•| stories
2 stories
Lelaki Bertopeng Putih (HIATUS) by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 175,937
  • WpVote
    Votes 17,029
  • WpPart
    Parts 36
[KARYA KEDUA - REWRITE VERSION AVAILABLE] Tajuk : Lelaki Bertopeng Putih Previously known as : The After Story Genre : Romance Action Status : Hiatus Maklumat tambahan : Sequel Hacker 426 Cover by : @azleyanaaa ×××× HARIES NAIM. Dia seorang lelaki ceria yang nakal dan gemar mengusik orang yang tersayang. Dalam kenakalan dan senyuman yang sering dipamerkan di hadapan semua orang, siapa saja menyangka... dia merupakan Lelaki Bertopeng Putih. Lelaki yang digeruni kerana kehandalannya dalam menisankan kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Malaysia. Kehidupannya sebagai seorang LBP dan CEO syarikat AmiZa Holding sudah cukup menguji mental dan fizikalnya. Tapi hidup tak kenal erti rehat. Entah kenapa dan sebab apa, mamanya, Puan Sri Naina memaksanya berkahwin dengan seorang gadis pilihan mamanya. Klise? Sangat. Hingga buat Haries sakit kepala memikirkan perkara itu. Untuk apa Puan Sri Naina memaksanya sebegitu sedangkan sebelum ini, wanita itu bukannya kisah sangat akan status bujangnya. Umur Haries pula tak sampai 40 tahun pun untuk layak digelar Antertu. Apa niat sebenar Puan Sri Naina dalam mendesaknya berkahwin? Fikirannya bertambah berat apabila dia perlu memberikan komitmen yang lebih untuk tugasnya kali ni. Ya, tugas untuk menghapuskan kumpulan kongsi gelap paling terkenal di Malaysia, The Oscura. Semudah itukah kumpulan itu bakal dilenyapkan? Sedangkan 426, penggodam terkenal pun langsung tak berani menjanjikan kemenangan berada di pihak mereka. Mindanya juga kian kusut tatkala dia antara sedar dan tidak, sudah mula menyimpan perasaan dan angan-angan dengan gadis pilihan mamanya, Raihanah. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Tekanan mulai mengganggu perasaan. Lelaki Bertopeng Putih mulai tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali?
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔| by QilaNiz
QilaNiz
  • WpView
    Reads 1,662,052
  • WpVote
    Votes 61,543
  • WpPart
    Parts 88
DAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasuh dalam keluarga yang senang. Bonus, dia dianugerahkan kesempurnaan wajah serta kebijaksanaan akal. Perkahwinan muda yang tidak disangka telah membuka tirai kesedihan buat Dahlia. Setiap manusia ada kelemahan mereka sendiri. Bagi Fayyadh, sikap ingin tahunya tentang sang isteri telah mengheretnya menyelam ke dasar masa silam Dahlia yang penuh dosa dah khilaf. "Apa yang kau cuba rahsiakan daripada aku,Aria?"-FAYYADH HAIDAR. " Kalau kebenarannya pahit dan kau tidak boleh menerimanya,kau nak buat apa? Ceraikan aku?"-DAHLIA ARIANA. Di saat kemanisan mula dirasai, Ada pula bala yang menanti, 6 tahun pemisah jasad dan hati, Janji Tuhan sentiasa ditepati. Sang dia mula memunculkan diri, Bagi menyembuhkan jiwa yang disakiti, Masih adakah rahsia lagi? Segalanya termaktub di buku ini.