꒰🍧꒱ ZENITSUSYA~
13 stories
FEI YANG by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 17,566
  • WpVote
    Votes 3,065
  • WpPart
    Parts 29
FAHIM ZARITH - Fei Yang, si white hat hacker dihantar ke lapangan fizikal untuk melindungi kliennya daripada ancaman Grey Wolf. Namun, misinya menemui jalan sukar apabila kliennya sendiri tidak berperikemanusiaan kepadanya. AKMAL HARITH - Namanya seakan sama dengan Fei Yang, namun dia bukanlah mempunyai pertalian darah dengan penggodam itu. Dia, si klien yang mesti dilindungi oleh Fei Yang itu sangatlah kejam demi melindungi pelindungnya sendiri. Fei Yang dan Akmal Harith, kedua-dua manusia itu semestinya tidak sekepala. Dalam dinginnya Fei Yang melindungi si klien, jiwanya sendiri turut digasak hebat apabila terpaksa berdepan dengan perangai kliennya. Demi memecahkan kod rahsia "Aii Jun", kedua-duanya terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan yang mencabar fizikal serta mental. Dalam keadaan ini, mereka berdua saling memerlukan! "Aku mesti melindungi kau, Akmal." - Fei Yang. "Bercerai kita mati, Fei." - Akmal Harith. Kehadiran mengejut si bunga merah ketika misinya sedang berjalan tiba-tiba menyentak keras jantung Fei Yang sehingga ke relung masa lalu. Keberadaan Red Beauty, cinta matinya di pihak Grey Wolf benar-benar menguji rasa hatinya sendiri. Kenapa Adra Diyana yang telah mati pada 10 tahun lepas berada bersama dengan Grey Wolf? Malangnya, skil penggodamannya belum berjaya merungkaikan misteri kehilangan gadis tersebut. "Kenapa kau berubah, Zarith?" - Red Beauty. "Kau sudah mati, Adra." - Fei Yang. Hidup jejaka senyap berhoodie hitam bernama Fahim Zarith di alam realiti sangatlah sunyi dan sepi. Namun, di alam maya dialah pembunuh profesional yang digeruni oleh musuh berkolar putih. Dia... Fei Yang. Tarikh mula: 4 January 2021 Tarikh akhir: - Genre: Thriller Action Cover: InfinityAuni IMPORTANT ⚠️⚠️⚠️ Person in the cover book is Xiao Yu Liang, a Chinese actor. The cover book not official. Picture used for illustration only. I'm his fan, actually. Love! ❤️
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,176
  • WpVote
    Votes 13,056
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
Kerana Cinta by nurasyaa_
nurasyaa_
  • WpView
    Reads 14,871
  • WpVote
    Votes 4,002
  • WpPart
    Parts 23
[KARYA PERTAMA] ♡ Nur Rania Raisha merupakan junior kepada Muhammad Fayyadh Naufal, seorang senior yang beku dan tidak mengambil kisah tentang hal di sekelilingnya. Namun, pertemuan di antara mereka telah mengubah segalanya. Perwatakan yang beku berubah menjadi seorang senior yang sweet dan hanya untuk Raisha. "I have a crush on you,"-Fayyadh "What? Are you kidding me?"-Raisha Hari demi hari, rasa cinta di antara satu sama lain semakin kuat sehingga mereka membuat keputusan untuk bertunang. Namun, saat cinta mereka mulai mekar, terjadi suatu kejadian yang tidak mereka sangkakan. "Saya nak putuskan pertunangan kita,"-Raisha Ya, dia terpaksa. Dia dipaksa oleh ibu sendiri tanpa sebab yang jelas. Malah, tiba-tiba sahaja ibunya menyuruhnya kahwin dengan anak kepada Datin Fizah, kawan baik ibunya. Bagaimana pula dengan perasaan tunangnya, Muhammad Fayyadh Naufal? Majlis perkahwinan dia dengan Fayyadh pula hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Muhd Hanif Haikal, anak kepada Datin Fizah dan boleh dikatakan bakal suami Raisha. Seorang jejaka yang kacak bergaya, baik dan peramah. Namun, disebalik perwatakannya yang baik dan peramah ada tersimpan satu rahsia. Rahsia yang tidak diketahui oleh semua orang. Mampukah Raisha dan Fayyadh mempertahankan hubungan mereka? Atau mungkinkah Hanif adalah jodoh Raisha? Cover by @TheAyraa
Cinta Hati Mr. Annoying by therozez
therozez
  • WpView
    Reads 331,161
  • WpVote
    Votes 23,187
  • WpPart
    Parts 62
'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal yang baru. *** Ammar Danial Lelaki yang hadir untuk Aafira Khalisya di saat dia kehilangan segala-gala dalam hidupnya. Meskipun pada mulanya sikap lelaki itu seringkali menyakitkan hati tetapi baginya ketenteraman hanya dapat dirasa saat jejaka itu ada di sisi. "Kau tak boleh hanya harapkan aku." - Ammar Danial "Tapi saya cuma rasa selamat bila awak ada." - Aafira Khalisya *** Lebih lebih lagi apabila diri Aafira Khalisya mula tersemat dalam dendam seseorang, semakin sukar bagi Ammar Danial untuk berjauhan dengannya. "Aku nak kau halal untuk aku. Baru senang aku protect kau." - Ammar Danial "Janji yang awak tak akan pergi?" - Aafira Khalisya *** Apakah sebenarnya hati Ammar Danial sudah terpaut pada Aafira Khalisya?
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 10,452,875
  • WpVote
    Votes 622,617
  • WpPart
    Parts 73
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR. Sehingga, apa yang lelaki itu lakukan dia langsung tidak kesah. Asalkan dia bahagia. Hingga ke suatu tahap. Dia Ain Suraya dilafazkan cerai dengan talak TIGA. Dia ketakutan. Kegelisahan. Mana tidaknya jika dia mempunyai anuptaphobia? Penyakit yang akan berasa gelisah jika dia tidak bersama dengan seseorang. Dia perlukan peneman! Tetapi siapa? "hei, sekali lagi kau langkah setapak dekat dengan aku. Pistol ni meletop dekat kepala kau. kalau berani dekatlah! "-SHARK "Mereka buang saya, boleh tak saya nak awak sayang saya dengan seikhlas hati awak. Cukup untuk seketika pun saya terima dengan seadanya..."-AIN SURAYA terkelu lidah lelaki itu mendengar permintaan Ain Suraya secara tib a-tiba. Siapa gadis ini yang merayu menadah cinta daripadanya? "Mafia macam kau tak layak jadi suami. Kau lebih layak jadi cina buta buat aku! "-FAJAR "aku bukan cina butalah, bodoh!"- SHARK Siapakah yang bakal menjaga Ain Suraya? Bakal adakah cinta yang ikhlas buatnya kali ini? "Kalau mereka buang kau, biar aku yang kutip!"-SHARK ⚠️COMEDY ROMANCE⚠️ Jika anda seorang yang mahukan cerita serius, ini bukan pilihan terbaik.
+11 more
[C] Tunang Paling Sweet  by Qasha_lova
Qasha_lova
  • WpView
    Reads 864,693
  • WpVote
    Votes 54,480
  • WpPart
    Parts 53
"𝙮𝙤𝙪 𝙧𝙚𝙩𝙪𝙧𝙣 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙖𝙪𝙩𝙪𝙢𝙣 𝘼𝙣𝙙 𝙞 𝙛𝙖𝙡𝙡 𝙚𝙫𝙚𝙧𝙮 𝙩𝙞𝙢𝙚" Aku menantikan Harraz memujuk aku tapi tak, dia terus menghidupkan enjin kereta dan keretanya mula bergerak meninggalkan kawasan kolej. Sunyi seketika suasana di dalam kereta Harraz dan itu membuatkan aku ternyanyi sendiri. "You ain't my boyfriend And I ain't your girlfriend" Harraz disebelah aku kerling sekilas sebelum memandang hadapan Tak tahu kenapa tapi lagu ariana grande ni kena sangat dengan aku sekarang. "But you don't want me to see nobody else.and I don't want you to see nobody." Betulla, Harraz marah betul aku dekat dengan lelaki lain terutama sekali Aqim. Dan aku pun sama,aku pun tak suka dia dekat dengan perempuan lain. "But you ain't my girlfriend And I ain't your boyfriend " Suara merdu Harraz menyentak lamunan aku. Aku diam bila dia juga diam. "iliya.." Aku tak menjawab tapi menoleh. "you are not my girlfriend. But you are my fiance" . . . Tengku Harraz Arshad | Iliya Humairah. . . . Start: 12Jun2019 End: 6Nov2019
My Dear Mr.Annoying💖 by tmaihusna01
tmaihusna01
  • WpView
    Reads 7,805
  • WpVote
    Votes 1,674
  • WpPart
    Parts 24
Pergi mu tanpa kabar berita membuatku tertanya-tanya dimanakah kau berada. "Aisy boleh bagi tahu I yang you cintakan I? I perlu kepastian daripada you." ??? Aku hanya tersenyum dengan tenang aku berkata. "aku hanya lafazkan kalimat tu hanya pada yang halal buat aku." Apa yang berlaku? Siapa yang aisy cinta? Sapa yang annoying? kalau nak tahu boleh baca sampai habis
Isteri Teristimewa by DyannRose
DyannRose
  • WpView
    Reads 355,853
  • WpVote
    Votes 21,935
  • WpPart
    Parts 61
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah Daneen." "Kepala otak kau. Sejak bila aku jadi ayah kau. Aku kahwin pun belum. Jangan jadi cacat akal sangat." Dia berjalan saja Daneen memeluk kakinya, dia tidur Daneen melompat tidur disebelahnya. Paling membuatkan dia tertekan adalah apabila Daneen mahu dia mandikan. "Ayah, mandikanlah Daneen. Daneen dah busuk." "Kau dah gila ke?" Seram. Itu yang dirasakannya. Semakin hari dia merasakan Daneen seolah menggodanya. "Aku pangkat suami kau tau bukan ayah kau. Aku baru 30 bukannya 60." "Kalau macam tu jadilah suami Daneen. Abang, sayang sayang abang!" Pitam Aidan. Naik gila dibuatnya. "Daripada berterusan gila kau ni lebih baik aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." "Kenapa Tanjung Rambutan? Kan abang boleh hantar Daneen terus ke dalam hati abang?" Dasar gila. Dia kusut memikirkan cara untuk menghentikan omelan mamanya yang sudah tahu akan kewujudan Daneen di dalam rumahnya. "Daneen bakal isteri Aidan." Senang! Tapi bagaikan malapetaka yang menimpa apabila Daneen mendengarnya. "Yeay kita kahwin! Abang jangan goda sayang tau, tunggu kita kahwin biar sayang goda abang!" Daneen mengenyit mata nakal. "Ya Allah... ujian apakah yang Engkau telah turunkan kepadaku ini?" Cinta mula memekar di hati. Sayangnya pada Daneen, cintanya pada Daneen. Daneen nafas, Daneen nyawa, Daneen bidadari. Namun, Daneen kemalangan. Kemalangan telah meragut segala ingatannya. Dia lumpuh. "Depan mata abang, hanya Daneen isteri abang. Biarlah Daneen lupa abang ataupun lumpuh sekalipun, abang hanya mencintai Daneen seorang." "Lepaskan saya dan carilah kebahagiaan baru. Lagipun saya tak cintakan abang." Daneen pergi. "Jangan pergi sayang! Cinta abang hanya untuk Daneen!" Pemergian ini kerana cinta. Maafkan Daneen, abang.
SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing] by qissrazaak
qissrazaak
  • WpView
    Reads 413,823
  • WpVote
    Votes 15,603
  • WpPart
    Parts 75
~ SAYA AKAN JAGA AWAK ROSEREEN❗~ [Syed Irfan & Nisrena Rosereen Love Story] -ORIGINALLY STORY FROM WATTPAD.COM- CEKCK OUT SAYANG CIKGU PRAKTIKAL 2 NOW!! Seorang gadis bernama 'Nisrena rosereen' telah jatuh hati pada salah seorang guru praktikalnya iaitu 'Syed irfan' kerana penampilan dan suaranya yang memukau semua wanita bila menyanyi. Mereka mendirikan rumahtangga bersebab! Bukannya dipaksa. Tetapi terpaksa! Bersedia atau tidak, mereka PERLU dinikahkan walaupun mungkin tiada siapa yang tahu punca sebenarnya. Biarlah rahsia itu mereka sahaja yang tau. Tetapi bahagiakah seorang pelajar bersama seorang guru? "kenapa awal sangat kau nak kahwin?" terkejut Selrose dibuatnya. "tapi, dengan sapa kau nak kahwin nis?"-Maya bertanya bila tak ada jawapan untuk soalan Selrose dari Nisrena Rosereen. "saya." ujar Sir. "saya akan jaga awak sampai habis nafas saya rosereen, walaupun awak tu pelajar saya" - syed irfan Rahsia apakah yang disimpan selama ini? Adakah rahsia ini akan terbongkar satu masa nanti? NANTIKAN cover photo by @reenmedina
MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓ by aisyfifi
aisyfifi
  • WpView
    Reads 259,880
  • WpVote
    Votes 3,167
  • WpPart
    Parts 26
Coverby @aisyfifi #winnerExanderAward2019 #start-endingWritingMei-Julai2019 #2nd karya #Dah delete separuh bab story Blurb ada dalam bab akhir