bebylia_offcial's Reading List
199 stories
Mafia's Love ✅ by suewisyakhaily
Mafia's Love ✅
suewisyakhaily
  • Reads 813,048
  • Votes 37,825
  • Parts 41
"Selagi kau stay dengan aku, aku akan layan kau macam permaisuri. Bagi kau apa sahaja termasuk perhatian. Apa sahaja untuk kau." "Sa-kenapa saya?" "Kau akan tahu nanti lambat atau cepat. Buat masa sekarang, ianya kerana kau milik aku. Okey, babygirl. You're mine." Apa yang kau nak buat bila hidup kau yang dah memang susah bertambah susah dengan kehadiran lelaki mafia ni. Nur Hyerin perlu bersusah payah survive bersama dengan dua orang adik lelakinya. Kehadiran mafia yang tiba-tiba mengajak atau lebih kepada mengugut gadis itu berkahwin dengannya buatkan Hyerin tiada pilihan. Tinggal dengan seorang mafia perlu tempuhi banyak cabaran. Walaupun kehidupan dia dan adik-adiknya bertambah baik, tetapi perasaan terbatas buatkan Hyerin frust. Khairil the infamous mafia. Atau mungkin ada sesuatu yang dirahsiakan Khairil daripada Hyerin. Apa sebab utama Erin bersama dengan si mafia yang angau ni? Warning: Harsh words dan keganasan but NO SEX! Also the storyline is not my idea. Credit to @spillthatea. Saya hanya berkongsi tetapi dalam bahasa yang berbeza. Ranking #1 in childhood, komedi #2 in ganas #3 in action
Secebis Hati Yang Terluka by SilauunPurii
Secebis Hati Yang Terluka
SilauunPurii
  • Reads 2,422,249
  • Votes 90,153
  • Parts 72
Highest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) ❅ SilauunPurii 1st General Fiction; 2nd Romance ❅ _____________________________ CEO. Lelaki? EGO. Pun lelaki sajalah? Tulang belakangnya patah, Kasih sayangnya dipersia, Kepercayaannya punah, Impiannya musnah, Hatinya selalu dilukai ... sakit. Apa yang membuat dia teguh berdiri? Sehingga menjadi CEO wanita pertama? E-G-O! Yeah, ego what's kill any relationship. But it is what protected you from broken heart again! - Aleyah Nurhani _____________________________ ❅ Cover thanks to @ainmaitoten ❅ Start; 1 September ©2017 ❅ End; 11 Oktober ©2017 ❅ 72 parts Complete Hakcipta @SilauunPurii ©2017
Mencari Bahagia [C] by findaemira
Mencari Bahagia [C]
findaemira
  • Reads 254,896
  • Votes 9,262
  • Parts 60
[Book 1] Auni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spekulasi tentang hidupnya yang dia tidak akan dapat merasakan perasaan bahagia yang sebenar. "Bahagia tu bermula dengan diri sendiri. Kau? Bahagia bermula dengan orang lain" - Hazeem Irsyad "Aku cuma nak orang bangga dan hargai aku je Hazeem," - Auni Hazeem Irsyad, jejaka periang tetapi tegas, seperti maksud namanya juga. Namun apabila Hazeem Irsyad tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita, Auni mula percaya dengan spekulasinya selama ini. "Saya dah minta izin abang awak untuk izinkan kita berkenalan" - Muhammad Asri Auni cuma senyum dan tidak menghalang niat baik Asri. Mungkin betul apa yang Hazeem Irsyad pernah katakan padanya- Bahagia itu bermula dengan diri sendiri. - Start: 17 September 2024 End: 22 November 2024
KESEMPATAN BAGIMU by aleksssander
KESEMPATAN BAGIMU
aleksssander
  • Reads 267,099
  • Votes 13,610
  • Parts 80
Bagi seorang HANA HUMAIRA, lelaki bernama BAIHAQI itu merupakan cinta pertamanya. Kehadiran lelaki itu bagaikan cahaya yang menerangi hari-harinya. Ketika Haq menawarkannya untuk hidup bersama, tanpa berfikir panjang dia menerima lamaran tersebut. Hana menyerahkan segalanya untuk lelaki itu. Baginya, seorang Hana Humaira hanya untuk Baihaqi. Mereka hidup bahagia bersama. Tetapi setelah tiga bulan membina mahligai bersama, tiba-tiba lelaki itu pergi meninggalkannya. Baihaqi meninggalkannya tanpa sebarang pesan. Wanita itu jatuh. Dirinya hilang bagai dibawa bersama lelaki itu. Dia keliru. Dia tidak kuat menghadapi ujian itu sendiri. Di saat dia sukar untuk menerima kenyataan, khabar yang tidak disangka singgah di telinganya. Dengan itu, dia kuatkan diri demi amanat yang diberi. Lima tahun kemudian, Baihaqi muncul kembali dalam hidupnya. Saat itu dia marah, dia kecewa. Lelaki itu datang menuntut kemaafannya. "Maafkan abang, Hana." - BAIHAQI "Do we deserve a happy ending?" - HANA HUMAIRA Hana ingin mementingkan dirinya sendiri. Tetapi dia tahu perkara seperti itu tidak mungkin akan berlaku. Perlukah dia memberi peluang kedua kepada lelaki itu? Bolehkah Haq membahagiakannya seperti dulu? Adakah cinta di dalam hati masih untuk lelaki yang sama? START : 12/8/2021 END : 29/3/2022
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish] by IeraRoselyn
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
IeraRoselyn
  • Reads 695,907
  • Votes 23,058
  • Parts 67
Lelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap manusia. Kerana hanya Allah Maha Pemilik hati. Kayla Raihana. Demi menjaga hubungan yang baik dan kekalkan persahabatan dia bersama Adam Firdaus, dia sanggup menahan hati dan perasaannya bila Adam Firdaus sudah pun menjalinkan hubungan dengan gadis yang dicintai lelaki itu. Walaupun sakit, Kayla Raihana tetap menahan persahabatan mereka. Dia sanggup kecewa daripada kehilangan lelaki itu. Kerana, sejak kecil dia cuma ada lelaki itu dan keluarga lelaki itu. Dia sudah kehilangan ahli keluarga sejak kecil disebabkan satu kejadian kebakaran yang meragut nyawa seluruh keluarganya. Adam Firdaus. Dia terlalu mencintai kekasih hatinya. Sudah dia tidak peduli akan perasaan dan hati Kayla Raihana walaupun dia tahu akan perasaan Kayla Raihana terhadap dia. Tidak lama, satu keadaan yang memaksa dia untuk menjadikan sahabat baiknya sendiri sebagai isteri kerana kekasih hati melarikan diri sebulan sebelum majlis diadakan. Adam Firdaus menjadikan Kayla Raihana isteri hanya kerana simpati. Kayla Raihana menerima Adam Firdaus dengan hati yang terbuka kerana dia sangat cinta kepada lelaki itu. Satu peristiwa yang telah menyebabkan Kayla Raihana begitu kecewa dengan Adam Firdaus telah membawa dia pergi jauh dari lelaki yang dia cintai. Dia sanggup menjauh dari terus dihina dan dicaci oleh suami merangkap sahabatnya sendiri. Mampukah Adam Firdaus menggantikan perasaan kasihan kepada cinta untuk Kayla Raihana setelah isterinya pergi jauh dari sisinya? Masihkah ada peluang untuk Kayla Raihana bahagia?
Demi kamu by cik_Huyya
Demi kamu
cik_Huyya
  • Reads 193,285
  • Votes 5,399
  • Parts 55
Orang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsyar. Adeena memendam perasaan cintanya terhadap Zaim seorang diri apabila terang-terang Zaim menghadkan hubungan mereka sekadar kawan baik. Kata Fatin, Adeena harus menjadi seorang yang tak tahu malu untuk mendapatkan Zaim tetapi bagi Adeena biarlah dia menjadi perempuan yang tinggi sifat malu daripada hilang seorang kawan baik. Sungguh! Adeena tidak rela kehilangan Zaim. Apabila Zaim mempunyai kekasih hati, Adeena la orang pertama yang makan hati namun demi kebahagian Zaim dia rela tersenyum dalam kesakitan. Dalam merawat hati yang kian terluka muncul seorang insan yang mengaku cinta. ''I love you Deena! Bagi saya peluang untuk mencintai awak please,:- Haris Perlukah Adeena membuka hatinya untuk Haris sedangkan nama Zaim masih kukuh tersemat disitu? Start: August 2020 End: May 2023
Takdir Dia by nurinnzulkifli
Takdir Dia
nurinnzulkifli
  • Reads 299,891
  • Votes 11,113
  • Parts 82
Aisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang ramai. Tambah pula dengan harga yang murah! Pertemuan dengan Irfan Fakhri, anak bongsu Datin Fatiha yang merupakan salah seorang wanita tersohor yang menempah keknya, membuat hatinya jadi tak keruan. Jika mahu dibandingkan Fakhri dengan abangnya, Farhan, memang seperti langit dan bumi. Farhan beku, dingin. Fakhri pula baik dan sopan, bukan macam abangnya! Insiden yang 'hampir sama' menemukan Aisy dan Farhan, begitu jua menemukan Aisy dan Fakhri. "Weh, kau buta ke apa? Tak nampak aku tengah reverse kereta?" - Izz Farhan "Sorry, saya betul-betul tak sengaja! Awak okay?" - Irfan Fakhri Baik betul Fakhri, Aisy yang bersalah tapi dia pula yang minta maaf. Jatuh hati? Aisy keliru dengan perasannya. Kenapa semudah itu hatinya terbuka untuk mencintai lelaki? Selama ini, hatinya itu dibiarkan saja kosong tanpa penghuni. "Ri tak sayang Aisy. Kalau tak sayang, macam mana nak kahwin?" - Irfan Fakhri Rupanya dalam diam, Fakhri menyimpan rasa terhadap Fiya, tunang abangnya. Aisy pula bertepuk sebelah tangan dalam menyimpan rasa. Kecewa? Tidaklah sampai begitu sekali. Aisy percaya, apa yang digariskan oleh Tuhan itu baik-baik belaka. Siapa sangka, Aisy bertemu jodoh dengan Farhan. Namun, bahagia memang jauh dari sangkaannya. Farhan masih menyimpan hati terhadap Fiya. Dalam hatinya cuma Fiya, Fiya dan Fiya. Walaupun Fiya sudah menjadi adik iparnya sendiri. Ya, Fiya disatukan dengan Fakhri. "Kau jangan ingat kau dah menang." - Izz Farhan "Terima jelah kau tak ada jodoh dengan Fiya." - Irfan Fakhri Mampukah Farhan menerima kenyataan itu? Aisy pula, bahagiakah dia saat terasa dirinya semakin terpinggir? Mampukah dia bertahan ketika diuji buat kesekian kalinya?
Inspektor Itu Milik Aku?!✔️ by wnrdfh
Inspektor Itu Milik Aku?!✔️
wnrdfh
  • Reads 950,497
  • Votes 32,995
  • Parts 89
Gadis itu impikan untuk berkahwin awal tapi bukan terlalu awal! Dia sudah menerima pangkat Puan sewaktu berumur 17 tahun manakala suaminya berumur 25 tahun. Dahlah suaminya itu Polis omegehhh hot hot! Adakah jodoh gadis itu selamanya dengan jejaka itu? Atau hanya sementara? "Sayang kena tahu yang abang takkan dua kan sayang. Abang takkan curang. I'm promise." -Tengku Zahir Ahmad "Aku rasa aku ni dah fobia dengan lelaki. Aku ni memang tak layak ada pasangan hidup. Semua tipu aku. Semua mainkan perasaan aku. Aku tak laratlah. Aku penat. Better aku hidup bersendirian." -Wan Raihana Started Published: -22 October 2018 End Published: -18 April 2020
Abang Pengawas Garang 2✔ by azrihisyam
Abang Pengawas Garang 2✔
azrihisyam
  • Reads 72,544
  • Votes 3,403
  • Parts 54
🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-anak mereka yang pelbagai kerenah menambah kemanisan dalam hidup Adam dan Nadia. Sejarah lama mengajar Adam untuk lebih menyayangi Nadia dan Adam berjanji yang dia akan setia. Namun satu hari, datang malapetaka yang merosakkan kebahagiaan rumah tangga Adam dan Nadia sehinggalah Adam mengabaikan Nadia sekali lagi! Adam sudah mula berubah perangai dari masa ke masa. Adam sekali lagi mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah! "Aku akan pastikan rumah tangga diorang musnah" "Tak sangka, kau!" "ABANG CAKAP JANGAN GANGGU DIA!" "Papa...papa dah tak sayang dekat mama?" "Abang...cer...ceraikan saya!" Dapatkah kehidupan Nadia dan Adam kembali normal? Siapakah penghancur rumah tangga kali ini? Adakah Adam akan menceraikan Nadia kali kedua? Dapatkah Nadia kembali menerima Adam? Tunggu dan lihat!🙈❤ Cover by my little brother : dsyaf_ START : 21 NOVEMBER 2020 END : 5 JANUARI 2021
My Playboy Teacher | COMPLETE by CikPeanut
My Playboy Teacher | COMPLETE
CikPeanut
  • Reads 204,906
  • Votes 7,072
  • Parts 61
"I still remember the first day I met you." Puteri Aalisya Aryanna,gadis berusia 17 tahun yang terpaksa menikah dengan abang angkatnya untuk mewarisi harta wasiat peninggalan arwah neneknya. Tengku Irfan Rayyan,playboy berjaya dalam abad ini.Tapi cinta matinya hanya untuk Rafina,si bekas kekasih yang telah meninggalkannya.Gadis yang dianggap sebagai adik kini menjadi isterinya. "Papa,please.Isya taknak kahwin dengan abang Rayyan." "Apa salahnya kalau kamu berdua kahwin.Dia tu kan cikgu.Kalau dah kahwin kan senang nak ajar kamu." Demi memenuhi permintaan terakhir arwah neneknya,gadis muda seperti Aalisya terpaksa menggadaikan masa hadapannya. Saat mereka cuba mencapai kebahagiaan bersama, orang ketiga muncul. Perkahwinan mereka bagai retak menanti belah. Diri Aalisya pula berada didalam bahaya. Apa yang akan terjadi? Adakah Rayyan akan menjadi hero untuk isterinya? #1 in stalker 🌟 #1 in wasiat 🌟 #1 in hati🌟 #1 in wattyawards🌟 #1 in prank🌟 #1 in diva🌟