Sabella_mel's Reading List
21 stories
C | Love, Aish Rayhan  by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 3,322,465
  • WpVote
    Votes 189,742
  • WpPart
    Parts 68
1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan saya. Saya nak awak jaga saya. Please, saya takut." -NAYRA ADELIA "Ingat Nayra Adelia, aku kahwin dengan kau sebab aku kasihankan kau saja." -AISH RAYHAN Mereka berkahwin namun hanya atas dasar simpati dan perlindungan. Meski Aish masih mencintai masa lalunya dan melayan Nayra dengan teruk, Nayra tetap cuba untuk membuka hati Aish untuknya kerana dia ikhlas mencintai suaminya itu. Tetapi kesabaran setiap orang pasti ada batasnya. Apatah lagi dugaan tak henti menguji rumah tangga mereka. Di kala itu hanya perpisahan yang terlintas di fikiran. "Izinkan saya pergi, Encik Rayhan." - NAYRA ADELIA Pada akhirnya, pilihan apa yang terbaik untuk mereka? Bertahan bersama atau perpisahan selamanya? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
HER MAN [C] by DaisyIntrovert
DaisyIntrovert
  • WpView
    Reads 315,570
  • WpVote
    Votes 6,210
  • WpPart
    Parts 24
Previous title : His Assassin Girl (Dalam proses editing dan publish balik) " No one can tame me, not even love - Tengku Airis Almas " "Some women like to be a man's last romance but not in my life. You are both, my first love and my last romance " - Tuan Danial Firdaus " If my word can't make you stop, let my gun do the task " - Tengku Airis Almas "A gentleman doesn't pick fights. He solves them" - Tuan Danial Firdaus
HER SAVIOR [Slow Update] by DaisyIntrovert
DaisyIntrovert
  • WpView
    Reads 204,801
  • WpVote
    Votes 12,265
  • WpPart
    Parts 60
'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang memilih awak"
Dendam Dalam Cinta [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 33,707
  • WpVote
    Votes 1,675
  • WpPart
    Parts 81
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
LOVE, WRITTEN IN SCARS (C) by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 62,955
  • WpVote
    Votes 6,239
  • WpPart
    Parts 53
(Spin off Tentang Kita. - Karya kelima snowdream) Wada X Rauf. Blurb: Angan-angan Wada untuk mendekati sepupunya, Hud musnah apabila dia diarahkan untuk bertugas di bawah pengawasan PA CEO yang kekwat dan garang tak bertempat. Sampaikan terciptanya gelaran 'Raufzilla' buat lelaki itu. Tapi entah sejak bila, rasa benci itu perlahan-lahan bertukar menjadi suka. Tanpa sedar, Wada mula rasa tenang dan selamat setiap kali berada di sisi 'Raufzilla'. Rauf pula cuma anggap Wada sebagai punca stress di pejabat. Sudahlah clumsy, datang kerja pun sebab nak usha sepupu sendiri! Tapi yang aneh, hatinya tetap ingin pedulikan gadis itu. Lebih-lebih lagi apabila dia ditimpa kesusahan. Namun malang tidak berbau. Saat hubungan mereka mula mekar, sebuah peristiwa hitam telah berjaya meninggalkan luka yang sukar terubat dalam diri Wada. Lebih menyakitkan, kejadian itu turut membuka semula luka silam Rauf. Luka yang selama ini disimpan jauh di dasar hati. Disebabkan itu, Rauf nekad mengahwini Wada. Bukan kerana cinta, tetapi atas dasar tanggungjawab untuk melindungi. Dalam perkahwinan yang lahir tanpa rasa, masih adakah ruang untuk menyemai kasih yang tulus dari hati? Benarkah cinta tidak mampu tumbuh dari luka yang dalam? Atau segalanya akan terus dibayangi parut semalam yang belum benar-benar sembuh?
TENTANG KITA - REVAMP (C) by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 726,013
  • WpVote
    Votes 29,791
  • WpPart
    Parts 57
Status: COMPLETED Naura Husna X Hud Rusyaidi [Karya pertama dari snowdream] Pada Hud, perkahwinan yang diatur bukanlah pilihan hati. Semua itu sekadar jalan keluar dari desakan keluarga. Manakala Naura pula hanya tabah menerima. Dia menganggap semua itu adalah takdir yang sudah tertulis untuknya meskipun mereka disatukan tanpa cinta dan janji bahagia. Akan tetapi waktu mempunyai cara tersendiri mengajar mereka untuk mengenal rasa. Dalam pertelingkahan, hadir tawa. Dalam luka, tumbuh kasih yang kian mekar di dalam jiwa. Namun bukan mudah untuk terus mempertahankan bahagia itu. Kehadiran cinta lama seakan menghalang malah meruntuhkan kepercayaan yang dibina selama ini. Mampukah Hud dan Naura mempertahankan cinta yang pada awalnya tidak pernah dipilih namun kini terlalu berat untuk dilepaskan? "Izinkan saya pergi, Hud. Insyaallah jika masih ada jodoh antara kita, kita akan tetap dipertemukan walau sejauh mana pun kita terpisah." - Naura Husna. "Andai kata suatu hari nanti abang jumpa sayang, jangan tolak abang mentah-mentah macam sekarang. Dan masa tu, abang takkan lepaskan sayang lagi walau apapun yang berlaku." - Hud Rusyaidi Start date : 16 January 2022 End date : 28 January 2022 Revamp: 26 February 2025 ~~~~~ #1 shortstory (14/2/2023) #1 malayromance (16/2/2023)
The Unexpected Life by raz577_
raz577_
  • WpView
    Reads 4,513,017
  • WpVote
    Votes 160,496
  • WpPart
    Parts 74
[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor... bertukar 360° apabila keluarganya diistihar bankrup kerana ayahnya dituduh melakukan kesalahan dalam syarikat. Dan... si dalang yang menyebabkan musibah ini adalah kawan baik ayah Arluna sendiri a.k.a ayah teman lelakinya. Hidup Arluna hilang arah. Malangnya, dugaan ini belum berakhir. Kejadian yang berlaku di sebuah hotel menjahanamkan lagi situasi buruk Arluna. Berpunca daripada kawan baiknya sendiri! 'Gunting dalam lipatan' yang sebenarnya ada hubungan dengan kekasih Arluna! Satu malam yang berlalu sepantas kilat. Tanpa Arluna sedar... Diri dia sudah bukan seperti dulu. Lelaki yang tidak dikenali itu muncul membawa tawaran yang tidak mampu Arluna tolak. Huluran tangan itu berserta dengan satu jaminan. Jaminan yang dapat ubah hidup dia semula. "Jadi isteri aku dan aku akan pastikan hidup manusia yang musnahkan hidup kau hancur," "Apa yang awak akan dapat? I'm not stupid... semua perkara yang orang buat dalam dunia ni bersebab. Dan... Siapa awak? Tiba-tiba muncul untuk bantu saya?," tanya Arluna was-was. Pertama kali melihat jejaka kacak ini, dia dapat rasakan yang hidupnya akan berubah. Aura disekelilingi lelaki itu sangat kuat. Aura megah, aura dingin, aura yang mampu buat orang tunduk pada dia. Apa akan jadi pada hidup seorang Arluna Aisyah? *A peek of typical manhwa/manhua storyline in the begining of the story. Of course, yes it is cliche. *a messypiece, not a masterpiece. *Danger: typos everywhere ! Cover book by: @thelesyeuxdelily #1 in romance(16/8/2020) #1 in romance(08/6/2021)
Beautiful Lies  by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 11,621,544
  • WpVote
    Votes 479,756
  • WpPart
    Parts 84
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia
Bukan Cinderella by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,683,010
  • WpVote
    Votes 164,432
  • WpPart
    Parts 54
(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya. Jika Cinderella di kisah dongeng rela menyiapkan baju untuk kakaknya ke majlis putera raja. Maka dia menjadi orang yang akan mengoyakkan baju itu. Ini sumpahanya. Tidak akan sesekali berlaku baik pada mereka yang sudah melenyapkan kebahagiaanya. Lily yang dahulunya polos lenyap bersama kematian ibunya. Baginya Lily yang dahulu telah pergi dibawa derita yang dia alami menanggung rasa dendam dan iri. Seperti kata perpatah, orang berbudi kita berbahasa. Sekali dia disakiti, lebih yang akan mereka rasa.
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️ by RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Reads 610,362
  • WpVote
    Votes 20,722
  • WpPart
    Parts 76
2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibiarkan mencari kasih sayang dari orang luar. Pertemuannya dengan Arif Aihan iaitu adik lelaki kepada rakan baiknya telah menjentik satu perasaan. Perasaan ingin dekat dengan lelaki itu. Sikap prihatin dan mengambil berat lelaki itu padanya membuatkan Eleanor lebih berusaha untuk menawan hati kosong lelaki itu. "Saya nak jadi bini awak." Terus dicop biul oleh Arif Aihan apabila ayat itu diluah dari mulut Eleanor. "Awak tak suka saya ke?" "Suka, tapi sebagai adik." Eleanor pasrah tetapi jauh di sudut hati, tidak pernah dia berputus asa untuk memikat lelaki itu sehinggalah dia menghilangkan diri untuk mencari kebahagiaan yang rupanya palsu. "Kahwin dengan aku Lea. Aku akan jaga kau lepas ni." "Tapi awak anggap saya macam adik awak. Saya tak nak kahwin sebab awak kesiankan saya." Puas ditimbang baik buruk untuk menerima lamaran Arif Aihan dan akhirnya dia bersetuju. Dapatkah Eleanor mencuri hati lelaki yang asalnya menganggap dirinya sebagai adik itu bertukar kepada isteri? Dapatkah Arif Aihan melindungi Eleanor seperti mana dia telah berjanji kepada bapa wanita itu? 💫 Arif Aihan Arian - Tegas, kasar, protective 💫 Eleanor Nadra Emran Nor - Independent, manja 🌼 Konflik ringan. Saya tak nak bebankan fikiran saya yang dah terlalu berat ini dengan konflik berat. 🌼 Ampunkan saya kalau banyak ralat tatabahasa. Mungkin boleh leave komen di tepi untuk saya perbaiki? Thank you in advance! 🌼 Ini cerita kedua saya. Untuk lebih memahami dan mendalami jalan cerita, diwajibkan untuk baca 1st HIS Series, Lee's: His Saviour. 🌼 Dah baca nanti, vote and komen lah! Hihi Thank you! Start: 1.1.2024 End: 10.3.2024