Fantasi
16 stories
War Songstress by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 1,237
  • WpVote
    Votes 122
  • WpPart
    Parts 8
Jika anda mempunyai bakat dalam menyanyi, bagaimana anda ingin menggunakannya? Untuk hiburan? Untuk jadi terkenal? Atau... untuk berperang? Sampai kah makna atau perasaan anda melalui nyanyian kepada para pendengar? War Songstress merupakan kisah pelbagai makhluk berhubung dan juga bagaimana penyanyi-penyanyi yang terpilih menyampaikan perasaan mereka melalui nyanyian mereka. Sambil itu ada sesetengah daripada mereka terpaksa menggunakannya di kawasan peperangan. Lagu mereka memberi kesan semangat, keberanian, kekuatan, senyuman dan lain-lain lagi kepada orang yang mendengarnya. Tetapi timbul masalah apabila lagu-lagu ini digunakan untuk kejahatan dan dijadikan satu simbol kemusnahan dunia. Jika ini berlaku, apa yang akan terjadi kepada semua makhluk? Saksikan sendiri bagaimana watak-watak cerita ini menyelesaikannya.
FATED ENCOUNTER (BAHASA MELAYU) - BUKU 2 BLOODY FRIENDSHIP by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 47,572
  • WpVote
    Votes 3,690
  • WpPart
    Parts 38
Agi ataupun Sagittarius adalah pengguna kuasa Bintang Sagittarius. Selama beratus-ratus tahun, Bintang Sagittarius mempunyai kuasa yang sangat istimewa. Mereka berkebolehan untuk merentasi dimensi, menyembuhkan kecederaan dan kuasa alam tetapi daripada kegunaan kuasa tersebut, terdapatnya sumpahan yang tidak boleh dibuang mahupun diubah. Sumpahan tersebut akan berada pada setiap pengguna Sagittarius yang telah dipilih oleh binatang Bintang Sagittarius. Agi berasa sangat kecewa apabila sumpahannya telah mengubah kehidupannya. Dia menyalahkan Pegasus kerana telah menyebabkan perubahan tersebut. Dia tidak mendekati sesiapa atau mempunyai hubungan rapat dengan orang lain kerana tidak mahu jatuh cinta mahupun menyebabkan orang lain jatuh cinta dengannya. Hanya dengan satu kucupan daripada Pegasus telah mengubah kesemua perkara dalam hidupnya. Malangnya, timbul masalah baru iaitu Pegasus. Dia tidak pasti bagaimana Pegasus mengetahuinya tetapi pandangan Pegasus yang seperti mengetahui rahsianya menyebabkan dia tidak mahu berada berdekatan Pegasus. Bukan itu sahaja, pengacauan Pegasus semakin melampau sehingga Agi takut dengan perasaan sebenar yang dilihatnya pada wajah Pegasus kepadanya. Dan Pegasus pula mengalami masalah dan tidak dapat menyelesaikannya sendiri. Dia tidak mahu membahayakan nyawa orang lain tetapi apa yang dapat dia lakukan untuk menghalangnya? Agi pula sentiasa bermain dalam fikirannya. Sukar untuknya menjauhi Agi. Bagaimana Agi hendak menjauhkan diri daripada Pegasus yang cuba mendekatinya dengan lebih lagi daripada pergaulan seorang rakan? Mengapa dia takut orang lain mengetahui perubahan dirinya itu? Dan apa pula masalah yang dihadapi Pegasus? Malah, muncul pula musuh baru? Siapakah mereka? Apa yang mereka nak? Baca dan selami masalah mereka dalam buku kedua ini! XD
THE TALE OF DRAKE by purple_rea
purple_rea
  • WpView
    Reads 16,043
  • WpVote
    Votes 1,522
  • WpPart
    Parts 18
Erix seorang remaja lelaki yang lemah dan sering dipergunakan oleh orang sekelilingnya. Dirinya juga turut dikhianati oleh sahabat baiknya. Disebabkan rasa putus asa dengan hidup dan dendam terhadap mereka yang mempergunakan dirinya, Erix mengambil keputusan untuk membunuh diri. Tetapi, kemunculan Drake telah mengambil alih tubuhnya. Si Raja Kegelapan yang gemar akan kebebasan, mengambil keputusan untuk meninggalkan takhtanya dan mengembara ke dunia lain dengan menggunakan tubuh Erix. Pengembaraannya dari satu dimensi ke dimensi yang lain, telah membawa dirinya kepada satu dimensi, di mana dirinya mula tertarik terhadap seorang gadis. Bagaimanakah kisah Drake dan Erix? Apakah yang membuatkan Drake tertarik terhadap gadis misteri itu? Jomlah selami cerita ini. [Inilah kisah Drake dan Lucy yang pernah aku perkatakan sebelum ni] start:3/11/19
𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒 by Niemza
Niemza
  • WpView
    Reads 94,560
  • WpVote
    Votes 10,835
  • WpPart
    Parts 47
[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota Metropolitan Rionzess. Hanya itu! Namun, segalanya berubah dalam satu malam. Arash ternampak sebuah meteor membelah langit malam itu lalu menghentam bumi. Tanpa diduga, sebuah gelombang aneh melanggar tubuhnya dan dia pengsan di situ. Meteor itu mencetuskan kekecohan di Rionzess. Tetapi, dua beradik ini tidak peduli. Arash hanya mengetawakan yang huru-hara yang dicetuskan remaja termutasi berkuasa super. Baginya, itu mengarut! Sampailah dia sendiri memliki kuasa itu. Eizham ketakutan, sebab semua remaja termasuk adiknya akan ditangkap untuk mengesan siapa yang termutasi. Dia cuba menghalang, namun tentera kerajaan pusat tetap membawa adiknya pergi. Arash berdepan cabaran dan masalah yang tidak diduga. Kerajaan Daviex masuk campur dalam ujian saringan itu dengan memaksa semua remaja Rionzess yang ditangkap untuk bermain sebuah permainan di dunia 'Virtual reality'. Masalahnya, dalam permainan bunuh-membunuh itu, semua orang akan hidup pada akhirnya. Semua, kecuali para Meteoris iaitu mereka yang termutasi. Dan, Arash ialah seorang Meteoris. [Sloooooow Update.]
CRAYON™ (C)  by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 8,991
  • WpVote
    Votes 1,512
  • WpPart
    Parts 22
Kurogami Inui merupakan pelajar sekolah tinggi,dia selama ini jenis bersendirian dan tidak fikirkan teman rapat. Namun disebabkan sikap peramah Fukami Rumi,Inui mula masuk campur dalam hal sosial. Tidak lama lepas itu Yagami Kaguya,pewaris kedua keluarga Yagami menjadi sebahagian dari mereka. Inui adalah pewaris ketiga dalam keluarganya,iaitu keluarga Kurogami namun atas sebab salah faham dan tidak sebulu dengan ayahnya. Dia lari meninggalkan keluarga itu,lalu tinggal bersendirian dibantu oleh gurunya Sanzo. Hal bertambah rumit apabila Kusanagi Takeru pindah masuk ke sekolah mereka,namun tujuan dia adalah inginkan Kaguya kerana mendakwa gadis itu adalah tunang kepada Takeru. Namun Kaguya tidak mahukan semua itu,dia hanya mahukan tamat sekolah dan tidak mahu terikat dengan orang bukan pilihannya. Apa yang Inui akan lakukan? Kurogami Inui "Aku bukan hero tapi masa depan orang bukan kau yang tentukan.." Yagami Kaguya "Saya ingin tentukan hala tuju saya sendiri!" Fukami Rumi "Awak telah melanggar garis larangan dan ia membuatkan awak menyesal.." Kusanagi Takeru "Apa yang aku mahukan semua akan jadi milik aku! Itu sudah pasti..!" Takagi Kamui "Jangan risau Inui.. Aku akan bantu dan sokong kau.. Jangan fikir apa orang nak kata..."
BIO-TAMER : FIRST ENCOUNTER™ (C) by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 24,605
  • WpVote
    Votes 3,028
  • WpPart
    Parts 58
Bio-Wild,haiwan tempur yang asal-usul penciptaannya tidak dapat di jawab dengan mudah. Malah kewujudan mereka amat misteri,sukar untuk dirungkaikan dan juga bersembunyi dari manusia yang tidak mereka kenal. Bio-Wild mempunyai pasangan manusia jika bertempur,mereka akan bergabung dengan manusia melawan kuasa pihak jahat. Pasangan manusia mereka digelar Bio-Tamer,mereka sahaja yang mampu berinteraksi dengan haiwan bionic tersebut. Namun puak Bio-Tamer ini dikatakan sudah tidak wujud ataupun tidak mempraktikkan perhubungan dengan Bio-Wild,semuanya disebabkan pertempuran 700 tahun yang lalu antara Ancient Bio-Wild dan Negative Bio-Wild. Aizman Hazieq Al'Hufaz adalah seorang pengkaji yang bekerja di istana Mentari,dia mengkaji mengenai kewujudan misteri seperti Bio-Wild. Satu hari dia menjumpai satu Bio-Wild yang terbeku,pada masa yang sama juga muncul Bio-Crusher iaitu Bio-Tamer yang ingin membangkitkan Negative Bio-Wild. Aizman tanpa dia sedar dirinya,berasal dari puak Bio-Tamer. Dia kena menghentikan Bio-Crusher,untuk melakukannya dia kena membentuk skuadnya sendiri. Atas bantuan Ikhwan Syah Al'Solleh,dia membentuk skuad yang terdiri dari lima orang pemuda termasuk dia. Selain itu dia juga mendapat bantuan dari seorang Bio-Wild yang bergerak solo,Maya dengan Tiga Ekor Bio-Wild Hound Dog Blade,Garren dan Chalice. Aizman Hazieq Al'Hufaz "Bio-Wild adalah teman bukan alat,jangan kau permainkan mereka.." Farzana Illyana Al'Zamree "Setiap hidupan yang bernyawa ada hati dan perasaan,begitu juga Bio-Wild..." Zainol Ariffin Rudy "Kau beritahu sahaja siapa musuh kau Aizman,aku akan hapuskan untuk kau.." Megat Putra Raden "Aku tak kisah untuk tolong kau,asalkan ada wanita cantik dan seksi.." Naomi "Awak buat hal awak,saya buat hal saya.. Tidur.." Maya "Awak halang jalan saya,awak akan tahu akibatnya.." Radzen "Kerana Bio-Wild kehidupan aku hancur,jangan kau berani bersyarah seperti kau faham aku!" Berjayakah mereka menghalang Bio-Crusher?
LOVELY GHOST, EVIE [C] by JejakaMerah
JejakaMerah
  • WpView
    Reads 276,502
  • WpVote
    Votes 22,923
  • WpPart
    Parts 39
Ini bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di apartmentnya. Jadi, dia buat keputusan untuk cari jalan penyelesaian. Akan tetapi, jalan penyelesaiannya tidak semudah disangka. Jadi, apa yang akan terjadi? Dua entiti berbeza berkongsi rasa hati? Kalau nak tau, simpan buku ni dalam library!
THE LOST HEIR [C] by JejakaMerah
JejakaMerah
  • WpView
    Reads 219,738
  • WpVote
    Votes 17,954
  • WpPart
    Parts 32
Quinn, seorang remaja lelaki biasa. Hidupnya normal sebagaimana remaja yang lain. Tiada keluarga, hanya tinggal bersama Auntie Tyara. Hidupnya terasa tidak bermakna. Kosong. Sepi. Namun begitu... Kehadiran seorang gadis misteri membuatkan hidupnya berubah seratus peratus. Segala rahsia terungkap satu persatu. "Quinn, kau bukan biasa-biasa...Kau satu-satunya waris tunggal King Vlademir, The Fourth King of Arastosa..." -Aiden, The Great King of Valenthia- "Aku tak pasti, samada aku bermimpi ataupun ini realiti? What the heck is this? Magic?" -Quinn Scovish, The son of Vlademir- "Aiden, aku tahu...Kau sayangkan dia...Tapi, biarkan dia berdikari...Make him a good wolf..." -Lycanstrophes, the ex-legendary hunter-
MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️] by JejakaMerah
JejakaMerah
  • WpView
    Reads 266,591
  • WpVote
    Votes 23,398
  • WpPart
    Parts 40
"Aku tak kisah pasal hal lain, Vlad. Aku nak Lycans! Aku nak bunuh dia dengan tangan aku sendiri!" -Aiden Lycans, The Hunter- "Ayah percaya saya akan dapat cinta sejati? Like seriously?" -Eilya Eara, The 9th gumiho- "Aiden. Please, listen to me. Lycans takkan biarkan Loralyn dibunuh. Dia sendiri hilang entah kemana, and you vowed revenge on him? Aiden, please no." -Vlademir Scovish, 4th Kings of Arastosa- Ini merupakan kisah bonus diantara Aiden dan Eilya sebelum mereka ditakdirkan untuk hidup bersama. Apa yang terjadi sebenarnya?
AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C] by JejakaMerah
JejakaMerah
  • WpView
    Reads 2,252,491
  • WpVote
    Votes 125,429
  • WpPart
    Parts 151
[Completed] Kisah cinta fantasi diantara si serigala, Aiden Lycans dan juga si gumiho, Eilya Eara. Aiden, The son of Lycans merupakan pemburu makhluk buas yang terkenal dengan gelaran, si anak lagenda. Lycanstrophes. Bahkan begitu, dia menyimpan dendam kesumat kepada Lycanstrophes dek sejarah hitam yang berlaku ketika dia kecil. Namun, segalanya berubah apabila kedatangan si gumiho, Eilya Eara membuka pintu hatinya yang telah sekian lama terkunci. Seekor naga pemusnah dunia pula, bakal bangkit untuk menghuru-harakan keadaan. Phantom Assasins pula memburu Aiden dalam diam untuk menyeru sang naga, Deathwing. "Eilya, it is true? Kau sukakan aku?" -Aiden, The son of Lycans. "Hurmm, saya selalu berada dengan siapa lagi? Kalau bukan awak?" -Eilya Eara, The gumiho- "Merlin, aku tak pasti samada anak aku buat-buat bodoh, or dia sememangnya bodoh?" -Lycanstrophes, The legendary hunter- "Dah kau bodoh, anak kau pun ikut sama bodohlah, apa punya bangang soalan..." -Merlin, The great one- Kisah cinta fantasi yang cheesy, komedi dan disulami dengan adegan aksi hasil karangan JejakaMerah. #Mature Content#