ndhuq60's Reading List
3 stories
Staranghae [COMPLETED]✔️ by myzatulaina
myzatulaina
  • WpView
    Reads 6,228
  • WpVote
    Votes 1,072
  • WpPart
    Parts 81
Kalau bintang yang kerdil pun boleh bagi seri pada malam yang kelam, maknanya segelap mana pun hidup kita masih ada harapan walaupun kecil. - AERA ☆ ☆ ☆ Tutup buku lama, buka lembaran baru bukanlah ungkapan yang mudah direalisasikan dalam kehidupan Aera. Dia sudah sorok kisah silamnya daripada orang lain. Sehabis baik dia cuba lupakan semua memori pahit masa dahulu namun lelaki psiko yang telah mensia-siakan usia mudanya kembali menganggu Aera. Gila Aera jadinya. " You don't trust me anymore, do you?" - DANIM " Bodohnya aku kalau masih ada kepercayaan pada kau." - AERA Kehadiran jejaka Korea, Alex yang muncul tiba-tiba pada mulanya melembutkan hati Aera. Tetapi, kelakuan Alex yang suka memandang dari jauh buat Aera rasa tak selesa. Apatah lagi bila dapat tahu Alex sudah kenal dia terlebih dahulu. Cukuplah Danim sahaja jadi pembawa masalah, kenapa perlu tambah seorang lagi? Bila Alex mula tunjukkan sisi protective, Aera tak dapat nafikan lagi, dia jatuh suka. Tambah pula dengan gelagat Alex yang mencuit hati. Tahulah dia lelaki itu bukan pengecut tetapi pemalu. Alex kini ibarat bintang yang menyinari hidupnya yang kelam. "Aera tahu kan, dalam dunia ini hanya ada dua golongan manusia. Kalau bukan lelaki, siapa lagi yang akan lindungi wanita?" - ALEX Sekian lama Alex menyimpan rasa, mana mungkin dia sia-siakan Aera begitu sahaja? Walaupun perlu berdepan dengan si psiko, Danim, dia sanggup asalkan Aera terjaga. Alex dan Aera tiada ikatan istimewa namun yang mengikat mereka hanyalah setia. Ujian persahabatan dan keluarga datang menjengah kehidupan mereka berdua. Perasaan sayang tidak lagi menjadi tonggak utama. Dan, seandainya Alex tahu siapa Aera yang sebenarnya, masihkah dia setia? 🏆 The Creative - ICE AWARD 2019 💚 Highest ranking : #1 in bintang *Mature content melibatkan 'mental health' , 'fight scene' and 'physical abuse' SAHAJA.
BUNGA AZALEA 1 ✅ by kashrinahaider
kashrinahaider
  • WpView
    Reads 443,975
  • WpVote
    Votes 22,045
  • WpPart
    Parts 74
Hadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia tiada rakan, teman wanita jauh sekali. Hidupnya hanya ada dia dan bapanya sahaja, Qayyum yang lumpuh separuh badan. Dalam hatinya membenci wanita, Hadif terpikat pula dengan seorang gadis cantik dan popular di kolejnya. Azalea Afeefa. Afeefa yang tidak henti-henti mendekatinya sehingga dia tidak sedar terjatuh di dalam rancangan busuk Afeefa dan rakannya. Afeefa mempermainkan dirinya dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Disebabkan kejadian itu, hati Hadif sudah tertutup untuk mempercayai kata-kata perempuan. 4 tahun berlalu, menjadikan dia lelaki seorang yang tegas. Arahannya harus dipatuhi! Tiada perkataan manis yang akan keluar dari bibirnya. Tiada senyuman terlakar dimukanya. Tiada belas kasihan. "Saya akan tunggu kemaafan dari awak hingga akhir hayat saya" "Kau jangan ingat aku akan percaya cakap kau. Kau tu penipu! Penipu memang selalu menipu. Aku tak kisah lah kau nak mati sekalipun." Kemunculan Thaqif membuatkan Afeefa tidak tenang. Bagaimana reaksi Hadif jika dia tahu apa yang terjadi antara Thaqif dengannya? Makin bencikah Hadif padanya? Sampai bila Afeefa akan bertahan? Sampai bila ego Hadif akan tetap berdiri teguh? Kalau sayang, mengapa menyakiti ? "Kau ibarat bunga azalea, cantik tapi beracun" ⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ CERITA INI MENGANDUNGI ADEGAN PENDERAAN DAN MATANG. TIDAK SESUAI BAWAH UMUR. START : 1 MEI 2018 END: 10 NOVEMBER 2021
R U B I E N A by Mardelll
Mardelll
  • WpView
    Reads 5,252,284
  • WpVote
    Votes 119,915
  • WpPart
    Parts 43
[DITERBITKAN] Rubiena Haiyan Menara merpati berpagar dan tinggi, aku mendengar ada yang menyeru namaku Merpati di atas dunia, bolehkah kau memberitahu kehidupan apa yang aku hadapi? Aku terluka dengan luka kehidupan Terluka sehingga matahari turut menangis bersama Tangan perpisahan bertahun lamanya menghulurkan padaku Terlihat sayap lebar bersama butiran udara Sekiranya perkara itu membawa diriku ke syurga cinta Iringilah aku walau hanya sebentar... Zach Stanislav Salji datang dan pergi, masih aku menunggu kau Tidakkah kau mahu kembali? Aku seru nama kau dalam hujan dengan harapan kau dapat mendengar Bertahun lamanya, baru aku sedar bahawa nama yang di seru bukanlah milik kau Dari perpecahan lembah, udara menerawang ke arah wajahku Oh angin, demi cinta Bawa dia pulang kepadaku semula... RubiZach Ada apa dengan kita? Ada apa dengan kita? Oh sayang, ada apa dengan kita? Kita dulu tinggal bersama Dan sekarang kita sudah berpisah, ada apa dengan kita? Masihkah kita ingat tentang ekspedisi mendaki dan menjelajahi salah satu puncak gunung Himalaya yang telah menemukan kita berdua? Yang membuatkan bait cinta terbit di dalam hati yang keras bak salju gunung Himalaya tanpa kita sedari? Ada apa dengan kita, sebenarnya sayang? Dan matahari masih menangis membawa diri pergi menjauh dari kehidupan mereka, kerna tidak sanggup melihat perpisahan filantropi suci tersebut. "Do you know who the little girl who lives down the lane?" "Rubiena Haiyan." 🍁🍁🍁