fav
3 stories
Andaikan Cinta Itu Ada by syafasuha
syafasuha
  • WpView
    Reads 143,653
  • WpVote
    Votes 2,090
  • WpPart
    Parts 101
Sejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang kampung. Eryna tertekan dengan apa yang terjadi. Lelaki itu yang sudah sah menjadi suaminya telah merentap maruahnya dalam keadaannya yang tak rela. ELIANA gadis pujaan Harraz dia yang bakal menjadi tunangan Harraz. Hati Eryna semakin terluka dia memutuskan untuk bawa diri dengan izin suaminya. Harraz membenarkan kerana rasa benci yang mendalam terhadap Eryna. Tahun berganti tahun, takdir telah menemukan Eryna dengan Harraz tetapi hati Eryna tertutup buat mana-mana lelaki walaupun suaminya sendiri. Eryna ingin menebus kesalahannya dengan menaja busana pakaian pengantin yang direka khas olehnya. Kebetulan Harraz dan Eliana bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Selepas itu, Eryna mahukan perpisahan dengan cara yang baik. "Kalau betul sekalipun adilkah bagi saya, awak boleh hidup bahagia dengan orang lain sedangkan saya masih terikat dengan hubungan ni? Saya dah penatlah. Niat saya baik, saya cuma nak kita berbaik itu aje. Iyalah, disebabkan saya awak kahwin pun tak macam orang lain. Saya serba salah sebab buat hidup awak hampir hancur dulu." ERYNA SOFIA. "Aku setuju dengan tawaran kau tapi kau kena ingat! Kalau perkahwinan aku dengan Eliana tak terjadi dengan sempurna. Aku takkan lepaskan kau. Bukan boleh percaya pun kau ni nanti kau plan macam-macam nak hancurkan hubungan aku dengan Eliana." ADAM HARRAZ. "Saya sepatutnya sedar diri dari dulu, saya tak layak mencintai dia. Saya yang sepatutnya mengalah dalam hubungan ini. Saya akan undur diri." ELIANA. Namun perancangan Tuhan itu lebih sempurna. Kebenaran telah terbongkar membuatkan hari perkahwinan Harraz menjadi huru-hara. Apakah nasib Eryna setelah perkahwinan Harraz dan Eliana tak jadi?
A.N SERIES: Maths [TERBIT PBAKL25] by missblossom_
missblossom_
  • WpView
    Reads 375,108
  • WpVote
    Votes 7,328
  • WpPart
    Parts 10
『 COMPLETED 』 📱 WHATSAPP ADMIN: 0134822635 TO ORDER °⋆.࿔*:・ 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 ❦ °⋆.࿔*:・ "2x darab 2xy jawapannya 4x²y! Mana datang q ni?" - AIRIL NAJMI Pernah terfikir tak bila kau kena belajar Matematik dengan budak poyo lagikan sombong? Semuanya bermula apabila Ain Qaisara menerima keputusan yang teruk dalam subjek Matematik ketika peperiksaan pertengahan tahun. Tiba-tiba pula pelajar pintar + sombong, Airil Najmi diarahkan oleh cikgu untuk mengajarnya subjek tersebut. Haru! Macam mana Airil, si dingin dan angkuh akan mengajar Ain, gadis ceria dan bersikap childish? Dalam kelas pun lelaki itu buka mulut apabila perlu saja. Inikan pula perlu melayan Ain yang mulutnya tak reti diam dan kepoh mengalahkan wartawan Mstar! Apa pula reaksi teman lelaki Ain, Faizz Daniel, apabila mendapat tahu kekasihnya sering meluang masa bersama Airil untuk mengulang kaji pelajaran setiap kali selepas sesi persekolahan? "Sara, you're not cheating on me, right?" - FAIZZ DANIEL Dalam menghitung hari menuju peperiksaan SPM, pelbagai ragam dan dugaan hidup yang dilalui oleh Ain dan Airil. Ada yang bertaut dan ada pula yang makin menjauh. Begitulah... sehingga tali persahabatan yang lama terikat kukuh mulai menegang dan terputus. Cinta yang lama disemai akhirnya layu disiram rasa prasangka dan racun cemburu. Tetapi... Apa yang paling tak disangka, salah seorang antara mereka tanpa sedar mula menyimpan rasa. Yang dahulunya paling dia benci, kini ingin sentiasa berada dekat di sisi. Jadi, bagaimana kesudahan kisah mereka? Berjayakah Airil, Ain dan Faizz mencapai impian dan cita-cita mereka? ❦ °⋆.࿔*:・ Start: sept 2019 tapi I unpublish, then republish 15/3/20 End: 27/6/20 Re-edit for TheWattys 2020: 8/8/20 - 30/9/20 🏅 Highest Ranking: #1 in Arrogant #1 in Islam #1 in Wattpad #2 in Teenfiction 📌 STRICTLY NO COPYING MY WORKS!
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,514,395
  • WpVote
    Votes 256,731
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.