missdiraa
- Reads 184,606
- Votes 10,402
- Parts 53
πππ«π’π¬ ππ¬π‘πππ₯ | πππ¬π§π’π¦ ππππ₯π
"Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu."
Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu.
Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah.
Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata.
"E-Eshaal?" - ππππππ πππππ
Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka.
"Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - πππππ ππππππ
"Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - ππππππ πππππ
Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati.
Tanpa cinta.
Tanpa harapan.
Dan tanpa janji untuk saling memiliki.
Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu.
Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan.
Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu?
Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?