Imagika - Kembara Dunia Baru
PistolAir69
- Reads 86,975
- Votes 1,167
- Parts 8
Memaparkan protagonist bernama Mikael. Seorang lelaki muda berumur 24 tahun yang dilahirkan didalam sebuah keluarga yang masyhur dan kaya raya. Merupakan salah seorang pewaris kepada legasi perniagaan bapanya. Namun perkara menjadi runcing apabila bapanya terlibat didalam satu tragedi rompakan yang berlaku dirumah mereka.
Kehidupan Mikael menjadi gelap. Ditambah dukanya dengan layanan yang diterima oleh kaum kerabat arwah bapanya. Hanya mementingkan perwarisan harta. Tempiasnya dirasai dengan jelas. Mikael mula disisihkan sedikit demi sedikit didalam memacu perniagaan arwah bapanya. Asalnya sebagai seorang Ketua Pengurus Jualan, kini hanya berkhidmat sebagai cleaner dibangunan milik bapanya. Tidak cukup dengan itu, Mikael ditimpa bencana yang baharu apabila dia menjumpai sebuah buku lama semasa mencuci tandas syarikat. Sedikit yang dia tahu bahawa buku lama tersebut bakal menjemputnya ke satu alam fantasi yang bakal mengubah hidup Mikael selamanya.