesakitan yang menimpa. Dan disebabkan itu, dia bertekad akan membalas dendam atas apa yang berlaku walaupun dia terpaksa membayar dengan nyawanya sendiri. Satu persatu rancangan membalas dendam Irene berjaya dilakukan malah dia sendiri telah membuat negara Verish ke arah peperangan. Memang itu rancangan dia selama dan itu berjalan dengan lancar. Namun tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Dia sekali lagi telah melihat pengorbanan yang tidak sanggup dia hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga tersedar bahawa dirinya kini telah menghadapi satu takdir yang diberi nama.. Takdir penyihir kegelapan. Dia tidak dapat lari dari takdir itu namun dia tidak mahu takdir itu menamatkan dendam yang belum dia lunaskan. Oleh itu, dia bertekad untuk melakukan apa sahaja demi dendamnya. Adakah Irene berjaya akan membalas dendam tersebut? Adakah pengorbanan yang berlaku membuat Irene hilang arah lagi? Atau adakah sejarahnya masa lalunya akan berulang lagi? Ikuti kisah ini untuk mengetahui pengakhiran Irene dan rahsia yang berlaku dibalik kehidupannya itu. Start: 8.1.2022 End: 3.7.2022